نخستین 200 خط.
Sila tumpukan perhatian kepada pengumuman penting ini.
Berjuta-juta orang telah terkesan oleh jenayah.
Kekacauan awam kini pada kadar tertinggi
dan masalah pengangguran serta gelandangan berleluasa
mencetuskan epidemik jenayah di Los Angeles.
Perusuh bertempur dengan polis
Penjara terlalu sesak…
Jel LA Penuh 3 Tahun Berturut-turut
Zon Merah dikuatkuasakan
untuk mengehadkan pergerakan individu yang terlibat dalam aktiviti ganas.
Rusuhan Ganas Hollywood
Namun begitu, ratusan wira negara seragam biru
telah terbunuh ketika menjalankan tugas.
Kini, situasi ekstrem memerlukan langkah ekstrem.
Kita perlukan Mahkamah Mercy,
dan saya galakkan rakan kerja saya daripada kedua-dua belah parti
untuk menyokongnya.
JABATAN KEHAKIMAN KEADILAN YANG CEPAT UNTUK SEMUA
Selepas dua tahun beroperasi,
program ini membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.
Pesalah jenayah berat kini diadili oleh kepintaran buatan
yang tidak memerlukan perbicaraan panjang
dengan bertindak sebagai hakim,
juri,
dan algojo.
Di kamar mahkamah berautonomi penuh
suspek dianggap bersalah
sehingga dibuktikan tidak bersalah.
Mercy menganalisis segalanya dengan penuh kejituan,
menggunakan rangkaian data yang besar
termasuk bukti yang dikemukakan oleh LAPD
dan pasukan kuadkopternya.
Sejak program ini dilancarkan,
Mercy telah mengadili secara saksama,
menjatuhkan hukuman mati terhadap 18 individu,
mengurangkan kadar jenayah kota sebanyak 68%
dan menjimatkan berbilion dana cukai.
Semuanya disebabkan oleh ketepatan dan kecekapan program ini.
Mercy menggunakan fakta sahih dan pelbagai bukti
untuk memastikan keadilan ditegakkan
dalam masa beberapa jam selepas pembunuhan dilakukan.
Pencegahan jenayah yang unggul.
Kebebasan yang dihargai oleh semua warga Amerika
kini dilindungi oleh sistem yang direka untuk mencegah ancaman,
dengan cepat dan cekap.
Masa depan penguat kuasa undang-undang ialah Mercy
dan anda ialah kes Mercy yang seterusnya.
Untuk memastikan perbicaraan yang adil,
kamu, yang tertuduh, akan diberi akses kepada bukti lokasi jenayah
dan jejak digital anda yang lengkap.
Alamak.
- Hei. - Anda akan diberi peluang membela diri…
- Bagaimana saya berada di sini? - …tapi fahamilah
bahawa Mercy tidak pernah membuat silap.
Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam program Mercy.
Sumbangan anda akan mengembalikan keamanan dan kestabilan komuniti kita.
- Mercy, keadilan masa depan lebih baik. - Lepaskan saya.
- Nombor kes perbicaraan anda ialah 19. - Helo?
Helo!
Ini Mahkamah Mercy. Saya Hakim Maddox.
Hakim perbicaraan kamu hari ini.
Nanti dulu. Tidak. Apa maksud awak?
Ini bukan perbicaraan.
Saya Detektif Raven.
Sila hembus nafas panjang.
Nanti dulu. Tunggu sekejap.
- Identiti disahkan. - Okey…
Sila hembus nafas panjang.
Saya sendiri bawa lapan penjenayah ke kerusi ini.
Saya Chris Raven, pegawai polis. Saya tak patut berada di sini.
Sila hembus nafas, En. Raven.
Terima kasih.
Paras alkohol darah kamu kini cukup rendah untuk perbicaraan.
Kejap. Berapa lama saya pengsan?
- Lima jam, 26 minit. - Aduhai.
Sebelum kita mulakan, kamu mesti bersumpah bahawa semua keterangan yang diberikan
adalah jujur dan benar.
Nanti dulu.
Nanti dulu. Ini tak mungkin terjadi.
Percayalah, semua ini benar.
- Kamu mesti mengangkat sumpah. - Jika awak fikir ini benar,
awak dah buat silap besar.
Jika ada kesilapan, saya akan mendedahkannya
tapi kamu mesti patuhi peraturan sebelum saya boleh buat begitu.
Baiklah, saya bersumpah.
Kamu bersumpah apa?
Untuk bercakap benar, okey?
Beritahu saya yang saya patut bercakap benar tentang apa
sebab tak kira apa ini…
Christopher Raven, kamu dihadapkan ke mahkamah ini
atas tuduhan membunuh isteri kamu.
Nicole Raven.
MEMBUKA // Fail Bukti Raven
- Mana mangsanya? - Di dapur.
Di sini!
- Panggil pegawai perubatan! - Apa?
- Ada sesiapa lagi di sini? - Tiada sesiapa lagi. Cuma saya.
- Kami datang segera. - Tiada sesiapa di sini. Cuma ibu saya!
- Kamu tak apa-apa? - Ya…
Paramedik di lokasi.
