Esimesed 200 rida.
Ketakutan, pengkhianatan, kehausan darah.
Ribuan tahun yang lalu, kuasa inilah yang menguasai dunia kita.
Dunia ketika mangsa takut kepada pemangsa.
Dan pemangsa tidak mampu mengawal...
...naluri untuk mencederai, menganiaya, dan...
Darah! Darah!
Dan kematian!
Dahulu kala, dunia terbahagi kepada dua.
Pemangsa yang ganas, atau mangsa yang lemah.
Tetapi lama-kelamaan, kami berkembang,...
...dan meninggalkan gaya kehidupan primitif yang liar.
Kini, pemangsa dan mangsa hidup dalam suasana harmoni.
Dan setiap mamalia muda mempunyai peluang yang pelbagai.
Ya, saya tak perlu menyorok di dalam kawanan lagi.
Malah, saya boleh menjadi angkasawan.
Saya tak perlu menjadi pemburu yang kesepian lagi.
Sekarang saya boleh memburu pengelak cukai.
Saya akan menjadi aktuari.
Dan saya boleh menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.
Saya akan menjadi...
Pegawai polis!
Polis arnab? Itu perkara yang paling bodoh saya pernah dengar.
Mungkin mustahil bagi haiwan yang berotak sempit.
Saya maksudkan awak, Gideon Grey.
Tapi, hanya 211 batu dari sini, terletaknya bandar besar Zootopia.
Tempat di mana nenek moyang kita hidup aman-damai buat kali pertamanya.
Dan mengisytiharkan bahawa semua haiwan mampu menjadi apa sahaja!
Terima kasih dan selamat malam.
Judy, awak tahu tak kenapa ayah dan emak awak sangat bahagia?
Tidak.
Kami mengalah kepada impian kami dan kami teruskan hidup. Betul, Bon?
Ya. Betul, Stu. Kami teruskan hidup.
Itulah keindahan berpuas hati, Jude.
Sekiranya awak tak mencuba perkara baru, awak tak akan gagal.
Sebenarnya, saya suka mencuba.
Maksud ayah awak, keadaan akan menjadi sukar, malahan mustahil...
- ...bagi awak untuk jadi pegawai polis. - Betul. Belum pernah ada polis arnab.
- Tidak. - Arnab tak buat begitu.
- Tidak pernah. - Tidak pernah.
Maknanya, saya bakal menjadi yang pertama.
Kerana saya akan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik!
Awak mahu menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik,...
...cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan menjadi petani lobak.
Ya! Emak, ayah awak, dan 275 adik-beradik awak.
- Kita akan mengubah dunia. - Ya.
- Satu lobak pada satu masa. - Semoga dimakbulkan.
Bertani lobak merupakan kerjaya yang mulia.
Cuma letakkan benih ke dalam tanah.
Satukannya dengan tanah. Kambuskannya semula.
Awak faham, sayang? Memasang impian bagus sebenarnya.
Ya, selagi awak tidak terlalu mempercayainya.
Ke mana dia pergi?
Serahkan tiket awak sekarang, atau saya akan belasah awak.
Hentikan, Gideon!
Apa yang awak akan buat? Menangis?
- Awak dengar kata dia. Hentikan. - Pakaian cantik, pengecut.
Awak berada di dunia mana sehinggakan awak fikir arnab boleh menjadi polis?
- Pulangkan semula tiket kawan saya. - Marilah ambil. Tapi hati-hati.
Kerana saya musang, dan seperti yang awak kata dalam persembahan tadi,...
...pemangsa memakan mangsa...
...dan naluri membunuh itu masih wujud dalam "Dunnah" kami.
Saya cukup yakin sebutan yang betul adalah "DNA".
Jangan beritahu apa yang saya dah tahu, Travis.
Awak tak menakutkan saya, Gideon.
Sekarang takut?
Tengoklah kedutan pada hidungnya, dia ketakutan.
Menangislah, arnab kecil, menangislah...
Awak tak tahu bila nak berhenti, kan?
Ingatlah detik ini sekiranya kelak, awak fikir awak mampu jadi...
...lebih hebat dari sekadar seekor arnab petani lobak bodoh.
- Itu nampak teruk. - Awak okey tak, Judy?
Ya, saya okey. Ambil ni.
- Awak dapat tiket kami! - Awak memang hebat, Judy.
Ya, Gideon Grey tak faham apa yang dia kata.
Dia betul tentang seperkara.
Saya tak tahu bila untuk berhenti.
Dengar, kadet. Zootopia mempunyai 12 ekosistem unik dalam had bandar.
Pekan Tundra, Dataran Sahara, Daerah Hutan Hujan.
Kamu hendaklah menguasai semua itu sebelum dapat bertugas.
Atau nak tahu? Kamu akan mati!
Ribut pasir terik.
Awak gagal, arnab!
Ketinggian seribu kaki.
Awak gagal, muka lobak!
Dinding ais.
Awak gagal, petani!
Penjenayah besar. Awak gagal!
Gagal! Gagal!
Tandas kotor. Awak gagal, punggung berbulu!
Berhentilah dan pulang, arnab.
Sebagai datuk bandar Zootopia,...
...dengan bangganya saya mengumumkan bahawa inisiatif kemasukan mamalia,...
...telah menghasilkan lulusan akademi polis yang pertama.
Pelatih terbaik dalam kelasnya, pegawai arnab ZPD yang pertama,...
...Judy Hopps.
Pembantu datuk bandar Bellwether, bagi lencana.
- Ya. - Terima kasih.
Judy, secara rasminya saya tugaskan awak ke jantung Zootopia,...
