نخستین 199 خط.
Saya minta maaf kerana datang lewat.
Tolong tenangkan Woo Jin dan ibu mentua sebelum awak pergi.
Cik Woo Jin.
Apa yang berlaku?
Kami sudah failkan laporan orang hilang.
Kami akan hubungi awak sejurus kami jumpa dia.
Awak patut pulang sekarang, tuan. Ia sudah lewat.
- Hei, Hye Won. - Makan malam staf awak...
belum berakhir?
Saya baru dapat panggilan yang seseorang dari cawangan utama...
- baru kehilangan ibu mereka. - Benarkah? Di mana?
Adakah ia jauh?
Ia di luar bandar. Di Sangju.
Apa-apa pun, adakah awak memakai itu ke majlis pengebumian?
Saya tidak jumpa mana-mana kedai dalam perjalanan.
Saya tanggalkan selepas saya ke rumah pengebumian.
Joo Hyuk, kenapa awak pergi begitu?
Awak patut tunggu untuk makan dengan kami.
Siapa ini?
Apa yang sedang berlaku?
Tolonglah...
Saya benar-benar harap dia masih berada di sana.
Dia ada di sana.
Woo Jin, awak tahu saya ada firasat yang baik, bukan?
Awak akan jumpa ibu awak, jadi jangan bimbang.
Ini tentang apa?
Apa?
Itu yang saya mahu tanya awak. Apa ini?
Jawab saya. Ini tentang apa?
- Hye Won. - Adakah awak menipu saya...
tentang menghadiri majlis pengebumian itu...
dan keluar untuk Woo Jin?
Itu...
Semasa awak di tandas, dia hubungi.
Saya jawab...
dan seorang perempuan panggil awak "Menantu lelaki saya".
Dia kata awak patut tunggu dan makan dengan mereka.
Adakah awak ada dua isteri?
Adakah awak jalinkan hubungan sulit dengan dia?
- Tidak, bukan begitu. - Jadi apa yang berlaku?
Apa yang sedang berlaku?
Saya tidak sukakan perempuan itu sejak awal.
Dia mengganggu dan menjengkelkan saya tanpa sebab.
Saya akan jumpa dia. Saya akan pergi tanya dia.
Tidak. Jangan lakukan itu. Saya akan jelaskan, Hye Won.
Ibunya menderita penyakit Alzheimer.
Saya terserempak dengannya...
dan dia tidak terkawal kerana ibunya hilang.
Sebab itu awak mencari ibunya di merata tempat dengannya?
Kenapa? Apa yang Jong Hoo lakukan?
Jong Hoo pergi bertemu ibu bapanya.
Tapi, perlukah awak mencarinya sepanjang malam?
Siapa awak? Adakah awak keluarganya?
Itu....
Saya tidak boleh biarkan sahaja situasi itu.
Apa hubungan yang awak berdua miliki sehingga awak tidak boleh lakukan?
Apa-apa pun...
Ia bukan apa yang awak fikirkan.
Ya, saya tidak patut menipu. Saya minta maaf tentang itu.
Itu memang silap saya.
Menjadi sebaik ini adalah penyakit dan menjaga hal orang lain, okey?
Orang yang paling aneh di sini ialah perempuan Seo Woo Jin itu.
Saya faham yang dia tidak terkawal kerana ibunya hilang.
Tapi bagaimana dia boleh buat orang atasannya yang sudah bekeluarga...
keluar sepanjang malam kerana dia?
Walaupun semasa saya nampak dia di rumah percutian,
dia sentiasa tersenyum dan berlagak hebat, merendah diri.
Tapi dia bertindak begini di belakang orang!
Bukan begitu. Saya hanya mahu bantu...
Diam!
Benarkah awak mahu membela dia dalam situasi ini?
Saya tidak boleh tahan memandang awak.
Ke mana awak mahu pergi?
Saya bukan mahu bertemu dia, jadi jangan bimbang.
Hye Won.
Lee Hye Won!
Adakah saya biarkan awak menunggu?
Jangan kelihatan terlalu gembira.
Saya hanya menghubungi awak kerana saya tiada kawan untuk dihubungi.
Saya okey sahaja.
Apa yang awak mahu minum?
Saya mahu minum yang sama dengan awak.
Satu lagi seperti ini.
Apa-apa pun, apa yang sedang berlaku?
Adakah awak bertengkar dengan suami awak?
Tidak, dia tidak bertengkar dengan saya.
Dia lakukan apa sahaja yang saya suruh...
dan dia hanya memandang saya.
Sebab itu saya sukakan dia. Dan sebab itu saya mengahwini dia.
Tapi sesuatu pasti telah berlaku.
Adakah ia melibatkan wanita lain?
Hei, berhenti buat anggapan aneh.
Kenapa saya patut bincang sesuatu seperti itu dengan awak?
Baiklah, saya takkan lakukan.
Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada suami awak.
Terima kasih kepadanya, saya dapat berjumpa awak.
Memandangkan saya bertemu awak hari ini,
boleh awak keluar dengan saya esok?