Saya tak tahu apa terjadi kepadanya!
Wanita, mangsa tikaman, suspek tak diketahui.
Puan akan selamat.
Cuba jangan bergerak, okey?
Ya, saya sedang cuba. Tolong selamatkan dia!
Siapa yang buat?
Tolong mak saya.
Siapa?
Chris.
Mustahil.
- Ya Tuhan. - Kini mahkamah akan mengemukakan
keterangan pembukaan untuk membuktikan hubungan awak dengan mangsa.
- Ya Tuhan! - Pokoknya, pada hari ini
hanya awak saja bersama Nicole di rumah itu
semasa dia ditikam sehingga mati.
- Awak bohong. - Saya sarankan kamu periksa sendiri.
MEMBUKA // Enjin Pencarian
Kamu boleh guna arahan suara dan kawalan sensitif sentuhan.
Okey.
En. Raven…
Ralat Kritikal OK
boleh guna arahan suara dan kawalan sensitif sentuhan.
Cari… Boleh cari Nicole Raven?
Detektif LAPD Masuk Mahkamah Mercy
Pegawai LAPD, Chris Raven
telah diberkas hari ini kerana membunuh isterinya.
Raven dan rakannya, Jaq Diallo
ialah pendukung awal program Mercy
dan bertanggungjawab menangkap David Webb
dan membawa pembunuh itu untuk dibicarakan
sebagai pesalah pertama di Mahkamah Mercy
hanya dua tahun lalu.
Dengan bangganya saya menghantar suspek pertama untuk dibicarakan di sini
dan saya akan menghantar lebih ramai lagi
- sehinggalah perubahan berlaku. - Ini amat menakjubkan.
Dulu dia yang hantar pesalah ke Mahkamah Mercy,
alih-alih, dia pula dibicarakan.
Apa pengakuan En. Raven?
Apa pengakuan En. Raven?
Tak bersalah.
Saya tak bersalah.
Tak mungkin. Saya tak akan cederakan dia.
Berdasarkan bukti yang ada,
saya menganggap kebarangkalian kamu bersalah
ialah 97.5%.
Ini 17.5% lebih tinggi daripada
nilai ambang 80% untuk memulakan perbicaraan Mercy.
MEMBUKA // Storan Awan Perbandaran
Ini Storan Awan Perbandaran Los Angeles.
Setiap rakyat biasa dan organisasi diwajibkan oleh undang-undang
untuk menyambungkan peranti mereka dengannya.
Saya boleh mengakses pelayannya semasa perbicaraan.
Yang akan menjadi asas untuk saya membuat keputusan.
Kamu boleh gunakan apa-apa saja sumber yang ada di sini
untuk membuktikan bahawa kamu tidak bersalah.
Jika kamu didapati bersalah,
kamu akan dihukum bunuh dalam masa
- 90 minit. - Tidak.
- Perbicaraan kamu bermula sekarang. - Tidak.
Ini salah. Semuanya salah!
- Matikan benda ini! - Saya tidak boleh buat begitu.
Sistem AI ditegah oleh undang-undang
daripada terlibat secara langsung dalam pembunuhan seseorang.
Kerusi itu berada dalam sistem tertutup dan saya tiada kawalan terhadapnya.
Denyutan sonik maut tidak akan dilepaskan
jika saya hentikan perbicaraan sebelum had masanya tiba.
Untuk hal itu berlaku, kebarangkalian kamu bersalah
mesti jatuh di bawah ambang nilai 92%
keraguan munasabah.
Saya bukan pembunuh, kita di pihak yang sama.
Kita di pihak yang sama! Awak ingat David Webb?
Awak ingat David Webb?
Siapa yang mulakannya? Saya yang mulakan.
Saya tahu kamu siapa.
Saya tahu segala bakti kamu kepada mahkamah ini dan saya hargainya.
- Okey. Apa? - Tapi apa awak buat pada masa lalu
tidak lagi penting.
Di sini, hanya fakta membuatkan kamu bertanggungjawab,
atau mungkin, menyelamatkan kamu.
MEMULAKAN // Mengemukakan Bukti
Kamu tiba di tempat kerja pada 8.51 pagi ini
tapi tidak keluar dari kenderaan.
Sebaliknya, kamu balik ke rumah.
14/8/299.22 PG ID Kamera, pintu depan
Tolong pergi dari sini. Saya dah tak tahan lagi.
Buka pintu.
Saya tak nak buka pintu.
Nak cakap dengan saya, jumpa peguam.
Kunci rumah ada dalam trak.
Saya akan ambil kunci dan buka pintu. Apa kata awak
- matang sikit? - Jangan, Chris.
Jangan masuk! Keluar dari rumah saya!
Keluar dari rumah saya!
Awak berada di dalam rumah bersama Nicole selama 26 minit.
Anak gadis awak pulang dari rumah kawannya.
Mak?
Data lokasi jenayah mengesahkan bahawa pada ketika ini juga
Nicole ditikam oleh lelaki bertangan kanan
dan luka tikaman tunggal itu begitu agresif
sehingga vertebra tulang belakangnya sobek serta menusuk limpanya…
No comments yet. Be the first to leave one.