200 ensimmäistä riviä.
Adakah manusia memang berubah? Perubahan positif yang sebenar dan kekal.
Saya memang harapkan begitu kerana kami sasarkan perubahan.
Tolonglah.
Maafkan saya.
Saya benar-benar minta maaf.
Saya minta maaf. Saya takkan marah kanak-kanak di kejiranan lagi.
Saya akan gugurkan dakwaan terhadap Keluarga Johnsons,
walaupun jelas sekali rumah pokok itu melanggar…
Maaf! Jangan! Tolonglah! Saya boleh berubah.
Saya janji. Tolonglah. Tolong, saya…
Tolong beri saya satu peluang lagi. Saya boleh berubah!
Abaikan dia. Dalam beberapa minit, dia akan terbangun di katilnya.
Kepenatan, tak rasa cemas dan harapnya sebagai individu yang baru.
Baiklah! Dia dah berada di katilnya. Boleh beri saya kopi?
Kopi dah sampai.
Sebenarnya, ini cuma simulasi kuasa ghaib.
Mereka pula rakan sekerja saja,
Hantu Krismas Masa Lalu,
- Krismas Akan Datang… - Sama-sama.
Oh Tuhan. Nampak sedap. Terima kasih.
Ini saya. En. Brad Pitt. Tak, bergurau saja.
Saya Hantu Krismas Masa Kini. Saya bukan Brad Pitt.
Jadi, awak rasa dia dah berubah?
Entahlah. Dia orang yang agak tegar.
Sudah tentu dia dah berubah.
Saya bawa dia berdepan dengan kematiannya,
dan selalunya ia akan jadi punca mereka berubah.
Sesiapa saja boleh tunjuk batu nisan. Semua orang setuju dengan saya.
- Hei, tolonglah. - Kamu tahu tak?
Saya bukan saja tunjukkan batu nisan.
Itu menyinggung perasaan saya.
Akan Datang dah selesai.
Maklumkan En. Marley pelaku akan bangun dalam dua minit.
Baiklah.
Marley-san!
- Dah selesai? - Ya.
Bagus. Terima kasih, Kazuko. Sangat mengujakan.
Roh, berkumpul, semua!
Penyelidikan, Lokasi,
Jabatan Kostum!
Ini kakitangan hantu penyokong yang berdedikasi.
Mereka bekerja keras untuk buat kami nampak hebat.
Okey. Kita teruskan.
Rekrut baru, saya tahu kamu baru mati, tapi kamu perlu fokus.
Kamu berkhidmat pada masa yang tepat.
Mereka akan tahu jika orang yang kami hantui
benar-benar akan berubah.
Boleh kami melihatnya?
Tak boleh. Ayuh.
Inilah hasil kerja keras kami sepanjang tahun.
- Jangan, sayang, jangan ke lamannya! - Kita tak nak dia hubungi polis!
Jangan risau. Saya boleh ambil.
Maaf, Cik Blansky. Kami akan main di hujung jalan.
Kami tak nak ada masalah hari ini.
Hari ini hari apa?
Ia Hari Krismas.
- Hantu buat semuanya dalam satu malam. - Awak okey?
Awak nak kami hubungi sesiapa?
Atau awak nak bermain?
Saya?
Sudah tentu. Jika awak mahu.
Selepas saya selalu laporkan kamu kepada Persatuan Pemilik Rumah atau telefon polis
atau curi bungkusan kamu?
Awak buat apa?
Ayuh. Cubalah. Ia menyeronokkan.
Ya!
Tahniah, Cik Blansky.
Saya berjaya? Maksud awak ia memang…
Awak individu yang berbeza sekarang, Karen.
Perbetulkan kesilapan awak dan buat kami bangga.
Baiklah. Saya janji, saya akan lakukannya!
Bagus, Karen!
Saya sangat hargainya. Sehingga ke…
Boleh saya sertai?
Jadi, itulah tugas kami.
Kami menghantui seseorang. ubah mereka jadi orang yang lebih baik,
kemudian kami menyanyi tentangnya.
Kau nantikan hari itu Kau buat persediaan selama setahun
Apabila harinya akhirnya tiba
Kau hantui si tak guna dan berusaha Untuk mengubah mereka
Kenapa mereka menyanyi?
Sebab ini muzikal.
Apa?
Semua ini. Akhirat.
Saya dah agak.
Tolonglah. Biar betul?
Kau tunjukkan kehidupan mereka Kau harap mereka berubah
Apabila semuanya berjalan lancar Krismas ini pasti mengujakan
Hidangkan Stu Pedas Hasil Positif!
Kita teruja dengan perayaan Muhibah bersinar
Kerana membantu lebih hebat Berbanding krim egnog
Kita mungkin dah mati Tapi kita hidupkan impian Yuletide
Kita dipenuhi Perasaan pagi Krismas
Ada pagi yang lebih menarik?
Suasana magis apabila jadi girang Adalah keperluan utama
Kita mengubah semua manusia
Kita kenalkan idea itu Dan kegembiraan bersemarak
Kuranglah seorang manusia yang membenci sekarang
Kita sangat membantu dunia
Berikan kebaikan Kepada kejiranan
Mainkan peranan, mengubah pandangan Seorang demi seorang
Kita ada perasaan pagi Krismas ia memang menyeronokkan
Hei, saya tak pandai menari begini. Awak boleh ikut semua tarian ini?
