The Bridge

The Bridge

Descargar subtítulo en Malay

Información de lanzamiento

The Bridge (2018) Ep1-10 VIU Web-DL
Comentario por koLESS
Rip from web, credit to original uploader

Etiquetas

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Publicado el: 2018-12-30
Descargas: 81
Para personas con discapacidad auditiva: No

Vista previa de los subtítulos en Malay

Las primeras 200 líneas.

(Laluan Kedua Tuas Malaysia - Singapura)

Anda kini sedang mendengar Talk FM dan waktu sekarang hampir 4.15 pagi.

Jika anda berada di jalan raya, pastikan mata anda terbuka.

Ingat, kafein adalah kawan anda!

Selepas ini kita ada pemanggil yang bertanya...

apa perlu dilakukan apabila bos sentiasa mengganggu.

Nampaknya mereka ingin meluahkan perasaan.

Sebenarnya anda telah hubungi stesen yang betul.

Di Talk FM, kami bukan sekadar berbicara.

Kami juga mendengar.

(Siri Original Viu, Diterbitkan Oleh Double Vision)

Maafkan saya, ini adalah kawasan larangan.

Pegawai Megat, ICD.

Apa?

ICD, Bahagian Jenayah Antarabangsa.

Bila ada kes melibatkan dua negara, mereka akan panggil saya.

Sebab itulah dia ada di sini.

Dia berjalan terus ke sana.

ICD Singapura. Terima kasih.

- Helo, Pegawai Megat... - Wanita ini adalah warga Singapura.

Namanya Monica Lee, seorang pendakwa raya.

Kes ini milik ICD Singapura, jadi...

awak dan pasukan awak boleh pergi.

Memang saya mahu buat begitu.

Sebenarnya isteri saya pasti gembira saya akhirnya dapat pulang ke rumah.

Macam yang awak lihat, mayat ini terbaring...

di sempadan negara kita berdua.

Dia mungkin seorang warga Singapura, tetapi...

mayatnya...

Sebahagian daripada mayatnya berada di Malaysia.

Jadi, awak ingin uruskan yang bahagian bawah?

Itu nampaknya tidak praktikal.

Beginilah...

biar saya hubungi kapten saya dan...

kita akan cari jalan penyelesaian, faham?

Tuan.

Betulkah tuan mahu kejutkan ketua?

Awak sudah tidak siuman? Sekarang hampir pukul lima pagi.

Tuan memang bijak.

Bila lagi kita berpeluang kenakan orang Singapura, bukan?

Baik, tuan. Terima kasih, tuan.

Baik.

Mayat ini milik awak.

Atau awak mahu sesuatu yang lebih rasmi?

Kami pihak ICD Malaysia dengan ini melepaskan kes ini...

kepada pihak awak.

Dengar sini, semua.

Sebaik sahaja selesai ambil gambar tempat kejadian...

serahkannya kepada bahagian pengumpulan bukti.

Mari kita bawa pulang mayat ini untuk diproses.

Awak sudah dapat punca kematian?

(Pejabat Pemeriksa Perubatan ICD, Singapura)

Saya perlu buat lebih banyak ujian untuk punca kematian rasmi, tapi...

bagi waktu kematian,

ia adalah lapan hingga sepuluh jam.

Bukan itu sebab awak panggil saya, bukan?

Awak satu-satunya pegawai yang melihat tepat ke mata mereka.

Saya tidak terganggu dengan orang mati.

Yang hidup, itu cerita lain.

Lividiti di telinga.

Sepadan dengan badan yang kehilangan darah.

Muka yang bengkak.

Petekia pada kulit wajahnya.

Subepikardium, subpleural.

Saya boleh kata, dia dilemaskan dan dikerat dua selepas mati.

Parut ini.

Awak nampak?

Warna kulit di bahagian separuh bawah mayat...

berbeza daripada bahagian atas.

Sentuh bahagian itu.

Bahagian itu telah dibekukan.

Saya boleh anggarkan lebih kurang enam bulan.

Laporan DNA sudah diperoleh.

Ini Monica Lee.

Tetapi yang ini...

dia tiada dalam pangkalan data kita.

Siapa pun dia, dia bukan warga Singapura.

Jadi...

ini bukan hanya satu mangsa bunuh,

dua sebenarnya.

Daniel.

Daniel!

Daniel, awak lupa untuk muat naik artikel Clarence Richmond...

- malam semalam! - Jangan menjerit!

Saya hampir mati sekarang, Seet Yan.

Bukan salah saya, komputer riba tiada dengan saya.

- Jadi, ia di mana? - Di dalam kereta saya.

Artikel itu Daniel, bukan komputer riba awak.

Artikel itu dalam komputer riba saya jadi kedua-duanya...

ada di dalam kereta iaitu...

di sini?

Oh ya, saya tinggalkan kereta saya di sini malam tadi.

Awak fikir saya patut memandu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk?

Itu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, Seet Yan.

- Awak tahu, lupakan sahaja! - Tidak bertanggungjawab.

- Dua perkataan, Clarence Richmond. - Awaklah yang tulis.

Sangat bagus awak datang kerja dalam keadaan mabuk...

