Prvních 92 řádků.
Bumi sangat luar biasa,
mudah untuk terlepas sesuatu yang kecil dalam kehidupan.
Tapi lihatlah dengan lebih dekat...
dan ada dunia yang belum diterokai.
Dunia tempat wira-wira kecil...
dan raksasa-raksasa kecil...
perlukan kuasa hebat...
untuk membantu berdepan kesukaran.
Savana Afrika.
Tanah legenda.
Habitat untuk antara haiwan terbesar di planet kita...
DICERITAKAN OLEH PAUL RUDD
...dan haiwan-haiwan paling hebat.
Tapi di bawah kaki gajah-gajah ini, ada dunia yang belum diteroka.
Dunia gajah celurut.
Ia penuh dengan pelbagai jenis rumput dan pemangsa kecil yang hebat.
Tapi jadi kecil di tanah hidupan gergasi bukan mudah.
Dengan kawanan gergasi ini mula bergerak, hidupnya akan jadi lebih sukar.
SAVANA
Gajah celurut sama besar seperti hamster.
Tapi ia lebih pantas.
Dengan saiznya, ia tiga kali ganda lebih pantas berbanding cheetah.
Ia bergerak dengan kelajuan hampir 30 km sejam untuk mencari makanan.
Ia perlu makan satu pertiga daripada saiz badannya setiap hari
untuk memberikan tenaga kepada kehidupannya yang pantas.
Jadi ia membina rangkaian jejak di lebih seribu meter persegi
untuk membantunya mencari makanan secukupnya walaupun di musim kering.
Ular tedung menyerang dengan sekelip mata.
Tapi jejaknya membantu gajah kecil ini selangkah di hadapan.
Kehidupan gajah celurut agak gila... dan kesunyian.
Tak seperti raja di istana merah yang besar.
Cerpelai kerdil selalu membina rumah di busut anai-anai.
Dengan saiz sebesar tangan anda,
ia menemui kekuatan dan kehangatan dalam kumpulan.
Waktu pagi di savana sangat sejuk.
Pasti mudah untuk tak bergerak ke mana-mana.
Tapi bukan hari ini.
Burung enggang ini kelaparan.
Ia tak sabar untuk bersarapan.
Dua puluh ekor cerpelai dan seekor burung enggang mungkin tak adil.
Tapi apabila bersaiz kecil, lebih selamat jika sentiasa bersama.
Cerpelai menarik pemangsa keluar.
Sementara burung enggang memerhati jika ada sebarang bahaya.
Cerpelai kerdil mengawasi kawasan yang luas,
kira-kira 50 padang bola sepak Amerika,
menanda kawasannya sambil mengawasi kawasan.
Lebih kuat baunya, lebih kuat si cerpelai bagi cerpelai lain.
Walaupun di musim kering, kawasannya berikan sumber makanan diperlukan.
Ia mungkin haiwan karnivor paling kecil di Afrika,
tapi ia tak takut berdepan saingan.
Labah-labah babun berbisa.
Dengan merebut setiap peluang,
pasukan yang tekun ini mampu bertahan walaupun pada masa yang sukar.
Tapi apabila hujan turun, semuanya berubah.
Hidup berpindah-randah menawarkan perlindungan kecil.
Tapi cerpelai berlindung di tempat selamat dan hangat.
Ia memilih rumah yang selesa.
Busut anai-anai berikan perlindungan yang sempurna daripada semua elemen itu.
Menggabungkan air dan tanah,
serangga yang rajin ini membina istana yang keras seperti konkrit...
dan besar seperti gajah.
Dengan mengikut hujan, akhirnya haiwan-haiwan besar itu mula tiba.
Gajah merupakan haiwan pertama yang memberikan kesan kepada landskap.
Tapak kaki seberat lima tan...
menghasilkan dunia air dengan pelbagai makhluk kecil berenang di dalamnya.
Termasuk salah satu makhluk paling tua di planet.
Udang berudu hidup dalam kolam kecil seperti ini
sejak kolam itu dicipta oleh kaki dinasor.
Hanya beberapa hari selepas hujan, seluruh savana dipenuhi tumbuhan hijau.
Dengan haiwan-haiwan lain mula rakus menikmati...
ia memberikan kesan yang besar.
Tak mungkin gajah celurut boleh melepasi najis gajah ini.
Tapi bantuan telah tiba.
Kumbang najis mengerumuni najis-najis baru itu dengan pantas...
berharap dapat membawanya pergi untuk dikongsi dengan yang lain
sebelum pesaing tiba.
Najis itu sangat berharga.
Makanan dan harapan untuk dapatkan pasangan, semuanya pada najis itu.
Dalam dunia kecil ini, satu langkah boleh menjadi halangan.
Langkah kawanan pasti menimbulkan mala petaka.
Lebih sejuta gnu dan kuda belang, penghijrahan terbesar di tanah ini.
Dijanjikan dengan rumput segar, itulah punca ia berhijrah ke sini.
Burung rapang bersarang di kawasan terbuka di savana.
Sarang telur burung rapang betina ini berdepan risiko dipijak.
Dengan ketinggian setinggi buku lali,
ia tak takut berdepan gazel.
Tapi kawanan gnu ini tak dapat dihalang.
Anehnya, semua telurnya terselamat,
tapi masih perlukan sebulan sebelum ia menetas.
Laluan gajah celurut terkesan dengan teruk.
Masa untuk membaikinya.
Kembali lancar.
No comments yet. Be the first to leave one.