...daerah satu. Pusat bandar.
Tahniah, Pegawai Hopps.
Saya takkan kecewakan awak.
Ini impian saya semenjak kecil.
Ini hari yang membanggakan bagi kita.
Bellwether, ke tepi.
Okey, Pegawai Hopps. Tunjukkan gigi itu!
Pegawai Hopps, pandang sini.
- Kami bangga dengan awak, Judy. - Ya, dan juga takut.
Seperti gabungan antara bangga dan takut.
Maksud ayah, Zootopia. Bandar yang jauh, besar.
Saya sudah berusaha untuk jawatan ini seumur hidup saya.
Kami tahu. Dan kami gembira, tapi takut.
Satu-satunya perkara yang kita perlu takut adalah ketakutan itu sendiri.
Dan juga beruang. Kita juga perlu takut kepada beruang.
- Termasuklah singa dan serigala. - Serigala?
- Cerpelai. - Pernah bermain kad dengan cerpelai?
Ya, dia kuat menipu.
Awak nak tahu? Hampir kesemua pemangsa.
- Dan Zootopia dipenuhi mereka. - Stu.
Dan musang adalah yang paling teruk.
Sebenarnya, ada betulnya apa yang ayah awak kata.
Sudah terkandung dalam biologi mereka. Ingat lagi kes Gideon Grey?
Semasa saya 9 tahun. Gideon Grey jahat dan kebetulan dia seekor musang.
Saya kenal ramai arnab yang jahat.
Ya, kita semua tahu. Tapi sebagai langkah berjaga,...
...kami membuatkan pakej keselamatan untuk jaga awak.
- Mak letak makanan ringan di situ. - Ini pencegah musang.
- Ya, selamat jika menyimpannya. - Ini penghalau musang.
Pencegah dan penghalau, semua yang dia perlukan.
- Tengok ni. - Alamak.
Dia tak perlukan perenjat musang, Stu.
Semenjak bila perenjat musang tak berguna?
Begini. Saya akan ambil ini supaya ayah berhenti.
Hebat! Semua orang menang!
Zootopia Ekspres tiba.
Okey, saya kena pergi. Selamat tinggal!
Saya sayangkan kamu.
Kami juga sayangkan awak.
- Air mata menitis. - Stu, tabahkan hati.
Selamat tinggal, semua!
Selamat tinggal, Judy! Saya sayang awak.
Saya Gazelle. Selamat datang ke Zootopia.
Dan selamat datang ke Grand Pangolin Arms.
Pangsapuri mewah yang memukau.
Akan dibersihkan setiap bulan. Jangan hilangkan kunci awak.
Terima kasih.
- Saya Judy, jiran baru kamu. - Ya? Kami akan bising.
Jangan harap kami akan minta maaf.
Dinding berminyak.
Katil usang.
Jiran gila.
Saya suka!
Dia yang mulakan!
Maaf.
Bawah sini.
Mereka betul-betul melantik arnab.
Saya perlu akui, awak lebih comel dari yang saya bayangkan.
Awak mungkin tidak tahu, tapi arnab boleh memanggil arnab lain comel,...
...tapi apabila haiwan lain yang menyebutnya, itu agak...
Maafkan saya. Saya Benjamin Clawhauser.
Lelaki yang haiwan lain fikir cuma menyukai donat.
Tak mengapa.
Sebenarnya ada...
- Ada apa? - Pada lipatan leher awak.
- Itu... - Itu pun awak.
Saya perlu pergi ke perjumpaan. Jadi, ke mana saya perlu...
- Terus ke sana dan belok kiri. - Baik. Terima kasih.
Arnab malang itu akan dimakan hidup-hidup.
Saya Pegawai Hopps.
Awak sedia menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik?
Perhatian!
Baiklah. Semua duduk.
Saya ada tiga perkara untuk disampaikan.
Pertama, kita perlu akui gajah dalam bilik ini.
Francine. Selamat hari lahir.
Kedua. Ada ahli baru yang saya perlu perkenalkan,...
...tapi saya takkan lakukan kerana saya tak peduli.
Yang terakhir, kita mempunyai 14 kes kehilangan mamalia.
Semuanya pemangsa. Dari beruang kutub gergasi sehinggalah memerang kecil.
Dan Dewan Bandar Raya menugaskan saya untuk mencari mereka.
Ini keutamaan nombor satu. Tugasan.
Pegawai Grizzoli, Fragmire, Delgato.
Pasukan kamu akan menyiasat di Daerah Hutan Hujan.
Pegawai McHorn, Ryan Spitz, Wolfard. Pasukan kamu menyiasat di Dataran Sahara.
Pegawai Higgins, Snorlof, Trunkaby. Pekan Tundra.
Dan terakhir, arnab pertama kita, Pegawai Hopps.
Tugasan parkir. Bersurai.
Tugasan parkir?
Ketua? Ketua Bogo?
Tuan. Tuan kata terdapat 14 kes kehilangan mamalia.
- Jadi? - Saya boleh tangani satu.
Tuan mungkin lupa, tapi saya pelatih terbaik dalam akademi.
Bukan lupa. Cuma tak peduli.
Tuan, saya bukannya sekadar arnab simbolik.
Bermakna, menulis seratus tiket sehari tentu mudah.
100 tiket. Saya takkan tulis 100 tiket.
Saya akan tulis 200 tiket. Sebelum tengah hari.
200 tiket sebelum tengah hari.
201.
Perhatikan langkah awak, musang!
Ke mana dia pergi?
No comments yet. Be the first to leave one.