De første 200 linjer.
Siapa akan bangunkan saya?
Siapa akan tertawa apabila saya jatuh?
Nafas siapa perlu saya dengar...
...supaya saya dapat tidur?
Tangan siapa perlu saya pegang...
...supaya saya boleh berjalan?
Kita mungkin bertanya sendiri pada masa-masa begini.
Betulkah keputusan kita untuk menetap di sini?
Kami bersyukur kerana masa yang diberikan kepada kami.
Apa yang menarik perhatian kamu begitu sekali?
Saya patut membawanya dalam saku supaya ia membantu saya mengajar.
Siapa yang menjumpainya?
- Philip, awak memindahkannya? - Tidak, Encik Walker.
Saya dah memeriksanya. Kepalanya dipusing, banyak bulunya dicabut.
- Begitukah? - Ia dibunuh.
Tapi siapa yang lakukannya?
Siapa yang lakukan kerja yang kejam ini?
- Ini kerja Mereka Yang Tak Dapat Disebut. - Itu pun dia.
Apa sebab awak berfikir demikian?
- Mereka pemakan daging. - Betul.
Mereka mempunyai kuku yang besar.
Kanak-kanak...
...Mereka Yang Kita Tidak Sebut dah lama tak ke sini.
Kita tak masuk ke hutan mereka...
...mereka pun tak masuk lembah kita.
Itulah perjanjian di antara kita.
Kita tak mengancam mereka.
Mengapa mereka berbuat begini?
Jangan pula kita lupa persembahan penerbangan burung-burung.
Tahun lepas ia tak berlaku, saya rindukannya sekali.
Saya tahu isteri awak ingin melihat anak-anak berbulu burung dan sebagainya.
Saya suka melihatnya.
Saya tak boleh berkata apa-apa tentang hal ini.
August Nicholson pengerusi mesyuarat hari ini.
Ada seorang lelaki muda nak bertemu dengan orang tua-tua kampung.
Suruh dia masuk.
Alice.
Helo, Lucius.
"Mak saya tak tahu tujuan saya ke sini hari ini."
"Dia tak memberi kebenarannya, tak bincang dengan saya tentang apa-apa."
"Kematian anak kecil Daniel Nicholson akibat penyakitnya...
...dan kejadian-kejadian lain, mengganggu fikiran saya."
"Saya minta izin untuk pergi ke hutan larangan...
...dan pergi ke bandar terdekat."
"Saya akan dapatkan ubat baharu, dan kembali."
"Berkaitan dengan Mereka Yang Kita Tak Boleh Sebut...
...saya yakin mereka akan benarkan saya lalu."
"Mereka dapat mengetahui perasaan dan ketakutan."
"Mereka akan tahu saya berniat suci, dan tidak takut."
"Tamat."
Apa yang awak fikirkan?
Cakaplah, Lucius.
Finton Coin berada di menara, dan saya berjanji akan bersamanya.
Pernah awak terfikir tentang hidup di bandar, Finton?
Bandar?
Kenapa?
Itu hanya tempat maksiat, tempat orang berdosa. Itu saja.
Terima kasih, Lucius.
Awak seorang kawan yang baik.
Saya harap tiada sesiapa nampak awak.
Apa yang ada di kalangan kita ialah sejenis pemburu...
...kemungkinan besar koyote atau serigala.
Daripada cara ia membunuh dan mencabut bulu...
...dan meninggalkan daging yang terkoyak...
...mungkin satu tanda bahawa binatang ini gila.
Untuk dua minggu akan datang, kita perlu berwaspada...
...untuk menunggu koyote ini.
Jaga anak anak kita baik-baik semasa mereka bermain di bukit.
Tentang perkara lain itu pula...
...saya tak percaya sempadan kita telah dicerobohi.
Mereka Yang Kita Tak Sebut itu lebih besar daripada koyote...
...dan kita akan tahu jika mereka dah ke mari.
Menakutkan, tentang koyote ini. Bukan begitu, ayah?
- Jangan risau, Kitty. - Ayah tak risau?
Saya yakin ia akan berakhir tak lama lagi.
- Boleh kita cakap tentang perkara lain? - Ayah akan rasa lega sedikit.
Saya dilamun cinta!
Saya minta kebenaran untuk kahwin, ayah!
Ada cara yang betul untuk berlakunya sesuatu.
Misalnya lelaki itu sepatutnya di samping awak...
...pada saat-saat begini. Mana lelaki itu, Kitty?
Saya belum bercakap dengannya lagi.
Dia tidak tahu hasrat awak?
Dia seorang pendiam. Saya minta izin bercakap dengannya, ayah.
Saya perlukan restu ayah dahulu.
Kitty!
Saya jatuh cinta terhadap Lucius Hunt.
Lucius?
Ayah rasa dia tak bagus?
- Tak. Saya berfikir tentangnya. - Dia lain dari yang lain, ayah.
Dia tak bergurau atau bermain-main.
Ya, dia memang bukan begitu.
Kalau begitu, saya dapat restu ayah?
Tolong buat satu perkara dulu.
Jangan dedahkan perasaan awak sebelum awak bercakap dengannya.
Selamat petang, Lucius.
Saya nak beritahu awak sesuatu.
Saya cintakan awak, Lucius.
Saya cintakan awak seperti hari yang panjang.
Lebih daripada matahari dan bulan sekali.
