200 ensimmäistä riviä.
Sarikata Oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew -
Nyanyi lagu yang bermula dengan huruf M
Hey Insia dah keluarkan gitarnya Senyap semua
Senyaplah
Secara rahsia, diam-diam dengan hati-hati
Secara rahsia, diam-diam dengan hati-hati
Dengan perlahan aku ambil ranting di sini dan penyedut minuman di sana
Dan aku bina impian ku sendiri
Dengan jahitan di sini dan mengait di sana
Dengan jahitan di sini dan mengait di sana
Mengumpul cebisan kecil
Aku anyam impian ku sendiri
Mengumpul cebisan kecil
Aku anyam impianku sendiri
Oh impian, impianku
Jadilah kenyataan, impian ku
Oh impian, impian ku
Jadilah kenyataan, impianku
Insia...
Ini lagu barukah?
Ia sangat sedap. Kamu tulis sendirikah?
Apa yang kamu buat di sini?
Saya ada pengumuman nak dibuat
Ini adalah risalah pertandingan kebudayaan antara sekolah
Tarian solo, tarian berkumpulan, pertandingan kecantikan
Dan juga nyanyian
Dalam setiap kategori,
pemenangnya akan mendapatkan komputer riba dan internet percuma selama setahun!
Biar saya tengok!
Dan satu lagi, semoga berjaya semua
Kamu seronokkah, sayang?
Macam mana dengan rombongan kamu?
Mak rindukan kamu. Biar mak bawa beg itu
Kamu tahu, dalam Idol Nyanyian,
ada budak lelaki pergi ujibakat
Shakti Kumaar sangat tegas padanya.. Teruk betul!
Apa yang berlaku pada mata mak?
Tak ada apa-apa. Mak buka kabinet dapur
Dan pintunya terkena mata mak
Kamu betul
Mak memang bodoh
Ha, selepas itu,
Shakti Kumaar sangat kejam hingga budak lelaki itu kecewa
Betul kata saya
Mak memang bodoh
Insu!
Ke tepi! - Salam Sejahtera
Salam Sejahtera - Macam mana dengan rombongan?
Diamlah - Kakak tak belikan saya hadiah?
Hadiah apa?
Dua coklat?
Tidak - Satu coklat?
Diam - Satu pun tak ada?
Tak ada! - Insia!
Kamu tak ada adabkah?
Kamu tak beri salam pun pada nenek saudara kamu?
Salam, nenek
Waalaikumussalam
Kenapa kakak tak belikan saya hadiah - Pergilah dari sini!
Hadiah.. hadiah. Pergilah!
Kenapa kamu marahkan Guddu? - Guddu..
Emak dan anak sama saja, tak berguna!
Ini. Tidak yang ini
Jadi, juri, apa pendapat kamu?
Oh, kamu sangat comel!
10 mata untuk kecomelan
Apa? Kecomelan?
Adakah kita menilai kecomelan?
Ini adalah pertandingan nyanyian, Monali. Nyanyian!
Saya tahu kerja saya. Saya pun juri juga
Kamu tu tak berguna
Dia langsung tak boleh menyanyi!
Budak, kamu ialah penghinaan bagi bakat itu sendiri!
Kamu penghinaan bagi bakat! Faham?
Berani betul!
Apa yang kamu tahu tentang bakat? - Jangan menyampuk!
Apa yang kamu pandang?
Sekarang, keluar!
Keluar!
Keluar!
Penonton, Encik Shakti terkenal dengan sikap panas barannya
Dan kini, ada khabar angin mengatakan yang isterinya telah meninggalkannya bulan lepas
Ternyata dia dalam keadaan tertekan
dan kecewa
Nampaknya perkahwinannya telah berakhir
Selepas perpisahan itu, peramal membuat andaian
Adakah Salman akan berkahwin pada tahun ini
Oh Insu, mak hampir terlupa,
Ada Anugerah Glamor di TV malam ini
Saya pun baru teringat
Mak rasa siapa yang akan menang penyanyi terbaik?
Mak tak tahu. Saingannya sengit
Komposer musik terbaik?
Boleh jadi siapa saja.. tapi bukan Shakti Kumaar..
Dia tak pernah menang sebarang anugerah pun
Dulu, dia cipta lagu yang bagus
Tapi sekarang, bila mak dengar lagu-lagunya..
rasa seperti dia campur adukkan beberapa lagu yang enak didengar
dan lagu itu tidak menjadi
Mak..
