Esimesed 200 rida.
Ia mungkin ikan air tawar paling besar di dunia.
Ia seekor raksasa.
Dan yang paling bahaya.
Raksasa sebesar seekor kerbau.
Yang boleh membunuh dengan libasan ekornya.
Tapi ikan gergasi ini semakin menghilang
dan saya ingin tahu kenapa.
Saya mengharungi sungai-sungai di Thailand,
untuk mencari ikan mega yang berbahaya ini.
Pari air tawar gergasi.
Bangkok, Thailand.
Hari ini ia sebuah bandar mega.
Dihuni oleh lebih 10 juta orang.
Tapi sungai ini dahulunya dipenuhi dengan spesis ikan gergasi.
Saya Zeb Hogan, pakar pengkaji dan pemuliharaan ikan.
Saya disini untuk mencari apa yang mungkin menjadi ikan air tawar paling besar dan paling bahaya di dunia.
Pari air tawar gergasi.
Ia sebahagian dari projek ikan mega saya.
Kajian selama 5 tahun untuk memahami dan memulihara ikan air tawar terbesar di dunia.
Saya di sini untuk mencari dan memahami pemangsa mega ini.
Tapi ia satu cabaran sukar.
Spesis ini baru ditemui oleh sains 20 tahun lalu.
Dan banyak persoalan belum terjawab.
Berapa banyakkah ia?
Dimana ia berkembang biak dan apakah ancaman terbesar ke atas hidupnya?
Adakah ia betul-betul ikan air tawar?
Mungkinkah ia ikan air tawar terbesar di dunia?
Dahulu ia banyak terdapat di Thailand.
Sekarang, pencemaran, kehilangan habitat dan penangkapan secara berlebihan
telah memaksanya ke ambang kepupusan.
Lagenda mengatakan pari masih wujud di sungai di tengah kota Thailand,
termasuklah yang bersaiz gergasi.
Saya dalam perjalanan ke Nakhon Sawan.
Saya dengar cerita pasal seorang nelayan, 15 tahun lalu
dia menangkap pari yang boleh memecah rekod dunia.
Saya nak pergi siasat.
Saya tak tahu macam mana rasanya berdepan dengan 'gergasi' ini.
Tapi seorang kawan lama Dr. Chavalit telah perkenalkan saya kepada lelaki
yang telah bertarung dan menangkap pari raksasa itu.
Ia sungguh besar. Saya cuba untuk tidak bergerak.
11 jam berlalu dan orang yang memancing dengan saya sudah tidak tahan lagi.
Jadi saya tembak tempuling dari arah hulu sungai.
Dan aliran sungai membuatkan tempuling mengenai ikan itu.
Jadi ikan itu naik ke permukaan.
Ia tidak dapat lari lagi, jadi ia cuba mencederakan saya.
Ia cuba menyengat awak?
Saya memang dah bersedia.
Berapa berat ia?
Lebih kurang 485 KG.
Empat ratus lapan puluh lima kilo.
Awak percaya cerita ini? - Ya, saya percaya.
Saya terpaksa kata, saya agak ragu.
Saya pernah dengar banyak cerita begini, tentang ikan..
bersaiz macam tu, 400, 500 KG. Tapi...
Saya tak pernah melihatnya dan tak pernah melihat gambarnya, jadi...
tak tahulah.
Ikan tu pastinya seberat 450 kilo.
Untuk lebih memahami saiznya, kami pergi mencari trak yang digunakan untuk mengangkut ikan itu.
Mereka letak pari tu atas trak ini. - Ya.
Dan ia sungguh besar sampai...
siripnya melebihi lebar trak ini.
Lebar trak ini sudah pastinya melebihi 2 meter.
Kalau cerita ini benar, ikan ini memang besar,
ia pastinya ikan air tawar terbesar di dunia.
Menakjubkan.
Sebelum saya cuba cari 'gergasi' ini hidup-hidup di sungai Thailand,
saya ingin dekatinya dalam persekitaran yang terkawal.
Akuarium Nakhon Sawan memiliki antara pari terbesar dalam kurungan
Saya berpeluang untuk masuk ke dalam akuarium bersama pari untuk lihat bagaimana ia makan.