- sekali lagi. - Awaklah yang tulis.

Segalanya akan berjalan lancar.

Kes itu akan selesai tidak lama lagi.

Saya pasti awak betul.

Saya sudah bersedia.

Awak tahu yang awak tidak perlu lakukan semua ini.

Tetapi, awak mahu saya lakukannya.

Maafkan saya, puan, tetapi pemandu sudah sampai.

Terima kasih, Sumi. Kami akan turun.

Baik, puan.

Hei, apa khabar?

- Baik. - Marilah.

Baiklah.

- Hei, tunggu! - Apa?

Adakah itu pendakwa raya?

Saya sangka Monica Lee yang uruskan kes ini?

Dia pengganti di saat akhir.

- Mereka agak merahsiakannya. - Alan, itu tidak cukup bagus!

Jangan sentuh saya.

Bertenang.

Mereka akan sebut tentang perjanjian tanah untuk estet Lee, awak tahu...

perjanjian yang menggunakan nama Michelle.

Perjanjian itu sepatutnya tidak timbul!

Pendakwa raya baru. Peraturan baru.

Baiklah, kalau begitu.

Michelle akan beri keterangan.

Tunggu, Clarence.

- Mari fikirkan tentangnya dahulu. - Michelle!

Kita akan kehilangan segala-galanya.

Adakah itu yang awak mahu?

Kita akan katakan pembelian tanah itu adalah ideanya.

Saya tidak tahu langsung tentang hal itu.

Saya tidak boleh lakukan sumpah bohong.

Kami bayar awak dengan duit yang banyak.

Atau mungkin kami perlu bawa perniagaan kami di tempat lain?

Ya, saya fikir kita patut. Mari pergi.

Baiklah.

Saya akan lakukannya.

Saya hanya perlu memaklumkan yang lain.

Awak berdua pulang ke rumah.

Awak akan dipanggil untuk berikan keterangan bersumpah esok atau...

sehari selepas itu. Okey?

Sedapnya.

Hentikan.

Saya perlu hantar anak-anak ke sekolah.

Selepas itu, saya perlu pergi ke pejabat.

Beritahu mereka yang awak sakit. Lagipun awak bos.

Mengapa? Supaya saya boleh dengar awak berdengkur sepanjang hari?

Saya tidak berdengkur. Nafas saya tidak menentu.

Betulkah? Cara awak bernafas boleh bangunkan orang mati.

Bagaimana dengan anak-anak?

Imran...

asyik bercakap tentang majlis hari lahirnya.

Jadi, sekarang adik dia pula.

- Mia pula... - Biar saya teka.

Dia bersyukur sangat dapat tinggal bersama kita...

dan bantu uruskan rumah?

Apa yang awak buat? Keluar dari bilik saya!

Saya bukan berada di dalam bilik kakak.

Keluar!

Baiklah, saya akan cakap dengan dia.

Ibu, Mia tengking saya.

Sebab dia usik barang dalam bilik saya!

Saya tidak buat!

- Awak tipu! - Saya tidak buat!

Kenapa ini?

Jangan bising, ayah perlu tidur. Kasihan ayah.

- Penipu! - Saya tidak buat!

- Penipu. - Cukup! Pergi masuk bilik.

(Ibu Pejabat Serantau ICD, Singapura)

Mangsa pertama, Monica Lee.

Pendakwa raya ini kali terakhir dilihat keluar dari...

Jabatan Peguam Negara pada 8.17 malam, hari Ahad.

Saya akan temu ramah rakan dan ahli keluarganya hari ini...

dan pejabatnya juga hantar senarai tugas semasanya.

Bagaimana dengan mangsa kedua kita?

Mangsa nombor kedua, masih belum dikenal pasti masa ini.

Tetapi, saya sudah semak dan dia tiada dalam pangkalan data DNA kita.

Dia potong seorang wanita menjadi separuh.

Separuh!

Kenapa kita tidak cakap tentangnya?

Secara teknikalnya, dua orang wanita.

Itu tidak menjadikan keadaan lebih baik.

Bagaimana pula dengan kamera litar tertutup di jambatan?

Terpadam kerana tiada bekalan elektrik.

Tetapi, pihak imigresen akan memeriksa setiap kereta...

dan pasport yang masuk ketika itu.

Dia adalah haiwan.

Tidak, tuan.

Semua haiwan ada naluri. Bukan fikiran.

Orang yang buat semua ini cukup pintar untuk godam sistem kita.

Koroner beritahu bahawa bahagian bawah badan...

telah dibekukan selama enam bulan.

Sekurang-kurangnya itulah tempoh masa dia buat perancangan.

Maksud awak, kes ini belum berakhir?

Dia ada peti sejuk yang penuh dengan anggota tubuh badan?

Sudah semestinya tidak lebih baik daripada itu.

Jadi, lebih baik kita cari dia dengan segera.

Jason, Yusof.

Pergi periksa fail kes Monica Lee. Dapatkan saya suspek.

Baik awak periksa kes sejak setahun yang lalu, atau dua tahun.

- Baik, tuan. - Tetapi mayat itu ditemukan...

di sempadan Malaysia.

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left