Nak buang air
Tunggulah sekejap
Marilah
Kita ke anugerah seterusnya
Iaitu Penyanyi Wanita Terbaik
Dan calon-calon untuk anugerah ini adalah... :
Monali Thakur...
Sudha Venkat pasti akan menang
Tidak, Monali Thakur
Bertaruh? - Bertaruh!
Baiklah - Jika saya menang, saya boleh minta apa saja
Okey
Mak, dah sudah
Dia dah sudah
Mak datang
Teranlah sikit lagi. Mana tahu ada lagi
Shakti Kummaar!
Saya dah penat menerima anugerah
Saya penat
Dia akan merepek sekarang
Jadi, kali ini saya dipanggil ke Anugerah Glamor ini dan berkata..
Anugerah Glamor tahun ini, Shakti tak akan menerima anugerah tapi dia akan memberi
Mak! - Ya?
Dah sudah
Jadi di sini, saya akan serahkan anugerah penyanyi terbaik..
wanita
Dan jatuh kepada..
Kepada protege saya, yang saya bawa masuk kedunia nyanyian
Monali Thakur.
Ayuh, Mona, Ayuh
Wow! Apa yang saya boleh katakan lagi?
Anugerah ini amat bermakna kepada saya
Sebenarnya ia umpama dunia bagi saya
Terima kasih kepada juri, pada peminat saya dan juga pada majalah Glamor
Teruskan menyayangi saya seperti ini dan saya akan terus menyanyikan lagu yang indah
Terima kasih banyak
Kamu menyanyi dengan agak baik sekarang. Teruskan usaha! Saya sukakannya.
Tapi, kamu hanya menjerit pada seorang budak kecil saja kebelakangan ini..
Kenapa kamu tak menulis lagu saja?
Kamu siapa nak ajar saya?
Saya dah menang anugerah kan?
Saya rasa saya berhak untuk bersuara
Kenapa kamu yang beri ucapan?
Adakah kamu yang menang anugerah?
Kamu selalu nyanyi lagu latar untuk iklan ubat gigi,
Saya yang gilap bakat kamu
Mereka bertekak dalam tv. Mereka tak malukah?
Tapi, saya dah menang pertaruhan
Ya
Jadi, kamu nak apa?
Ada pertandingan menyanyi antara sekolah
Boleh tak saya masuk?
Okey, tapi jangan beritahu ayah kamu
Tapi, jika saya terpilih untuk ke peringkat akhir, saya kena pergi ke Mumbai
Tidak, Insu
Biarkan saja
Ayah kamu dah berapa kali ugut untuk pecahkan gitar kamu dari dulu lagi!
Dia tak akan benarkannya
Mak kata saya boleh minta apa saja
Insu, mak kata kamu boleh minta apa saja dari mak
Bukan dari hidup ini
Dengar, mak ada idea
Apa? - Mari sini
Janganlah muram saja
Cakaplah
Ayah kamu akan pulang lewat - Jadi?
Dia pasti kepenatan dan lapar
Mintalah kebenaran semasa dia sedang makan
Dia mungkin akan setuju
Idea yang bagus mak
Lagu apa yang patut saya nyanyikan?
Lagu.. - Tahu tak apa hadiah pertama?
Komputer riba dan internet percuma setahun
Jadi, fikirkan lagu yang bagus
Nyanyilah apa saja lagu
Kamu pasti akan menang
Kamu ialah penyanyi kegemaran mak
Malah lebih baik dari Monali Thakur
Betul ni!
Pergilah tidur
Assalamualaikum, ayah
Boleh dapatkan air tak dalam rumah ini?
Ya, ayah
Macam mana dengan rombongan kamu?
Bagus ayah
Kamu ada belajar apa-apa atau hanya membazirkan masa?
Tidak, ayah. Ianya bagus
Ayah apakhabar?
Assalamualaikum
Ayah, ada ini..
Ayah, sebenarnya ada..
Kurang masin
Apa?
Mari sini
Sekejap
Maaf
Perut saya akan kenyangkah dengan maaf dari kamu?
Tak bolehkah seorang lelaki dapat makan makanan yang enak selepas bekerja selama 17 jam?
Ayah..
Najma, kamu dah kemas beg saya? - Apa?
No comments yet. Be the first to leave one.