Lioness

Lioness

Lataa Malay -tekstitys

Kausi 3

Julkaisutiedot

[๐—–๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ป] ๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ฆ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐—˜๐Ÿฌ๐Ÿฏ ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐— ๐—˜ ๐—”๐— ๐—ญ๐—ก ๐—ช๐—˜๐—•
Kommentaari Coffee_Prison
๐‘๐„๐“๐€๐ˆ๐‹ ๐๐‘๐ˆ๐Œ๐„ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž >> ๐Ÿ“๐Ÿ:๐Ÿ“๐ŸŽ โž– *๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜’๐˜ฉ๐˜ข๐˜ช๐˜ณ๐˜ถ๐˜ญ

Tunnisteet

webdl
Julkaistu: 2026-08-18
Lataukset: 1
Kuulovammaisille: No

Malay tekstityksen esikatselu

200 ensimmรคistรค riviรค.

Ia di mana?

Saya dah kata kami tak pakai pengesan.

Tidak!

Tunggu! Ibu jari, kaki kiri.

SEBELUM INI DALAM LIONESS

- Dua minit! - Kita akan bunuh mereka semua.

- Selamat. - Selamat.

Mereka cuma jumpa pengesan.

Semua orang bercakap, Byron. Awak juga tahu.

Apabila dia bercakap, siapa tahu apa yang akan keluar?

Mana isteri saya?

Saya pasti kamu dah berbincang.

- Senario paling buruk. - Itu yang berlaku?

Pengesan dikenal pasti, bumbung di hujung jalan.

Pemandu tumbang.

Ini kereta saya.

Awak betul-betul...

Jika awak belum tahu, banyak yang awak perlu jelaskan.

KYIV, UKRAINE 50.4504ยฐ UTARA, 30.5245ยฐ TIMUR.

Kita akan bangun perlahan-lahan. Bangun.

Duduk.

Kita selamat.

Orang Amerika?

Apa awak buat? Orang Amerika kawan kami.

Mungkin kita kawan.

Jangan bercakap melainkan diminta. Jangan buat bunyi. Faham?

Jika awak bising, kami bunuh awak.

Tidak.

Awak ada gambar?

Kita dah sedia.

BALTIMORE, MARYLAND 39.2905ยฐ UTARA, 76.6104ยฐ BARAT.

Sila bergerak ke meja dan duduk.

Sebelum saya mula potong bahagian badan,

saya nak pastikan kita berada di rumah yang betul.

Itu ibu?

Adik awak cantik. Mereka akan seronok dengan dia.

Apa yang awak buat?

Saya takkan bazirkan masa menyeksa awak.

Saya tahu latihan yang awak dah lalui.

Saya boleh suntik awak dengan semua skopolamina yang saya nak

dan awak masih akan menipu.

Saya tak boleh seksa awak, tapi saya boleh seksa dia

untuk dapatkan kebenaran.

- Kebenaran apa? - Anak awak ada di Ukraine.

48 jam kemudian, pegawai kes senior yang menyelia misi itu

hantar dua ejen kontrak Rusia ke rumah dia

lengkap bersenjata.

- Jelaskan. - Saya tak kenal pegawai kes awak.

- Awak jumpa dia di taman. - Awak pilih taman itu, bukan saya.

- Awak pilih. Awak pilih semuanya. - Saya tak nak bergaduh dengan awak.

Semua, potong satu jari.

Tolonglah, jangan.

Tunggu!

- Mereka tak dengar awak. - Awak dengar saya.

Awak nak tahu cara dia terdedah?

Tunggu, semua.

Saya tak tahu. Mungkin mereka nampak muka dia daripada dron atau satelit.

Jadi mereka nampak kami semua. Tapi mereka tak datang ke rumah saya.

Bagaimana awak masuk ke negara ini? Awak terbang ke Kiev?

- Seluruh dunia melihat Kiev. - Semua ini alasan, Oleksandra.

