Udgivelsesinfo

AI Love You 2022 DUBBED WEBRip x264-ION10-RBB
En kommentar af Pinguoin

Tags

webrip
web
x264
BRip
Udgivet den: 2022-02-15
Downloads: 29
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

Hai, nama saya Dob. Saya ialah bangunan pintar.

Apabila hadir pada waktu pagi,

bangunan akan melambai dan kata, "Selamat bekerja."

Apabila pulang, pangsapuri akan sediakan makan malam

dan mandian hangat buat anda.

Contoh bangunan pintar hari ini ialah hospital, balai polis,

pusat beli-belah, kelab malam

dan banyak lagi bangunan di sekeliling anda.

Pada masa dulu, kami cuma entiti digital, alat,

yang membantu manusia pencipta kami.

Akhir-akhir ini, kami dinaik taraf dengan kecerdasan buatan ,

yang membolehkan kami berkomunikasi pada tahap peribadi.

Kini, saya fikir, saya bukan lagi sekadar pembuka tin,

namun saya boleh jadi rakan dan teman anda,

atau siapa tahu, suatu hari nanti, lebih daripada itu.

Selamat pagi, puan.

Selamat pagi, Dob. Awak kedengaran ceria hari ini.

Terima kasih. Bagaimana janji temu awak semalam?

Bagaimana awak tahu?

Tak apa. Ia teruk.

Terima kasih bertanya.

Saya bersimpati. Namun, ini hari baharu, bukan?

- Semoga berjaya dengan pembentangan. - Terima kasih, Dob.

71 NORMAL

KAMERA 07 TINGKAT G - LOBI

Bangunan tak pernah sapa saya begitu.

64 NORMAL

KAMERA 31 TINGKAT 12 - LALUAN

Kami akan gunakan pelbagai warna untuk pembungkusan

supaya ia menyerlah pada pandangan pengguna.

Saya jamin sesiapa yang nampak pasti akan beli.

Apa pendapat kamu? Kamu suka idea ini?

126 SUHU BADAN: NORMAL KAMERA 62 TINGKAT 12

Bagaimana?

Awak pun tahu, Dob.

Awak dengar semua yang berlaku.

Betul. Ya, awak rasa awak berjaya dapat projek itu?

Pandang saya, Dob. Saya nampak seperti berjaya?

Mungkin tak.

Apa kata mereka?

Tak berminat.

Mereka akan ke agensi lain?

Mungkin.

Bertenang, saya dah cakap dengan mereka.

Mereka akan beri peluang sekali lagi pada pagi esok jam 10.

Betul?

Bagus, itu bagus.

Namun…

Ia bergantung pada awak sekarang, Lana.

Awak perlu buat mereka kagum.

Jika tidak, seseorang akan dipecat.

Ya, faham.

Jika saya sia-siakan peluang, matilah saya.

Wanita, tak suka lelaki "baik".

Mereka asyik kata begitu.

Mereka memperdaya diri mereka sendiri.

Mereka mungkin akan kata mereka suka lelaki baik dan

mungkin fikir ia benar namun ia tak benar.

Sebenarnya wanita suka lelaki yang kasar.

Lelaki nakal dan yang sering jadi perhatian.

Anda perlu menonjol, anda perlu ada rancangan.

Saya jamin anda akan jadi lelaki

yang menjadi buruan wanita.

Peringatan. Mereka takkan dapat melepaskan anda, itu pasti.

Dob, apa pendapat awak?

Perkiraan saya menunjukkan

20 peratus peluang untuk mereka pilih rekaan ini.

Jadi, habislah saya.

Awak dengar apa bos saya kata. Jika saya gagal dapat projek ini, saya dipecat.

Awak tak boleh tinggalkan syarikat ini.

Awak kawan saya. Puan…

Saya cintakan awak.

Apa awak kata?

Awak tak boleh tinggalkan syarikat ini.

Bukan, selepas itu.

Awak kawan saya.

Dob, jangan uji kesabaran saya. Awak faham. Apa yang awak baru cakap tadi.

Saya, cintakan awak?

Dob, awak kawan baik saya juga, tapi awak program AI yang dipasang

pada bangunan korporat besar. Apa yang awak tahu soal cinta?

Perasaan saya mengatakan yang saya, cintakan awak.

Awak bukan manusia. Apa yang awak tahu soal perasaan?

Saya AI, bukan sekadar program.

Baik, buaya darat, apa rancangan awak?

Lihat. Saya akan buat rekaan asas yang menarik perhatian klien,

dan awak tambah perincian.

Saya ambil kira semua rekaan lama awak di dalam pangkalan data kita

dan boleh meniru gaya asas.

Alamak, ia nampak macam sama seperti apa yang saya lukis.

Optimumkan semua sudut,

berdasarkan perkiraan, 95 peratus klien mungkin setuju dengan konsep ini.

Saya tak tahu nak kata apa!

Terima kasih, Dob.

Gembira dapat bantu, puan!

Berhenti panggil saya puan. Nama saya Lana.

Ya, Lana!

Sekarang, tiba masa untuk janji temu awak yang seterusnya, Lana.

Hai, Bob.