Tapi saya perlu berhati-hati.
Saya diberitahu saya perlu memegang ikan ini pada ekornya,
bukan pada kepala sebab pari tu ada mulut yang besar
ia boleh telan keseluruhan tangan saya kalau saya tersalah pegang ikan ini.
Dan juga, pari ini sedang lapar.
Jadi kalau ia datang dengan terlalu agresif, saya akan halang ia dengan menggunakan siku saya.
Ini agak mengujakan bagi saya, ini ikan yang amat besar,
saya belum pernah buat benda begini. Jadi, inilah dia.
Ikan ini adalah pemangsa dasar, jarang naik ke permukaan.
Muncung ikan ini seperti belalai gajah, penuh dengan urat saraf dan deria
yang mengesan benda di depan, mencari makanan.
Untuk menangkap mangsa,
mereka menyerang hendap dan meliputi ikan atau udang dengan menggunakan badan mereka.
Itulah mulutnya yang terletak di bawah.
Dua pad dalam mulutnya boleh menghancurkan tulang.
Pari betina ini hanya seberat kira-kira 150 KG.
Saya tak boleh bayangkan pari sebesar 4 kali ganda saiz ini.
Ia sungguh tenang dan lemah lembut, tapi juga sungguh gagah.
Hebatnya.
Ia memberi pandangan baru mengenai cara pari ini makan.
Di suatu tempat dalam sungai besar di Thailand
mungkin menjadi habitat liar terakhir gergasi ini, tapi dimana?
Dr. Chavalet boleh membantu saya sekali lagi.
Sejak lebih 10 tahun yang lepas,
banyak sungai Thailand telah rosak kerana penangkapan secara berlebihan dan pencemaran.
Dia percaya pari seberat 450 kilo hanya boleh selamat di beberapa bahagian sungai yang masih elok.
Di sungai mana yang mungkin saya boleh temui populasi pari gergasi yang sihat?
Mungkin ada sesetengah tempat sekitar sungai Mekong.
Jadi awak rasa mungkin masih ada pari yang sangat besar di sungai itu. - Ya.
Bahagian sungai yang bersih seperti ini, memberi petunjuk yang meyakinkan
bahawa pari seberat 450 kilo masih ada di sana.
Saya pernah dengar cerita, sekarang saya dah temui bukti.
Pari ini telah ditangkap di sungai ini,
Dan ekor ini sepanjang 2 meter, jadi maknanya pari itu mungkin sepanjang 4 meter.
Jadi pari besar itu sememangnya ada di sini. Sekarang saya cuma perlu cari ia.
Tak banyak yang diketahui mengenai Pari Air Tawar Gergasi Thailand.
Jadi sebarang data yang saya kumpul mungkin berguna untuk melindungi ikan mega yang menakjubkan ini.
Saya harap dapat selamatkan sebahagian dari 'gergasi' ini daripada berakhir di sini.
Kita di Samutsakorn, salah satu pasar ikan terbesar di Asia.
Penangkapan ikan komersial membawa 4 billion dolar setahun kepada ekonomi Thailand.
Bertan-tan ikan sampai ke tempat ini setiap hari,
dari sungai negara ini dan kawasan pantai.
Saya datang ke sini bersama Dr. Nantarika untuk buat persediaan kajian saya
mengenai pari gergasi di habitat liar.
Tengoklah tu.
Ini adalah...
Ini adalah ikan air tawar.
Ini adalah ikan yang diternak.
Ini pula keli sungai, saudara terdekat kepada Keli Gergasi Mekong
Ini pula ikan yang masih hidup.
Jadi ada ikan hidup dalam bekas tu. Jadi ikan itu lebih segar.
Spesis ikan mega telah berkurangan di seluruh dunia dengan hampir 70% menghampiri kepupusan.
Saya belum pernah ke pasar yang menjual jerung dan benda sebegini.
Untuk penyelidikan saya saya perlu letakkan teg pada pari gergasi.
Satu pemancar kecil yang akan merekod pergerakannya.
Sebelum kami cuba pada pari liar,
saya perlu fikirkan dimana nak letak pemancar tu.