Saya nak jawapan.

Awak berulang-alik ke Rusia?

Perisik konon.

Awak perisik, tapi bukan untuk Ukraine dan bukan untuk kami.

Ayah saya mati menentang Rusia.

Saudara saya menentang Rusia, sekarang, hari ini.

Itu negara saya, rumah saya.

Kesatuan Soviet musnahkan negara saya. Semua orang kelaparan.

Semua orang takut untuk berfikir. Mereka dapat baca fikiran kami.

Tapi Rusia hari ini, Rusia ini lebih teruk,

kerana sekarang mereka kaya dan bebas berbelanja.

Awak berkelakuan seperti mereka. Teruskan, bunuh mereka.

Askar tegap merogol wanita tua, budak kecil dan bunuh mereka?

Silakan, lakukannya. Di sini.

Tembak saya di sini.

Ayuh, askar, tembak saya di sini.

Awak nak tendang saya lagi? Silakan.

Awak boleh cuba.

Saya beritahu awak.

Orang Rusia tak guna ini memang berbeza.

Jangan panggil saya begitu.

Itulah awak, orang Rusia tak guna.

Jangan panggil saya begitu. Tak guna!

Orang Rusia yang kotor, penipu, licik dan tak berhati perut.

Saya akan bunuh awak!

Aduhai, itu seronok!

Rasanya saya buat dia marah.

Awak tak kenal raksasa itu dan apa yang mereka buat. Saya tahu.

Awak rasa awak akan jadi askar pertama yang rogol dia?

Cuma orang Amerika pertama.

Saya rasa kita dah selesai.

Oleksandra.

Oleksandra saya?

Kami perlu bukti dia seperti yang dia kata dan kamu bukti itu.

Maaf atas kesulitan ini.

Oleksandra.

Jawapan logik bagi soalan tentang cara pegawai kami terdedah

ialah awak.

Awak faham, bukan?

Awak faham?

Dua ejen kontrak ketuk pintu dia. Di mana mereka sekarang?

Mereka dibunuh di sana.

Sekarang awak mula faham cara Rusia bekerja.

Mereka tak tahu siapa dia. Mereka syak siapa dia

dan mereka korbankan dua biri-biri supaya dia buktikan identiti dia.

Sekarang mereka tahu kerana dia beritahu mereka.

Begitulah cara Rusia bermain. Percayalah.

Jika mereka nak culik dia, dia dah tiada.

Jumpa lagi untuk pusingan kedua.

- Apa pendapat awak? - Apa pendapat awak?

Itu bukan kelakuan saya apabila cuba sembunyikan sesuatu.

Kita beri dia makan? Air, tandas, apa saja?

Jangan buka pintu selain untuk pindahkan dia.

Jika dia buka pintu itu sendiri, awak tembak dia.

Dia ada cip, mereka akan tahu lokasinya.

Sebab itulah kita pindahkan dia dan terus pindahkan dia.

Lihat semua teknik yang awak belajar. Awak akan jadi perisik.

- Permainan awak bukan matlamat saya. - Awak tetap akan bermain.

Tak banyak di sini. Pilihan awak cuma bijirin.

Saya akan ke pasar raya nanti.

- Semua orang bangun awal. - Sekarang 90 minit ke sekolah.

Itu pun jika kita masih hantar mereka.

Pengawal akan iringi dan tunggu di lokasi sehingga mereka pulang.

- Sekolah ialah lokasi sekarang? - Ia sentiasa lokasi.

Tak, ia ada lokasi. Semuanya ada lokasi dan sekarang ia lokasi.

- Apa awak nak saya buat? - Boleh kita jangan bergaduh?

Saya nak buat mesyuarat keluarga.

- Ibu perlukan kopi untuk itu. - Saya akan ambilkan.

Terima kasih.

Okey, mulakan.

Kami nak ibu berhenti.

Kamu rasa apa yang itu akan selesaikan?