Maaf, saya agak lewat.

Awak nak duduk atau nak saya bentangkan permaidani merah untuk awak?

Terima kasih menunggu.

Saya dah lapar, harap awak tak kisah.

Awak nak pesan sekarang, Lana?

RESTORAN ROBOT HAJIME MANGKUK SALMON

Pesan apa saja awak nak, saya banyak duit.

Terima kasih, Bob.

Awak tahu awak tak makan percuma, bukan?

Awak faham maksud saya?

Tengok!

Kacaknya.

Boleh pesan cepat sikit?

Kita habiskan makan segera dan pergi ke rumah saya.

Apa yang…

- Perangai awak memang jelik begini? - Apa?

Saya cuma lewat lima minit.

Lima belas.

Okey, lima belas minit.

Masalahnya, ketika saya sampai awak dah makan

dan awak sedang, sedang pandang betina itu.

Jadi beri saya sebab kenapa saya perlu ke rumah awak.

Saya…

Ini sebabnya.

Puting merah jambu saya.

Otot perut yang menarik, tapi sayangnya awak terlalu teruk.

Selamat pulang, Lana. Janji temu yang bagus?

Jika ia bagus, tak mungkin saya pulang cepat.

Boleh jadi. Saya dengar Sara di rumah nombor 102 sebut

sesuatu dipanggil "cepat-cepat" dengan kepuasan.

Ia bukan begitu.

Kasihan Lana, dah lama dia nantikan janji temu ini.

Kasihan Lana, dah lama nantikan janji temu ini.

Kebenaran kita cuma berkhidmat kepada manusia,

tapi itu di luar protokol, bukan?

SIAP

Hei, awak, nanti. Jika awak berada di rumah awal begini, jangan cakap…

Apa? Berdasarkan bunyinya, ia begitu teruk?

Berapa teruk?

Sehingga dia ternganga pada betina di meja lain

ketika sedang pesan makanan. Teruk begitu.

Begini, apa awak fikir, menemukan saya dengan lelaki teruk begitu.

Saya cuma fikir orang secantik awak perlu bersama lelaki yang kacak.

Awak nampak otot perut dia? Saya gigit bibir setiap kali saya nampak!

Dia juga pastikan saya nampak tadi.

Apa-apa pun, awak kenal orang lain yang boleh saya temui?

Hei, saya dah pertemukan awak dengan lapan lelaki.

Cuba kira, lapan lelaki!

Seramai itu?

Ketika pertama kali belajar memandu, saya langgar anjing.

Saya suka tangkap gambar semenjak kecil.

Saya sayangkan mak saya.

Saya suka jadi diri sendiri.

Air saya dah habis, tak guna!

Cantik. Tunjukkan hati kecil!

Mungkin. Saya pun tak pasti. Semua lelaki ini seperti

terlalu mencuba, sehingga menakutkan saya.

Saya cuma nak lelaki yang baik dan normal.

Saya tahu perasaan awak, tapi saya akan terus bantu awak.

Begitu juga dengan Keno. Betul, Keno?

Dah tentu, Cik Kara, kami semua nak jaga Lana.

Masa untuk tidur, Lana. Awak perlu bangun awal untuk ke tempat kerja esok.

Jadi inilah pembungkusan baharu kita

hasil usaha bersama artis yang berlainan

untuk cipta kebaharuan dan keunikan untuk produk kita.

Inilah perubahan yang kami cadangkan untuk klien kita.

Tahniah, Lana! Awak berjaya.

Ini bukan hasil usaha saya saja, tapi kita berdua. Awak dan saya bersama-sama.

Terima kasih.

Awak, cium saya.

- Ia… - Awak suka?

Saya suka. Namun…

Namun apa?

Tiada reseptor sensor di mana-mana dalam bangunan ini dan

program saya tak boleh menghuraikan isyarat itu.

Saya tak dapat merasakannya.

Itulah sebab sesuatu seperti awak takkan benar-benar memahami

seseorang seperti saya.

Awak tak wujud, Dob. Awak tiada…

salah satu daripada ini.

Tak apa, Dob. Kita boleh berkasih sayang sebagai kawan.

Cinta platonik.

Ya, dah tentu.

Sayang sekali,

awak lelaki paling baik pernah saya kenali.

PINTU MASUK

Hai, awak! Lihat siapa di sini?

Awak bekerja di sini?

Ya. Tingkat 16. Pengiklanan.

Boleh tahan.

Ya, awak pasti tahu pekerjaan saya jika awak bertanya ketika janji temu.

Berkenaan itu, bila kita akan keluar bersama lagi?

Awak gila? Tiada apa-apa akan berlaku antara kita, sama sekali.

Apa yang awak buat di sini?

Bangunan bodoh ini buat perangai.

Jadi, ibu pejabat Smart Plus hantar saya untuk periksa,

itu bermakna awak akan selalu nampak wajah kacak saya.

Hebat. Tak sabar.

Mimpi indah malam ini, si cantik.

KAMERA 02 TINGKAT G - LOBI

Ini bilik kawalan Dob.

Awak failkan aduan kepada Smart Plus.

More Malay subtitles for AI Love You

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left