De første 200 linjer.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Siaran rahsia DJ Wanseung.
EPISOD 6
Hari ini, saya mulakan dengan kisah daripada Baekho yang meminta nasihat.
Helo, Wanseung.
Semalam saya bergaduh dengan abang saya.
- Kejap! - Tingkah laku saya…
- Kisah saya. - dah mengecewakan abang saya.
Tapi saya pula marah abang saya dan cakap kasar pada dia.
Saya rasa saya dah lukakan hati dia. Apa patut saya buat?
Wanseung baca kisah yang saya hantar.
Apa lagi yang awak patut buat? Minta maaf saja.
Baekho, awak perlu berlatih meminta maaf.
Awak pasti tak nak jadi orang tak matang yang tak pandai minta maaf, kan?
Betul tak?
Betul.
KAFE INTERNET
Yi-jin, bukankah ini tempat bermain permainan komputer?
Kenapa ajak mak ke sini?
Duduk dulu di sini.
Tunggu sekejap.
Sayang, awak sihatkah?
Awak nampak kurang sihat.
Bagaimana saya boleh hidup dengan sihat?
Saya rindu awak…
dan saya nak sentuh awak.
Hati saya sangat mendambakan awak, sayang.
PERBUALAN DENGAN BACK SEONG-HAK
Saya pun sama.
Di luar hujan,
tapi hati saya kering bak gurun pasir.
Walaupun saya mati terbakar merentasi gurun pasir itu…
saya akan bersama awak, sayang.
Aduhai.
Saya tak pernah tulis benda begini.
Walaupun saya mati terbakar
merentasi gurun pasir itu, saya ingin bersama awak.
Sayang…
Nampaknya pak cik awak nak awak terus bekerja dengannya.
Awak tak kisah, bukan?
Kita tak semewah semasa di Seoul,
tapi pak cik awak ada 13 gerai di pasar itu.
Itu cukup hebat di Pohang. Dia ahli perniagaan yang berjaya.
Dia bijak dalam perniagaan. Saya banyak belajar daripada dia.
Tapi kenapa awak berminat dalam perniagaan?
Awak terpaksa pindah ke sini disebabkan ayah dan perniagaan dia.
Mak suka tinggal di sini?
Ini kampung halaman mak.
Kampung halaman yang asing dan tak selesa bagi mak.
Tempat melarikan diri selepas buang semuanya.
Oh ya, Yi-jin. Mak nak cakap sesuatu.
Apa dia?
Di Seoul…
Ya?
Beli pangsapuri di Apgujeong.
Sekarang harganya paling murah.
Macam mana saya nak beli?
Apa? Awak tak ada duit sebanyak itu?
Apa yang awak buat tak simpan duit di Seoul?
Entahlah. Saya terlalu malas.
Selepas perniagaan ayah lingkup,
mak terpaksa palsukan perceraian dan keluarga kita jadi begini.
Tapi mak tak pernah menyesal kahwini ayah awak.
Seumur hidup kami saling mencintai
dan saling menghormati.
Sekarang pun begitu.
Awak pun perlu cari orang sebegitu.
Orang yang bantu awak jadi insan yang lebih baik.
Itulah kejayaan hidup yang sebenar, dungu.
Mak.
Ya?
Saya nak ke Seoul.
Cukuplah saya melarikan diri.
Saya nak mula semula.
Baiklah, mak percayakan awak.
Saya rindu awak.
Tapi saya nampak awak
sebab awak munculkan diri.
Jadi hari ini, saya tersenyum.
TELEFON AWAM
Tahniah atas pingat gangsa.
Saya pernah cakap dulu.
Jika awak berjaya…
saya juga ingin berjaya.
Saya rasa sekarang masanya untuk saya berjaya.
Full House jilid 14 dah keluar?
Saya akan muncul sebelum jilid 15 keluar.
Tunggu saya, Hee-do.
TELEFON AWAM
KOLEKSI SOALAN UJIAN KEWARTAWANAN
Abang, ini saya.
Selepas kita jatuh muflis, tahu tak abang dah berubah?
Abang berhenti mendengar muzik.
Walaupun dalam kesusahan, jangan buang apa yang abang suka.
Berhenti hisap rokok juga.
Saya suruh pakai minyak wangi bukan sebab bau ikan,
tapi untuk buang bau rokok.
Sebaik saja tiba di Seoul, tak kira berjaya atau gagal,
buat saja apa yang abang suka.
Berhenti risaukan saya. Tertekan saya dibuatnya.
Akhir sekali, maafkan saya sebab melawan abang hari itu.