Ini adalah spesis pari yang mempunyai talian rapat kepada Pari Air tawar Gergasi.
Jadi kami akan berlatih memasang teg.
Ikan jenis beginilah yang saya ingin cari.
Bentuk badannya agak sama.
Awak rasa kita boleh letak di sana? - Saya rasa di sekitar sini.
Sebab kita boleh potong sedikit saja
kita masukkan bawah kulit.
Pari Gergasi belum pernah diteg,
jadi kami perlu pastikan kami buat dengan betul.
Saya rasa kita buat macam ni...
Awak letakkan teg di bawah kulit tapi di atas otot. - Ya betul.
Sesuatu seperti ini takkan mencederakannya, cuma akan meninggalkan parut.
Awak rasa potongan kecil ni akan sembuh dengan cepat?
Ya, sebab ia cuma seperti gigitan kecil.
Kalau saya boleh letakkan pemancar pada Pari Gergasi
saya boleh mengesannya dan memahami pergerakan dan habitatnya.
Sekarang, saya perlukan orang yang boleh bantu saya menangkap pari seberat 450 KG itu.
Saya perlukan pemandu pemancing dan di Thailand cuma seorang yang saya percayakan untuk tugas itu.
Hei Rick, gembira jumpa awak lagi.
Boleh kita pergi tangkap ikan?
Rick Humpreys menjalankan operasi memancing tangkap dan lepas.
Dia telah mencari Pari Gergasi di sungai ini sejak 2 tahun lalu.
Kalau ada orang yang boleh mendaratkan gergasi seberat 450 KG,
orang itu adalah Rick dan kumpulannya.
Nampaknya kamu dah buat persiapan lengkap.
Boleh kamu terangkan bagaimana kamu nak tangkap pari besar ini?
Kami ada joran kelas 120 paun,
tali nilon 100 paun, mata kail tuna yang besar.
Joran ini mungkin nampak tak seberapa tapi saya boleh bergantung di pokok dengan tali ini.
Saya pasti awak boleh.
Rancangannya adalah, ikan akan datang dari atas
ia telan keseluruhan ikan. Dan kami kena naikkanya...
Bunyinya memang mudah tapi ia bukan tugas mudah.
Saya pakar pengkaji, bukan pemancing.
Jadi saya kena mengayuh dan meletak umpan.
Di tengah sungai. - Pergi ke arah sana...
Saya mungkin akan hanyut sampai ke sana.
Awak akan datang ambil saya?
Ya, lepas kami selesai memancing.
Saya sedang menurunkan umpan!
Ia sedang turun.
Sekarang saya kena balik ke tebing.
Sebelum bot besar tu datang balik.
Bila saya sampai, kumpulan itu telah pun mendapat pari yang pertama.
Tapi ia bukanlah pari gergasi.
Ini spesis pari yang berbeza, ia ada mata yang lebih besar
kening yang lebih jelas
Dan sirip yang ganjil terdapat pada ekornya.
Ini memang pari tapi durinya dah tiada,
durinya dah dicabut.
Ini memang spesis yang sukar ditemui.
Saya nak kembalikan ikan ini ke dalam air.
Selamat tinggal.
Tengoklah tu. Gembira dapat kembali ke sungai.
Ohm sudah lama memancing di sungai ini.
Mungkin dia telah tangkap paling banyak pari berbanding orang lain.
Awak pernah disengat pari?
Ya, saya pernah kena sengat 3 tahun lalu.
Apa yang terjadi?
Saya tidak berhati-hati. Saya cuai.
Saya tangkap seekor pari dan ingat ia kecil saja
jadi saya ras ia tidaklah bahaya sangat
Saya menghampirinya tanpa memegang ekornya dulu.
Ia melibas ekornya dan terkena kaki saya.
Awak masih ada...?
Ya, saya masih ada parutnya.
Itulah tempat duri tu masuk.
Sakit tak?
Sakit. Sangat sakit.
Berapa lama rasa sakit?
Lama juga. Empat bulan.
Empat bulan baru sembuh.
Sementara kumpulan itu terus mencari pari.
Saya membuat persediaan untuk mengkaji hasil tangkapan mereka.
No comments yet. Be the first to leave one.