Saya tidak perlu bekerja...
Maksud saya, pergi ke kelas esok.
Oh Tuhan.
Biar betul.
Oh Tuhan, biar betul.
Apa itu?
Be...
Dia kata dia akan keluar ke sini.
Di mana awak, Woo Jin? Saya di sini.
Saya di luar sini. Adakah awak tidak nampak saya?
Jangan bergurau. Kita tiada masa.
Awak sudah beli kereta, Woo Jin?
- Oh Tuhan. - Cepat naik. Panas di luar.
Awak berkembang dengan pantas, Seo Woo Jin.
Saya tidak percaya awak beli kerata secepat ini.
Awak sangat hebat.
Lebih sukar membuat keputusan untuk membeli kereta dari membelinya.
Saya perlu membawa ibu saya dan sebagainya,
jadi saya rasa saya patut dapatkan satu.
Apa-apa pun, awak tidak begitu marah sekarang?
Betul itu, saya sepatutnya marah.
Saya terlupa kerana kereta ini.
Saya minta maaf.
Tidak kira apa yang berlaku mulai sekarang,
walaupun langit terbelah dua kerana petir dan gunung berapi meletus,
saya akan jawab panggilan awak tidak kira apa sahaja.
- Okey? - Hentikan.
- Hentikan. - Janganlah begitu, jangan marah.
- Tolonglah? - Hentikannya, seriuslah!
Jangan lakukan itu lagi, okey? Janji dengan saya.
Baiklah, saya janji.
Jadi, boleh kita pergi sekarang?
Okey, mari pergi.
- Baiklah. - Tapi...
- Awak ada lesen, bukan? - Sudah tentu.
Awak boleh tidur sebentar dalam perjalanan kita. Tidurlah sekejap.
Mari pergi.
Berhenti!
Oh Tuhan, itu mengejutkan saya.
Kereta itu keluar entah dari mana.
Ia bersebelahan dengan kita sepanjang masa.
Benarkah?
Adakah awak tidak melihat cermin pandang belakang awak?
Maksud awak ini? Saya tidak biasa menggunakannya.
Saya akan melihatnya mulai sekarang.
Awak pastikah yang awak ada lesen, Woo Jin?
Sudah tentu. Sudah 10 tahun saya memilikinya.
Memanglah saya tidak memandu selama 10 tahun itu,
tapi saya sudah dapat pandu sekarang.
- Woo Jin. - Ya?
Awak perlu ke kiri di sini.
Saya tahu. Saya akan belok ke kiri.
Apa yang...
Ia di sebelah lain untuk kereta ini.
Awak mahu saya pandu? Saya akan pandu.
Tidak mengapa.
Saya akan memandu mulai sekarang.
Lihat, saya belok ke kiri sekarang.
Bersedia untuk buat pusingan kanan.
Dan ini adalah pecutan.
Itu adalah pecutan.
- Benarkah? - Ya.
Begitukah? Tunggu, kenapa pengelap cermin terpasang?
Itu untuk pengelap.
Untuk semasa hujan, bukan?
Selamat pagi!
Cik Seo Woo Jin, datanglah ke pejabat saya.
Woo Jin dapat bonus. Betul?
Adakah itu untuk apa yang awak lakukan semasa pemeriksaan rahsia?
Saya ada waktu yang sukar sekarang ini...
disebabkan sesetengah perbelanjaan yang tidak diduga,
jadi ini hebat! Saya sangat gembira!
Woo Jin sangat bertuah.
Ini akan sangat membantu untuk penilaian prestasi dia.
Betul, bukan?
Kita juga ada makan malam kakitangan yang mewah kerana dia.
Ya, saya sudah dengar semua tentang itu.
Adakah awak berseronok makan besar seperti itu tanpa saya?
Jadi...
kami tidak pergi kerana kami mahu.
Betul.
Kami tiada pilihan lain. Awak tahu apa maksud saya.
Saya tahu.
Tidak mungkin pasukan kita berpaling tadah, bukan?
Jadi saya akan belanja lain kali!
- Hei, sayang. Woo Jin. - Ya?
Adakah awak semua sudah nampak ini?
- Apa dia? - Apa dia?
Ada kiriman yang pelik di "Behind".
Seo Woo Jin yang berada di KCU Cawangan Gahyun,
kehidupan dua dunianya yang mengejutkan.
Seo Woo Jin dari Bank KCU Cawangan Gahyun...
terdesak untuk perhatian lelaki dan tidak boleh hidup tanpanya?
Dia gunakan rupanya...
Dia gunakan rupanya untuk cuba menggoda...
lelaki muda yang sudah berkahwin...
dan mengawal dirinya dalam satu cara kotor di tempat kerja.
Dan sebab dia dipindahkan dari ibu pejabat baru-baru ini...
disebabkan oleh penglibatannya dengan seorang lelaki.
Dan wajahnya juga nampak seperti dibuat semula.
Saya beri amaran pada awak, Seo Woo Jin.
No comments yet. Be the first to leave one.