La unuaj 200 linioj.
Kami ada di sekitar anda.
Tinggal betul-betul di depan anda,
tapi anda langsung tak tahu.
Keadaan lebih mudah pada zaman dahulu.
Kami memburu anda
dan anda turut memburu kami.
Di Los Angeles,
tiada tempat yang lebih berbahaya daripada Boyle Heights.
Jadi, kami tawarkan perjanjian damai
untuk menjaga keamanan antara kaum kami dan kaum anda.
Kami hidup dalam persembunyian. Anda yakinkan diri yang kami tak wujud.
Anda lupa untuk rasa takut.
Anda terbitkan buku dan filem tentang kami dan kebanyakan butirannya salah,
sementara kami jadi lebih kaya, berkuasa daripada anda boleh bayangkan.
Hingga kini ada yang masih berpegang pada perjanjian, menjaga rahsia kami.
Selagi kami patuhi tiga peraturan itu.
Jangan biar manusia tahu kami wujud, jangan hisap darah orang tak bersalah
dan jangan sesekali menjejakkan kaki ke Boyle Heights tanpa kebenaran.
- Jay! - Maaf.
- Terkejut saya. - Saya terganggu.
- Sejauh mana awak menyesal? - Saya akan tebusnya.
Bagaimana awak nak tebus? Bagaimana awak nak buat begitu?
- Apa? - Awak nampak cantik.
Saya nampak cantik?
Merepek sajalah.
Apa itu…
- Kenapa? - Mereka tak patut berada di sini.
- Oh, Tuhan. Jay, siapa itu? - Lelaki yang dah mati.
Letak balik pistol itu, jangan tembak. Alamak, terus memandu.
Jay, lampu hijau. Pecut!
- Apa berlaku? - Kru saya perlu diberitahu.
Pandu kereta dan pergi jumpa abang awak.
Maria!
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Selamat pagi, En. Perez. Awak mimpi apa?
Maaf, saya…
- Hei, B Tambah. Semuanya 60 dolar. - Terima kasih. Awaklah penyelamat.
Saya tak gagal sebab awak.
Mari ke kelab Three Kings di pusat bandar. Ia kelab mewah.
- Ya. - Seorang 300 dolar. Nak ikut?
Alamak. 300 dolar seorang?
Ya.
Tak apalah, saya ada hal lain.
- Baiklah. - Lain kalilah.
Okey, tak apa.
Hei!
Hei, apa khabar, Benny?
Apa khabar, si licik? Ada kit untuk saya?
Bayar saja cukup-cukup 40.
Maksud awak 40 dolar?
Itu yang saya kata tadi.
Saya akan jadikan The Heights terkenal. Percayalah.
Siapkan lagu. Kemudian, tubuh syarikat rakaman.
Ketiga, kuasai dunia. Mudah.
Awak nak bina empayar, tapi tak boleh mainkan lagu untuk saya?
Awak akan dengar apabila ia siap nanti.
Helo, Benny!
Hei, nenek.
- Awak balik tepat pada masanya. - Ya? Kenapa?
Nenek baru saja siap masak flautita dan empanada.
Sedapnya!
Awak lapar?
Nenek tahu.
Buat apa saya beli barang jika nenek tak nak masak sancoche?
Nenek tak masak sancoche.
Suatu hari nanti saya akan belikan nenek rumah.
Nenek tak perlukan rumah sendiri, sayang.
Nenek cuma nak awak tamatkan pelajaran.
Agar awak boleh jaga diri. Lambat-laun nenek akan mati, awak juga.
Kenapa nenek cakap begitu? Sangat negatif.
- Saya tak suka. - Itulah lumrah kehidupan, sayang.
Kita pasti akan mati.
Awak kata awak boleh uruskan.
Tak, saya dah cakap. Ini…
Jessie, sanggup awak buat saya begitu?
Cari pengganti saya malam ini.
Ini tentang Maria.
Saya ingat boleh harapkan awak!
Okey, apa-apa sajalah.
Kenapa intip?
Jika tahu awak nak datang, saya akan bentang karpet merah.
Saya balik untuk ambil barang, serta lihat keadaan nenek dan awak.
Tunggu sekejap. Apa itu?
Awak sudah beruban?
- Saya serius. Awak sudah tua. - Nanti awak pun akan beruban.
Saya tak pasti jika awak kerja malam ini, mungkin kita boleh ke Restoran Mario,
- beli piza, tonton perlawanan. - Saya ada hal lain.
- Okey, siapa gantikan awak? - Saya terpaksa batalkan.
- Semua orang sibuk. - Okey, tapi saya terfikir,
apa kata saya gantikan tempat awak?
- Saya perlukan duit. - Tak boleh.
- Kenapa? - Awak tak pandai memandu.
- Itu mengarut. - Bila awak di barat K-Town?
Jay, dengar. Saya jauh lebih bertanggungjawab
daripada semua pekerja di depoh itu.