Saya benar-benar minta maaf.
5 BULAN KEMUDIAN
Lajunya dia!
- Aduhai! - Hoi!
- Berhenti ikut saya! - Tidak!
Saya boleh lakukannya!
- Ya, saya boleh! - Tidak!
TELEFON AWAM
Hei.
Lebih baik cari tempat lain daripada awak marah.
Ada sepuluh minit lagi.
Siaplah awak. Tunggu nanti.
Semoga berjaya!
Wartawan pelatih Back Yi-jin bercakap.
Awak dapat telefon?
Boleh tak guna telefon bimbit?
Dungu. Mana ada orang guna telefon bimbit untuk laporkan berita.
Ramai pesakit, petugas kesihatan dan wartawan di sekitar hospital.
Stesen takkan bertahan. Awak nak bertanggungjawab jika terputus?
Maaf, tuan. Saya akan cari talian tetap secepat mungkin.
Baiklah.
Oh, tempat itu buka.
Wartawan pelatih Back Yi-jin bercakap.
Awak dapat telefon?
Ya, tuan.
Bunyi apa itu? Awak di mana sekarang?
Begini, sebenarnya saya di spa anjing,
tempat anjing dimandikan.
Dungu betul. Awak dah gilakah?
Awak nak anjing menyalak dalam berita?
- Saya akan pujuk. - Pujuk apa?
Saya akan pujuk anjing.
Apa?
Hei, kamu semua.
Dengar sini. Sejak zaman purba, anjing dan manusia berkawan. Tahu tak?
Kawan-kawan saling membantu.
Tolong diam untuk 30 saat saja.
Ini berita utama pertama saya
dan masa depan saya bergantung padanya.
Saya sangat terdesak.
Tolong diam untuk 30 saat saja.
Awak dengar sambil makan, bukan?
Wartawan Back, awak dah sedia?
Ya, saya dah sedia.
Tiada kematian dilaporkan dalam kemalangan ngeri ini.
Ini laporan dari Hospital Hanam Jaeshin untuk mengetahui keadaan mangsa.
Wartawan Back Yi-jin di lokasi melaporkan.
Mula.
Ya, saya di Hospital Hanam Jaeshin di mana 24 orang mangsa
kini sedang menerima rawatan selepas kemalangan hari ini.
En. Kim, 30 tahun, sedang dibedah kerana kecederaan di kepala,
namun beliau bukan dalam keadaan kritikal.
Sembilan orang cedera parah dan lapan belas lagi cedera ringan,
tapi tiga daripadanya dibenarkan pulang kerana luka kecil.
Pihak hospital melaporkan bahawa
semua mangsa cedera ringan boleh pulang selewat-lewatnya lusa.
Dari Hospital Hanam Jaeshin…
Back Yi-jin untuk Berita UBS.
Awak memang gila.
Spa anjing?
Banyak-banyak tempat? Awak dah gilakah?
Semua telefon awam dah digunakan oleh wartawan-wartawan lain.
Spa itu saja yang masih buka.
Saya minta maaf, tuan.
Ya, saya akan pastikan ini tak berlaku lagi.
Baiklah.
Saya dah penat dimarahi.
BUKU
Ada pula kedai buku yang senyap di sini.
BUKU DAN ALAT TULIS TERBAIK
Saya patut cari sampai ke sini.
FULL HOUSE JILID 15 TERSEDIA
FULL HOUSE JILID 15 TERSEDIA
Cerah masa depan sukan lawan pedang Korea.
Ko Yu-rim menang emas, Na Hee-do menang gangsa.
Lumayan ganjaran saya.
Bagus sekali.
Maaf, encik.
Maaf, disebabkan perubahan akta keselamatan penerbangan bermula Mac ini,
merokok dilarang semasa penerbangan.
Apa?
Dah tak boleh hisap rokok dalam kapal terbang?
Ya.
Apa nak jadi dengan dunia ini?
Tahniah atas pingat gangsa, Cik Na Hee-do.
Macam mana awak tahu?
Awak bintang atlet kebangsaan.
Mestilah saya tahu.
Saya bersedia melayan awak.
Terima kasih.
Awak nak minuman?
- Tolong beri saya jus oren. - Baiklah.
- Silakan. - Terima kasih.
SIJIL ANUGERAH
Tinggal pingat emas yang belum ada.
Saya boleh mula dari sekarang.
Saya harapkan awak untuk Sukan Asia.
AHLI PASUKAN KEBANGSAAN NA HEE-DO
Tolong jaga…
No comments yet. Be the first to leave one.