Padmaavat

Padmaavat (पद्मावत)

Lataa Malay -tekstitys

Julkaisutiedot

Padmaavat 2018 720p BRRip MkvCage WS
Kommentaari Cocobutter

Tunnisteet

brrip
720p
720
mkv
MkvCage
Julkaistu: 2019-04-07
Lataukset: 84
Kuulovammaisille: No

Malay tekstityksen esikatselu

200 ensimmäistä riviä.

Sarikata Oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew -

Tengoklah Komander kita!

Seperti dia datang dari Delhi ke Gazni hanya untuk makan dan tidur!

Shareef Pasha, dia datang ke sini supaya kita..

.. dapat memahami hasratnya untuk menyerang Delhi bersama-sama

Oh tuhan, jadi sekarang Komander ingin menjadi Sultan Delhi!

Memberontak menentang Sultan?

Ini bukan pemberontakan..

.. ini berkaitan dengan keinginan kita

Ya!

Berapa lama kita nak berkhidmat pada Sultan?

Sekarang saya ingin menjadi Sultan!

Tepat sekali!

Siapa si bodoh itu?

Aaluddin! Apa yang telah kamu bawa?

Pakcik yang minta supaya saya membawanya!

Bila saya minta kamu bawa burung unta?

Saya tak ingat pun

Tapi Alauddin tak pernah lupa

Saya sangat menghormati pakcik. Pakcik minta bulunya, tapi saya bawa burungnya sekali

Bulu? Oh ya! Baru saya ingat..

Untuk Mehru kesayanganku!

Ya, untuk Mehru!

Anakku Mehru!

Anakku Mehru!

Anakku Mehru!

Ya, ayah?

Tengok apa yang ayah bawa sebagai hadiah untuk kamu

Allah! Burung unta!

Saya sangat sayangkan ayah!

Saya juga

Saya ingin berikan hadiah pada kamu kerana memenuhi permintaan anakku

Apa yang kamu mahukan? Cakaplah.

Saya membahayakan nyawa untuk memenuhi permintaan pakcik

Sekarang, saya inginkan nyawa pakcik sebagai balasannya!

Tidak.. tidak..

Saya nak Mehrunisa untuk menjadi isteri saya

Bukankah kamu orang yang bijak? Jika kita berikan hadiah berharga pastilah ada balasannya

Semua yang berharga adalah milik Alauddin sahaja

Siapa kata?

Alauddin!

Mehrunisa, anak Jalaluddin Khilji..

.. adakah kamu terima Alauddin Khilji sebagai suami kamu?

Dia setuju!

Shareef Pasha, mana pengantin lelakinya?

Beritahu dia, saya panggil dia datang

Saya akan panggil dia segera

Alauddin!

Alauddin!

Apa yang kamu buat? Ini malam pernikahan kamu!

Jika komander dapat tahu, kamu pasti akan dipancung

Siapa yang akan beritahu dia?

Kamu?

Kamu tak akan beritahu dia. Kamu rakan sepermainanku!

Orang kepercayaan saya

Kamu tak akan beritahu dia

Tak akan sesekali

Tidak sesekali

Allah!

Ketamakan Alauddin untuk memiliki segala yang berharga membuat Mehrunisa dan yang lain ketakutan

Dia percaya bahawa segala yang berharga adalah miliknya..

.. tapi dia tidak sedar, beribu batu jauhnya merentasi lautan..

.. tinggal seorang gadis yang paling cantik..

... Sang Puteri Singhal

Panah kamu mengenai sasaran!

Ada sesiapa di sana?

Ada sesiapa di sana?

Wardhan!

Apa yang kamu buat di sini dalam waktu begini?

Tetamu negera kita, Raja Ratan Singh dari Mewar telah pergi memburu

Nampaknya dia telah sesat di dalam hutan

Tuanku Raja telah mengeluarkan titah untuk mencarinya

Beritahu tuanku yang tetamu baginda selamat dan sedang berhehat di dalam gua

Baiklah

Semua orang kembali ke istana!

Kekanda tahu apa maknanya mutiara itu semua pada adinda?

Kekanda boleh hadiahkan padanya beberapa kampung

Kenapa kekanda berikan padanya rantai itu?

Apa yang adinda cuba katakan?

Adinda mahukan rantai itu semula

Ia telah dihadiahkan semasa perkahwinan kita dan kekanda berikannya kepada orang lain!

Jangan bimbang! Kekanda ada rantai yang serupa dibuat untuk adinda

Adakah kekanda sanggup merentasi lautan untuk mendapatkan mutiara?

Mutiara itu dibawa, istimewa daripada Singhal

Tak ada sesiapa yang boleh membawa mutiara itu kembali..

.. dan adinda tidak akan dapat rantai itu semula

Kamu datang untuk meminta maaf?

Bidikan kamu sangat mengagumkan

Kamu dah cederakan pemburu ini dan bukannya rusa.

Mula-mula dengan anak panah dan sekarang dengan matamu!

Pertemuan kita hanya kebetulan tapi kadang-kadang ia berlaku dengan indah..

.. seperti tempat tinggal kamu ini!

Semuanya sangat mempersonakan

Saya telah banyak berbicara, tapi kita masih tidak tahu tentang diri masing-masing

Tuanku ialah Ratan Singh, Raja negara Mewar

Macam mana kamu tahu?

Kerana tuanku adalah tetamu kami

Dan beginikah caranya kamu mengalu-alukan tetamu kamu?

Kenapa tuanku datang ke Singhal?

