Australia

Australia

Descargar subtítulo en Malay

Información de lanzamiento

Australia 2008 WEBRip iTunes
Australia 2008 WEB-DL iTunes
Comentario por ChristopherCavco
Malay

Etiquetas

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
webrip
BRip
Publicado el: 2021-07-09
Descargas: 34
Para personas con discapacidad auditiva: No

Vista previa de los subtítulos en Malay

Las primeras 200 líneas.

SELEPAS PENGEBOMAN PEARL HARBOR PADA 7 DISEMBER 1941,

ANGKATAN LAUT JEPUN DIRAJA MENUJU KE SELATAN,

MENYERANG DARWIN,

SEBUAH BANDAR DI WILAYAH UTARA AUSTRALIA.

WILAYAH ITU DIDIAMI OLEH BUAYA,

PEMILIK LEMBU BERKUASA DAN KETUA PAHLAWAN

DI MANA PENGEMBARAAN DAN ASMARA ADALAH SATU CARA HIDUP.

IA JUGA SUATU TEMPAT DI MANA KANAK-KANAK ASLI KACUKAN

DIRAMPAS DARI KELUARGA MEREKA

DAN DILATIH UNTUK BERKHIDMAT DI KALANGAN MASYARAKAT KULIT PUTIH.

KANAK-KANAK INI DIKENALI SEBAGAI GENERASI YANG DICURI.

Datuk saya, Raja George, membawa saya merantau.

Mengajar saya cara hidup kaum kulit hitam.

Datuk mengajar saya pelajaran yang paling penting.

Bercerita.

Di hari itu di sungai mati,

Raja George, dia mengajar saya menangkap ikan menggunakan lagu sihir.

Begini, saya bukan orang kulit hitam. Saya bukan orang kulit putih, juga.

Orang kulit putih gelar saya darah campur.

Kacukan.

Seperti krim.

Saya tak dipunyai oleh salah satu kaum.

Di hari saya jumpa mereka, orang kulit putih itu,

mereka sedang menolak lembu degil merentasi sungai ke tanah Carney.

Jangan biar sesiapa nampak awak

Raja George amat marah pada orang kulit putih.

Raja George kata mereka berjiwa jahat.

Perlu dinyahkan dari tanah ini.

Polis.

Pihak polis datang menangkap saya!

Mereka mahu tempatkan saya di Pulau Mission.

Jadikan saya orang kulit putih.

Tapi mereka bukan polis.

Wo, wo, wo.

Dan itu kali pertama saya lihat dia, Puan Bos.

Wanita paling aneh pernah saya lihat!

Dia bukannya dari kawasan ini.

Kaum saya ada banyak nama untuk kawasan ini.

Tapi kaum orang putih menggelarnya...

Australia.

Tapi cerita ini tidak bermula pada hari itu.

Cerita ini bermula lama sebelum itu di tempat yang sangat jauh.

Di tempat yang bernama England.

Suami saya perlu jual Faraway Downs.

Tapi tawaran dari raja lembu tu, En. Carney,

hanya satu per enam nilainya dulu.

Kita perlukan duit, Ramsden!

Tapi Maitland baru saja nak kumpulkan lembunya yang sihat.

-Apa? -Siapkan lembu untuk dijual di pasaran.

Ramsden, kita berdua tahu hanya ada satu sebab

suami saya menghabiskan banyak masa di Australia.

Dan ia tiada kena-mengena dengan lembu.

Sekurang-kurangnya bukan yang jenis haiwan.

Lady Ashley, saya rasa awak dah keterlaluan.

Oh, Ramsden, minumlah teh awak tu.

Lady Ashley! Apa rancangan awak?

Saya bercadang untuk pergi ke stesen lembu ini,

jualnya dan bawa pulang Maitland sendiri!

Tapi, Lady Ashley, itu Australia!

Sarah sayang, saya merayu pada awak, jangan datang ke sini.

Kemungkinan perang bermula bila-bila masa. Noktah.

Maitland, saya ambil kira kerisauan awak tentang perang. Noktah.

Ada rancangan tentang lembu. Tak perlu dijual kepada Raja Carney.

Perlu lebih masa. Noktah.

Mengarut. Noktah.

Jangka kontrak untuk jualan stesen siap di kala ketibaan saya. Noktah.

Tak boleh menjemput awak. Noktah. Sedang mengumpul lembu. Noktah.

Menghantar pekerja dipercayai. Noktah. Drover. Noktah.

Drover?

Drover, pencinta orang asli.

Ada lagi pekerja Carney nak berlawan?

Ayuhlah, semua. Jangan biarkan ketakutan menghalang awak.

Saya akan lawan awak!

-Hei! -Hei! Orang asli tak dibenarkan di sini!

Dia bukan di dalam pub ni pun, Ivan.

Pergilah. Kejar kawan orang asli awak tu,

sebab pada pendapat kami, awak pun orang kulit hitam.

Awak bekerja dengan mereka, makan dan tidur bersama mereka.

Ya, Tuhan.

Bos, ada kapal terbang datang.

Pergi ke dermaga.

Bila awak nampak dia, lambaikan topi awak.

Lupakan saja.

Pergi ke dermaga.

Jangan lupa, kita perlukan duit.

Apa awak tunggu lagi, nak jemputan?

Saya benci datang ke bandar.

Lady Sarah Ashley.

Aristokrat tulen tinggal di Darwin.

Pentadbir, kita dalam peperangan!

Sebagai pegawai yang bertanggungjawab membeli haiwan bagi pihak tentera...

Dia agak cantik.