Ya, kecuali mereka ada lesen pemandu, dilindungi insurans syarikat
dan mereka ada sut.
Sebenarnya, Jay, saya ada sut.
Saya ada sut, Jay.
Awak dan Maria bergaduh? Sebab itukah?
Awak ada masalah dalam percintaan?
Jika nak luahkan, silakan. Orang kata saya pandai beri nasihat.
Yalah itu.
Suka hati awaklah.
Dapat dari mana?
Jangan risau.
- Apa awak nak buat malam ini? - Jangan risau.
Baiklah, saya tak…
Awak terlalu berahsia.
Hei, Benny.
Jika calar, saya akan bunuh awak.
Hei, awak serius?
Cantiknya! Saya pun nak beli kereta begini.
Awak tak mampu.
Saya akan hasilkan lagu dan beli kereta lebih hebat.
- Bagaimana? - Dengar sini.
Hantar ke mana mereka nak pergi dan terus balik, faham?
Ya, faham.
Tengok ini.
Oh, Tuhan.
Itu agak hebat.
Insurans dan pendaftaran ada di ruang sarung tangan.
Lesen ada di visor.
Semuanya atas nama saya, jika orang tanya, kata awak Jay.
- Saya akan ke Beverly Hills? - Fokus.
Jika orang tanya, kata nama awak Jay. Faham?
- Ya. - Dia nak berparti semalaman.
Mungkin budak 20-an khayal berangan nak jadi pengarah.
Bersikap profesional, awak pasti dapat banyak tip.
- Hei, jangan rosakkan pembesar suara. - Pasang muzik kuat-kuat barulah seronok.
Jangan pasang muzik kuat-kuat. Saya serius. Jangan sampai awak dihalau.
- Saya akan batalkan tempahan. - Okey, saya akan tutup.
Terima kasih bantu saya.
Hei, hati-hati, okey?
Saya sentiasa hati-hati.
Saya dapat pandu kereta!
Apa?
Itu polis.
Apa? Saya pergi depan dia!
Okey.
Selamat malam, Cik Moreau.
Awak pemandunya?
Ya, betul.
Cik Moreau lambat sedikit. Saya kawan dia, Blaire.
Okey, baiklah. Saya Jay.
Hai, Jay.
Ada yang tak kena?
Tidak.
Apa?
Zip awak terbuka.
Alamak.
Maaf, saya tak berniat untuk tak profesional.
Saya tak sedar yang zip saya terbuka.
- Okey. - Ya.
Saya akan berhenti bercakap sebab saya hanya memburukkan lagi keadaan.
Apa kata awak buka pintu untuk saya dan mungkin saya akan lupakannya?
Terima kasih.
Terima kasih.
Jika awak nak saya ubah apa-apa, seperti pendingin udara, beritahu saja.
Atau perlahankan pendingin udara jika awak rasa sejuk sebab saya tahu…
- Okey. - Biasalah, badan wanita…
Badan wanita?
Saya okey. Terima kasih.
- Sesetengah orang cepat rasa sejuk, jadi… - Ya, terima kasih.
Ya. Sama-sama.
Dia akan marah jika awak tak buka pintu.
Betul kata awak. Maaf. Terima kasih.
Helo, Cik Moreau. Saya Jay. Saya pemandu awak malam ini.
Awak comel.
Nak saya angkatkan beg?
Awak tak nampak macam pemandu.
Lelaki itu?
MASUK DESTINASI TIADA HASIL CARIAN
Awak pasti awak tahu apa yang awak buat, Jay?
Tak, saya cuba masukkan alamatnya.
Tapi saya belum beri alamat lagi, bukan?
Betul. Ya, saya tahu.
Kami nak ke setiap parti ini malam ini
dan perlu ke parti terakhir sebelum pagi.
Itu tak boleh dirunding.
Awak faham?
- Ya. - Jay, boleh awak pasang pendingin udara?
Ya, pasang paling sejuk.
Pemandu, boleh awak mainkan lagu yang tak teruk?
Baiklah, puan.
Sebenarnya, Jay…
jom main permainan.
Apa awak buat jika tahu ini malam terakhir awak di Bumi?
- Sejujurnya, saya tak pernah fikirkannya. - Okey, jadi fikirkanlah.
Tentu awak ada fantasi.
Saya tak suka fikirkan perkara begitu.
Seperti berfantasi?
Ya, saya cuba jalani kehidupan nyata
dan membina masa depan. Awak faham maksud saya?
- Rasanya awak tak tahu cara bermain. - Saya tahu. Maksud saya…
Malam terakhir di Bumi. Dadah, wanita, lelaki, semua musuh yang awak nak bunuh.
Maaf, saya tiada musuh. Saya masih belajar, tinggal dengan nenek.
Awak tinggal dengan nenek awak?
- Ya. - Comelnya. Permainan baharu.
Berasmara, kahwin, bunuh. Saya, Blaire, nenek awak.
No comments yet. Be the first to leave one.