Saya datang untuk membeli mutiara

Di sini, mutiara bukan untuk dibeli. Tuanku akan menemuinya sekiranya tuanku bertuah

Sepertimana saya menemui kamu

Jadi beritahulah tentang diri kamu. Kamu ini siapa?

Apa nama kamu?

Setiap dedaunan di sini tahu nama saya

Saya pasti tuanku akan tahu juga nanti

Dia ialah Puteri Singhal

Padmavati.

Dia telah menjaga tuanku selama dua hari

Padmavati.

Maafkan beta, Raja Ratan Singh

Sebelum sempat kamu berseronok, kamu telah cedera terkena panah Padmavati

Anakanda beta telah membuat kesalahan besar

Ia bukan kesalahan Padmavati, Raja Gandharvasen

Saya terserempak dengannya semasa memburu

Saya ekori dia dan anak panah terkena saya

Beta datang untuk bawa kamu balik

Sila kembali ke istana

Saya telah tinggal di istana seumur hidup saya

Saya sukakan ketenangan di hutan

Jika tuanku tak kisah, saya ingin tinggal di sini beberapa hari lagi

Raja Ratan Singh, kamu datang sebagai tetamu negara..

.. tapi kamu seakan-akan ahli keluarga kami

Beta ingin kamu bawa balik mutiara dari Singhal dan bukannya luka ini

Mutiara dari Sinnghal

Bukankah ini yang tuanku cari?

Apa pendapat tuanku?

Sekarang tuanku dah dapat apa yang tuanku inginkan, tentu tuanku akan pulang ke Mewar

Beta mesti kembali ke sana

Tuanku tak boleh pergi

Luka tuanku masih belum sembuh

Adakah kamu akan ikut beta ke Mewar, Padmavati?

Sebagai isteri beta!

Dengan restu dari ayahanda Padmavati, Raja Gandharvasen..

Puteri Padmavati berkahwin dengan Raja Ratan Singh dan pergi ke Chittor

Bangun semua!

Ketibaan Raja Ratan Singh

Daulat Permaisuri Padmavati!

Daulat Tuanku Raja Ratan Singh!

Semasa Chittor meraikan ketibaan Permaisuri baru..

Jalaluddin memberontak menentang Sultan Delhi dan mewujudkan Dinasti Khilji

Dia telah menabalkan dirinya sebagai Sultan Delhi yang baru

Sultan Delhi, Jalaluddin Khilji..

Kemenangan untuknya!

Tetapi Alaluddin juga ingin memiliki taktha Delhi yang berharga

Takhta itu nampak cantik dari jauh, tapi jangan tertipu

Bersamanya juga ada masalah yang mengekori

Kita dikelilingi oleh musuh tapi ancaman paling dekat ialah dari Mongol

Sultan, menewaskan Mongol dalam peperangan adalah mustahil

Askar kita separuh dari kekuatan mereka

Tapi keberanian kita lebih hebat dari mereka

Jadi, adakah kamu akan melawan Mongol?

Demi Khilji, saya sanggup melawan tuhan

Hebat kata-katanya!

Pastikan cita-cita kamu sepadan, supaya kamu tidak terkubur dengan bebannya

Maafkan patik, tiada yang akan jadi penghalang bagi cita-cita Alauddin

Beta tak mahu tuntutan kamu yang tinggi, Beta hanya inginkan kemenangan!

Patik akan berperang dengan Mongols

Sultan, kepercayaan tuanku adalah kejayaan patik

Serang!

Alauddin menewaskan Mongol dan melindungi Delhi

Sementara itu, Permaisuri Padmavati telah mula memenangi hati rakyat Chittor

Hati-hati Suraj Baisa. Zaman kamu untuk menari Ghoomar telah lama berlalu

Kamu mungkin akan cederakan belakang kamu

Sekarang Permaisuri baru akan mempersembahkan Ghoomar

Tuanku Permaisuri, tuanku mesti berikan persembahan yang hebat

Sudah tentu Suraj Baisa, kerana saya yang akan bermain gendang

Salam, Tuanku Permaisuri

Kunwar Baisa, anak kamu yang becok ini telah menyampuk seperti selalu

Lupakan saja impian untuk bermain gendang Badal..

.. tak ada lelaki lain kecuali Raja yang boleh memukul gendang semasa persembahan Permaisuri

Anak muda, kamu boleh pukul gendang sepuas hati semasa perkahwinan kamu

Daulat Raja Ratan Singh

Mereka menyusahkan adindakah?

Guru Di Raja sedang menanti tuanku di kuil

Boleh kita pergi?

Selamat datang, tuanku!

Padmavati, perkenalkan Guru Di Raja dan juga mentor kekanda, Raghav Chetan

Dia adalah jawapan bagi semua soalan

Sila ambil restu darinya

Kecantikan kamu tiada bandingan!

Bukan hanya cantik tapi dia juga dikurniakan dengan kebijaksaan

Jadi apa yang lebih penting pada seorang Permaisuri? Kecantikan atau kemahiran?

Hati-hati Permaisuriku, adinda sedang diuji

Sila jawab soalannya

Kemahiran

Dan kecantikan?

Itu terletak pada mata yang memandangnya

Sila jelaskan

Ada yang melihat tuhan dalam bentuk objek, ada melihat tuhan sebagai objek yang lain

Nyatakan kehidupan dalam tiga perkataan

Jiwa, cinta dan pengorbanan

Apa itu cinta?

Airmata kegembiraan dari mata tuhan

Apa itu air mata?

Garisan halus antara kesedihan dan kegembiraan

Apa itu kegembiraan?

Ianya ilusi

Patik dengar tuanku juga terlatih dalam teknik peperangan

Ya

More Malay subtitles for Padmaavat

Kommentit

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left