Saya tak faham apa kaitan Lady Sarah Ashley

dengan cengkaman Carney di atas industri daging lembu.

Suaminya, Lord Ashley, kata dia mengumpul lembu sihat di Faraway Downs.

Faraway Downs?

Faraway Downs, satu-satunya stesen lembu di seluruh kawasan utara

yang tak dimiliki oleh Leslie Raja Carney.

LEMBU CARNEY

Lord Maitland Ashley mengumpul lembu sihat di Faraway Downs?

Ya, ya.

Bukannya apa yang kita mahu, kan, Neil?

Tak, ya.

Dan sekarang ni isterinya dah tiba dengan bot terbang.

Tak nampak macam mereka akan jual Faraway Downs, Neil.

Dia takkan tahan lama.

Wanita Inggeris tulen akan layu di kawasan pedalaman. Awak faham?

Kalau perlu tahu, saya sepatutnya dijemput oleh pekerja suami saya, En. Drover!

Si Drover tu?

Hei, hei! Hei!

Bawa bersama! Ya.

Ke tepi! Teruk sungguh!

Tengok isteri dan anak saya di sana menyambut kedatangannya.

Tunang saya, Neil Fletcher, menguruskan Faraway Downs.

Selamat siang.

Agak pucat.

Wanita yang agak cantik, tapi apa cerita tentang barang-barangnya?

Nak terus pindah ke sini agaknya?

Kalau dia tinggal di sini dan Lord Ashley dapat

bawa lembunya ke dermaga tu,

nampaknya kita akan ada pesaing untuk kontrak tentera tu, Neil.

Kawalan Carney di atas setiap stesen lembu di utara

membahayakan bekalan daging lembu untuk pasukan askar kita.

Tapi hanya perang yang teruk yang tak membuat seorang negarawan kaya,

jadi saya tak mahu seekor pun lembu dari Faraway Downs

menyentuh kaki di dermaga itu.

Awak faham maksud saya, Neil?

Ya, ya, ya, ya. Alam semesta akan uruskannya.

Gelas saya!

Bagaimana dengan isterinya?

Saya dah uruskan seorang istimewa berikan dia jalan yang menarik.

Beri dia pengalaman kawasan pedalaman.

Pergi!

-Siapa yang akan bawanya? -Drover.

Drover?

Nikmatilah perjalanan awak.

Saya Sarah Ashley.

Suami saya, Lord Ashley,

telah menghantar seorang yang dipercayai untuk menjemput saya. En. Drover.

Nampaknya dia tertangguh oleh sesuatu.

Wanita tak dibenarkan di sini. Bilik wanita di sebelah.

Ruang menunggu perempuan di sana, sayang.

Patutlah kedai minuman awak ni kosong.

Selamat siang.

Awak boleh ambilnya!

Tak mengapa. Itu dia, si bodoh.

Oh! Tidak, tidak! Beg saya! Bukan beg saya...

Oh, tidak, tidak!

Selamat datang ke Australia.

Drover membawa Puan Bos ke Faraway Downs

dalam trak yang besar dan cantik!

Dia juga benarkan Puan Bos duduk di kerusi istimewanya.

Dia juga minum dari botol air Drover.

Begitulah.

Mereka baik saja bersama.

Magarri, dia duduk di atas trak.

Dan sepupu Magarri, Goolajbaloong, ikut bersama dalam perjalanan tu.

Mereka berkawan serta-merta.

Air!

Begitulah, Jedda, duduk, duduk.

"Orang yang dipercayai." Memanglah perangai suami saya.

Sebenarnya, suami awak seorang yang baik.

Ya, dia memang tahu memilih pekerjanya.

-Pekerja? -Tak hairanlah tempat tu bankrap!

Puan, saya bukan pekerja dia.

Yakah? Jadi, awak memandu saya ke Faraway Downs

sebagai satu pertolongan peribadi untuk suami saya?

-Tidak. -Kerana dia seorang yang baik?

Saya memandu awak kerana dia janjikan saya

sekumpulan lembu berjumlah 1,500 ekor.

Apa, untuk dibeli?

Bukanlah, bodoh. Saya seorang penggembala, kan?

Saya gerakkan lembu ke suatu tempat. Saya bekerja untuk komisyen.

-Tiada siapa mengupah atau memecat saya. -Itu...

Semua yang saya boleh muatkan dalam beg pelana saya,

dan itu cara yang saya suka.

Ya, ia bagaikan satu pengembaraan kawasan pedalaman, ya?

Saya tak kata ia sesuai untuk semua.

Tidak. Pastinya bukan untuk semua orang.

Kebanyakan orang suka memiliki benda. Seperti tanah, bagasi, orang lain.

Buat mereka rasa selamat.

Tapi semua itu boleh hilang.

Akhirnya, apa yang awak miliki hanyalah cerita awak sendiri.

Saya cuma cuba melalui cerita hidup yang baik.

Ya, ya, satu cerita pengembaraan. Awak macam suami saya.

-Oh, itu kanggaru! -Jenis Big Red.

Menarik. Cantik.

-Ya, cantik. -Saya tak pernah lihat kanggaru.

-Cantik, melompat. -Mereka melompat.

Oh, sangat cantik.

Tengoklah mereka melompat!

En. Drover!

-Hei, Puan Bos! -Nak makan, Puan Bos?

-En. Drover? -Ya?

Hanya ada satu khemah.

-Betul tu. -Untuk keempat-empat kita?

Tahulah, ia agak sejuk di sini di waktu malam.

Kami suka tidur bersama, eh, Magarri? Goolaj? Hah?

Berpelukan bersama.

-Menggigil! -Ya!

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left