Kalau awak juga rasa begitu, kita tak patut menyembunyikannya lagi.
Ini satu anugerah, cinta. Kita patut bersyukur.
Kita patut melaungkannya dengan seluruh tenaga.
Terima kasih! Terima kasih!
Terima kasih!
Tidur anak, tidur lena
Hidup panjang, cinta dalamnya
Masa akan jadi manis untukmu
Seluruh dunia untuk dilihati
Masa untuk melihat dan mengetahui
Bagaimana bayang datang dan pergi
Bagaimana bayu mengayun pohon
Bagaimana bunga tumbuh subur
Saya sering tertanya-tanya...
...jika awak dan anak saya serasi kerana kamu suka membisu.
Awak sungguh baik hati.
Maafkan saya kerana kurang sopan. Dah banyak malam saya tak tidur.
Awak lakukan tugas yang hebat, Jamison.
Hanya tinggal beberapa saat. Kumpulkan keberanian awak.
Jangan berebut. Awak akan rosakkan kemeja saya.
Mereka berbunyi apabila saya berbunyi, mereka mengajuk sebelum menyerang.
Beranilah sedikit. Itu cerita dongeng. Tak benar.
Jangan takut. Kuatkan diri awak!
Awak tahu, seperti anjing, ia dapat menjejak awak.
Maafkan saya, Encik Nicholson?
Awak boleh lari daripada kesedihan, seperti kami.
Kesedihan akan mencari awak.
Ia boleh menghidu awak.
Cepat.
Saya tak tahu awak boleh lari begitu cepat.
Kami masih ingin lari... Hei!
Noah patut dihukum. Dia memukul Joseph lagi, dengan kayu.
- Aduh! - Hentikannya! Letakkan kayu itu!
Aduh, aduh, aduh!
Mengapa mereka tak mengambilnya?
Noah Percy!
Hentikan kelakuan awak sekarang juga.
Awak hadapi masalah, awak tahu.
- Tak boleh pukul, tak boleh pukul. - Saya akan tempatkan awak di bilik sunyi.
Saya akan menangis dengan kuat.
- Bagaimana kalau kita buat perjanjian? - Ya, itu bagus.
Lebih baik kalau awak rahsiakannya. Boleh awak buat begitu?
Awak boleh simpan rahsia? Boleh sekali.
Awak tak perlu ke bilik sunyi kalau awak bersumpah...
...tak akan memukul sesiapa lagi.
- Tak boleh pukul, tak boleh. - Ya. Tak boleh pukul.
- Tak pukul. - Tak pukul.
Tak boleh pukul.
Perjanjian disetujui.
Kita tak perlu pulang segera, ya?
Apa yang boleh kita lakukan dengan masa yang dicuri itu?
- Awak nak berlumba lari? - Ya.
- Ke bukit, ke batu berehat? - Jangan tipu.
Itu aib sekali. Tarik balik kata-kata awak itu.
Itu bunyi loceng sekolahkah?
Ivy, awak menipu!
Ya! Saya minta maaf!
Kakak saya menangis tanpa henti.
Awak hairan bagaimana saya dapat mengecam awak?
Sesetengah orang, tak ramai, mempunyai sedikit pancaran warna.
Pudar kelihatannya, seperti kabus.
Itulah sahaja yang saya nampak di dalam gelap.
Ayah juga mempunyainya.
Awak nak tahu apa warnamu?
Saya tak boleh kata. Perempuan tak bercakap begitu.
Awak juga tak patut tanya.
Awak berlari seperti budak lelaki.
Terima kasih.
Saya tahu mengapa awak menolak kakak saya.
Waktu saya muda dulu...
...awak pernah pegang tangan saya semasa saya berjalan.
Kemudian dengan tiba-tiba awak berhenti.
Suatu hari, saya tergelincir di depan awak dan hampir jatuh.
Memang saya berpura-pura saja, tapi awak tak memegang saya.
Kadangkala kita tak buat apa yang kita mahu...
...supaya orang lain tak tahu kita mahu membuatnya.
Apa?
Apa ini? Oh, buah beri.
Satu hadiah yang bagus sekali.
Hati-hati.
Awak memegang warna yang tak baik.
Warna ini menarik Mereka Yang Kita Tak Sebut. Tanamkannya.
Jangan pungut beri berwarna itu lagi.
Dia mengambilnya daripada sakunya.
Apa masalahnya? Nafas awak dah berubah.
Saya tak pernah lihat buah beri begini.
Itu bukannya dari sini. Di mana awak mengambilnya?
"Hari ini, di Batu Berehat...
...Noah Percy memberi Ivy Walker buah beri yang berwarna tidak baik."
"Apabila ditanya dari mana datangnya...
...kerana ia lain daripada yang pernah saya lihat...
...dia menuding ke lukisan di atas Batu Berehat."
"Saya percaya Noah Percy telah memasuki ke hutan...
...dan telah melakukannya beberapa kali."
"Saya juga percaya, beralaskan kelurusannya...
...makhluk yang tinggal di hutan itu tidak membuat apa-apa kepadanya."
"Ini menguatkan lagi kepercayaan saya mereka akan benarkan saya lalu...
...kalau mereka tahu saya bukan ancaman."
Kita cakap tentang bandar, buat kali ini saja...
...dan tidak menyebutnya lagi selepas ini.
No comments yet. Be the first to leave one.