Jika saya mula menari, yang lain takkan menyerlah. Mereka akan nampak teruk.
Kita dipenuhi Perasaan pagi Krismas
Debaran apabila Loceng bergemerincing
Semuanya sangat menyeronokkan
Seperti kita gunakan Molly
Tapi ia khayal semula jadi
Semuanya bersinar dengan lebih cerah
Aku rasa hangat seperti sider epal
Kita sangat membantu dunia
Rasanya seperti Krismas hebat yang sepatutnya
Mainkan peranan, mengubah pandangan Seorang demi seorang
Hei, ada sesiapa padam sejarah carian kami selepas kami mati?
DINDING INDIVIDU YANG DISELAMATKAN
Maaf, tuan.
Hei, Margo. Saya memang mengelak daripada awak.
Ya, tuan. Saya faham.
Tapi, ia tugas saya untuk menilai fail awak selepas setiap tugasan.
Jadi, awak telah layak untuk bersara selama 46 musim.
- Ya. - Awak masih di sini.
Sepanjang masa.
Saya percaya kerja yang kita buat di sini sangat penting.
Ya. Tapi awak tak nak peluang untuk hidup semula?
Oh Tuhan, saya rindu arak.
Saya pernah berparti tanpa henti dengan kawan-kawan di Tampa.
Sekejap, awak dari Jabatan Sumber Manusia?
Saya ada tatu di belakang dan depan.
Kami sangat liar. Kami pernah curi kapal persiaran.
Saya tak pasti jika awak sesuai berada di Jabatan Sumber Manusia…
Puding figgy.
Maaf, apa?
Ada tertulis dalam fail awak yang awak suka puding figgy.
Awak tak nak cuba puding itu lagi?
Awak tak nak kembali ke Bumi dan buat aktiviti manusia semula?
Ya, rasanya saya nak.
Saya mati sebelum wujudnya perpaipan dalaman, jadi, saya…
Apa pun, seronok dapat berbual dan semuanya,
tapi, ada parti yang sedang berlangsung, jadi…
Okey, tapi awak yang mulakan perbualan.
Apa pun, 46 musim. Mengarut.
Cuma pendapat saya. Mungkin dah tiba masanya.
Mungkin betul cakap dia.
Adakah ia masa untukku tahu jika aku
Lebih bermakna Berbanding hanya perasaan pagi Krismas?
Aku boleh pulang ke Bumi Bersara, hanya berehat
Satu lagi peluang kehidupan Yang aku impikan
Mungkin saya beli rumah kecil aneh tapi menarik di jalan sunyi.
Saya jumpa wanita yang baik, kami berkahwin dan bina keluarga.
Kemudian, setiap kali selepas pulang dari tempat kerja,
kami akan saling berpelukan dan bercium mulut gaya moden.
Itu pasti indah.
Adakah ia masa untukku tahu jika aku
Sedia untuk capai melangkaui Perasaan pagi Krismas?
Untuk jadi manusia semula Hidup sekali lagi
Mencuba Perkara yang aku tak pernah cuba
Kemudian saya di laman belakang
bermain dengan dua anak yang berkongsi parap pertama serupa.
Rebecca dan abangnya, Reggie atau Robert atau…
Rar… entahlah. Saya akan fikirkan nama "R" yang bagus.
Tapi bagaimana jika aku rosakkan hidupku Seperti sebelum ini
Mampukah aku jadi orang lebih baik
Seseorang yang lebih baik, orang baru?
Tapi tidak
Aku perlu buat lebih banyak Perubahan di sini
Banyak lagi yang perlu dibuat
Dengan semua hasut maya Dan orang tak guna di luar sana
Adakah aku bina dunia yang baik?
Adakah aku dah beri yang terbaik?
Atau aku tersilap?
Adakah aku cuma mengarut…
Hei. Sudahlah, orang yang suka mencarut.
Agak tak sesuai untuk hari ini.
Saya tahu, kawan lama.
Ini perasaan sedih yang awak biasa rasa selepas menghantui.
Ia lebih daripada itu, Jacob.
Lihatlah tempat ini, kawan.
Setiap satu daripadanya adalah jiwa yang kita dah selamatkan. Bersama-sama.
Jadi, jangan takut, sayang.
Sebab dalam dua minggu lagi, kita akan cari pelaku musim seterusnya,
dan saya dah lihat failnya.
Uruskan hotel mewah di Vancouver.
Si tak guna yang teruk. Awak pasti akan suka dia.
Tugasan yang awak perlukan untuk lupakan kesedihan awak.
Jadi, sudahlah. Bersemangat. Jadilah matang.
VANCOUVER MENGALU-ALUKAN
PERTUBUHAN PENANAM POKOK KRISMAS ANTARABANGSA
Hei. Awak.
- Walter. - Tiada sesiapa peduli nama awak,
dan tiada sesiapa patut ada misai pada bibir dan dahi mereka.
Kenapa awak melintasi melalui lobi mewah saya?
Konvensyen Pokok Krismas ini bayar mahal untuk berada di sini
supaya tak perlu melihat atau berfikir tentang orang macam awak,
pengemis tak guna.
Saya dah beritahu, bukan?
Berbahasa kesat, kedekut, pentingkan diri.
Saya suka dia tak seperti stereotaip orang Kanada.
Ya. Pelik melihat orang Kanada tanpa miten.
Ya. Dia memang orang bersut tak guna. Betul, bukan?
No comments yet. Be the first to leave one.