Jika begitu, tiada sebab untuk cederakan ibu.

Bukan...

Bukan begitu caranya.

Kejahatan takkan berhenti walaupun kita menyerah. Ia jadi lebih jahat.

Ibu tak tahu apa minat kamu dalam hidup ini.

Minat ayah kamu adalah berjuang untuk selamatkan nyawa.

Minat ibu adalah berjuang untuk selamatkan cara hidup.

Ayah kamu tak berhenti apabila dia kehilangan pesakit.

Sudah tentu itu sangat menyakitkan, tapi dia tak berhenti.

Ibu pernah kehilangan nyawa. Ibu kenal ramai orang baik

yang berkorban untuk cara hidup yang kita dapat nikmati ini.

Ibu hampir kehilangan nyawa ibu lebih daripada sekali.

Ibu juga mungkin akan mati.

Ya, ibu pernah membunuh.

Ibu pernah membunuh untuk cara hidup ini.

Begitulah berharganya kebebasan kamu bagi ibu.

Dah lama kita berdolak-dalik tentang ini dan sekarang tiada lagi.

Ibu seorang askar dan tugas askar

adalah berjuang sehingga tak mampu atau pertarungan itu tamat.

Ibu percaya hak kita untuk memilih cara hidup

berbaloi dengan pengorbanan itu.

Begitulah tahap ibu sayang kamu.

Kamu semua.

Saya ada sesuatu untuk awak. Boleh awak ikut saya?

Ya.

- Tidak, Joe, saya tak boleh. - Ini cuma seperti insurans kereta.

Saya tak boleh.

Okey.

Maaf kerana ini ikut saya balik.

Saya perlu pergi kerja.

Joe, apa maknanya bagi awak? Selepas semua ini?

Maknanya mencari yang lain.

Randy dan Two Cups akan jaga mereka sehingga kita sediakan rancangan.

- Rancangan itu dari mana? - Kita, dengan OS.

- Ke mana, bos? - Pejabat.

- Selamat pagi. - Bagaimana keadaan awak?

Secara jujur, saya sangat marah.

- Itu yang saya nak. - Ya.

- Bagaimana keluarga awak? - Mereka gelisah.

- Saya dapat bayangkan. - Ya.

Ya.

Duduk.

Kelakuan dia tak sejajar dengan bersubahat

dalam cubaan untuk apa saja yang mereka cuba buat.

Secara jujur,

penjelasan dia masuk akal seperti apa yang kita fikirkan.

Apa penjelasan dia?

Serangan ke atas Joe adalah kebetulan dengan operasi di Ukraine.

Tolonglah, Kyle.

Mereka serang pada hari dia kembali, 20 minit selepas dia masuk.

Mungkin dia diperhatikan di Kiev. Mungkin dah lama dia diperhatikan.

Tapi jika dah lama tahu, mereka boleh serang dia bila-bila masa.

Serang pasukan dia dalam perjalanan, semasa pulang atau pesawat dia.

- Mereka tak kuasai ruang udara Kiev. - Mereka tak perlu.

Bukannya mereka takkan ceroboh ruang udara Poland.

Tekaan saya...

Mereka tahu kita ada bungkusan itu selepas ia hilang.

Jadi mereka hantar dua orang kepada setiap pegawai kes,

mula memeriksa, mencari apa saja.

Kementerian Luar Negeri Rusia tunjuk yang mereka tahu kita tahan dia?

- Tidak. - Saya perlu beritahu awak.

Mereka tak dapat maklumat daripada perisik ini.

Saya kawal seluruh keluarga dia.

Dia tak gentar, merayu, tawar-menawar, merayu atau nafikan.

Kecuali cuba cungkil mata saya kerana tuduh dia bekerja dengan Rusia.

Dia betul-betul cuba serang saya.

Itu reaksi yang tak rasional dan penuh emosi,

didorong oleh betapa wanita ini bencikan Rusia.

Kommentit

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left