প্রথম 200টি লাইন।
Mayatnya tak ada.
Mayatnya tak ada.
Saya dengar.
Ingatkan Felix Manning bahawa saya tak terima masalah yang tak diselesaikan.
Ya, Encik Fisk.
Tapi mungkin mayat dia hanyut sekali dengan arus.
Kalau Murdock berjaya melarikan diri dari makmal itu sekalipun,
Bagaimana lelaki buta nak berenang ke daratan?
Ini nampak macam lelaki buta bagi awak?
Kami sudah siasat dia selengkapnya.
Kenalan-kenalan dia.
Rekod-rekod kesihatan dan sekolahnya semuanya sah.
Semua mengesahkan bahawa Matt Murdock kehilangan penglihatan ketika berumur 9 tahun.
Ya.
Walaupun begitu...
lelaki yang buat sebegini mungkin boleh terselamat.
Dan dia mengugut untuk memisahkan saya dan Vanessa.
Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memenuhi perjanjian kita.
Dengan bantuan klien saya,
sindiket puak Albania telah dimansuhkan sepenuhnya.
Sektor pemalsuan mereka, sektor bahan lucah kanak-kanak mereka di pasaran gelap.
Dan hubungan Jalisco yang Encik Fisk berjaya bekalkan pada minggu lepas
memberi peluang kepada pendakwa raya sambut Krismas dengan awal dan aman.
Dan sebagai ganjaran untuk kerjasama sepenuhnya,
pihak DOJ tidak akan mengemukakan sebarang dakwaan terhadap Vanessa Marianna.
Encik Fisk juga berhak mendapat balik beberapa barang-barangan kepunyaannya,
pergerakan yang diawasi di sekitar kawasan hotel.
Dia akan dapat semua yang dia ditawarkan. Tunggu masa saja.
Masa itu sekarang, Ejen Khas Nadeem.
Kecuali jika awak mahukan klien saya berhenti bercakap.
Pihak FBI telah mengorbankan perjanjian yang hebat untuk saya.
Dan saya akan terus memberi kerjasama dan percaya awak akan tunaikan janji awak.
Ada seorang penjenayah yang saya upah.
Seorang pengatur.
Setahu saya, dia menyeludup dan menyembunyikan wang,
merasuah pegawai-pegawai kerajaan,
mengatur kenyataan-kenyataan palsu, mengubah bahan bukti.
Siapa dia?
Sorang peguam. Matthew Murdock.
Pasukan Alpha sedang menghampiri.
FBI. Masuk balik ke dalam apartmen dan tutup pintu.
Bersedia.
Masuk.
FBI!
Kosong!
Murdock ada balik ke rumah.
Baru-baru ini.
Gembira dapat berjumpa awak lagi.
Jaga diri.
Felix Manning?
Awak tak jawab panggilan-panggilan saya.
Karen Page, dari Buletin.
Sebelum saya mulakan,
saya diwajibkan menawarkan awak peluang untuk memberi komen
tentang penglibatan awak dalam menyeludup wang haram Wilson Fisk.
Kalau awak bercakap dengan saya tanpa rakaman, bantu saya menjawab beberapa persoalan,
saya janji saya tak akan libatkan nama awak.
Tapi itu kalau awak bercakap dengan saya.
Awak jurubaiki, Encik Manning.
Awak bekerja sendiri. Klien lain, banyak kerugian.
Selepas cerita ini menular, Fisk akan abaikan awak.
Kalau saya jadi awak, saya akan mula berhati-hati.
Karen Page.
Anak perempuan kepada Paxton dan Penelope.
239 Jalan Kings, Fagan Corners, Vermont.
Awak duduk di belakang. Agaknya, ayahanda nak anak gadis dia selamat.
Malangnya, dia sepatutnya lebih berhati-hati dengan anak lelaki dia.
Penagih dadah betul-betul memusnahkan keluarga, 'kan?
Tanpa rakaman,
awak salah.
Tentang pekerjaan saya untuk mencari rezeki.
Saya bukan membaiki masalah.
Saya menghilangkannya.
Karen Page?
- Awak siapa? - Jangan bergerak.
Uh... saya ada senjata di dalam beg saya. Dan permit untuk membawanya yang disusuk.
Kekalkan tangan awak di posisinya dan ikut arahan saya.
Sekarang, pusing.
Okey. Okey.
Okey. Okey.
Apa encik nak dari saya?
Apa yang berlaku?
Kenapa encik bawa saya ke sini?
Saya yang suruh dia.
Matt tak apa-apakah?
Tak nak ceritakan apa yang berlaku?
Cik Page, saya faham awak menanyakan soalan untuk mencari rezeki,
tapi buat masa sekarang, saya yang akan bertanya.
Bila kali terakhir awak bercakap dengan Matt Murdock?
Um...
- Berbulan. - Awak tak bercakap dengan atau nampak dia dalam berbulan?
Uh, tidak.
Dia ada bagi petunjuk tak bila dia mungkin pulang?
Uh, tak ada.
Atau sama ada dia akan pulang langsung atau tidak?
Tidak.
Habis kenapa awak bayar bil-bil dia?
Dia kawan. Seseorang perlu bayar sementara dia tak ada.
Jadi kawan awak, seorang lelaki buta yang dah berbulan-bulan awak tak bercakap dengan,
tiba-tiba sahaja menghilang, dan awak tak laporkan kepada polis?
Saya fikir dia akan pulang bila dia dah bersedia.
Boleh tak awak fikirkan apa-apa sebab Matt Murdock menghilangkan diri?
Tak ada.
Awak setiausaha untuk Nelson dan Murdock.
Mmm-mmm. Pengurus pejabat.
Dan bila firma itu mula bekerja dengan Wilson Fisk?
Um...
Kami tak pernah bekerja untuk Wilson Fisk.
Itu tandatangan awakkah?
Awak ada ingat tak mendeposit
cek ini untuk syarikat bernama CGI?
Ya, saya ingat. Um...
Tengok, Matt dan Foggy ambil satu kes untuk mereka. Itu sahaja.
Berdasarkan maklumat saya, CGI dulunya samaran untuk Fisk.
Jadi kami tak tahu pada masa itu.
Tapi sekarang awak dah tahu.
Jadi awak nampak tak bagaimana jawapan awak sebelum ini kurang tepat?
Okey, kami tak pernah bekerja dengan Fisk secara sukarela.
Mereka upah kami melalui orang lain.
Siapa?
Ada eksekutif.
Tunggu.
Lelaki inikah?
James Wesley. Awak ingat dia?
Uh, ya. Saya rasa itu dia. Kenapa?
Cuma nak dapatkan penjelasan.
Okey. Uh... Ini ada perkara-perkara lain awak patut dapatkan penjelasan untuk.
Um...
Felix Manning. Bank Kebangsaan Singa Merah. Vancorp.
Macam pernah dengar tak?
Saya tak faham.
Daripada membiarkan Fisk menggunakan awak dan pihak FBI
untuk mensabitkan peguam-peguam tak bersalah dan memasukkan mereka dalam penjara,
apa kata awak tanya dia sama ada dia ada tak upah jurubaiki bernama Felix Manning
untuk menyeludup duit melalui Singa Merah?
Tanya dia sama ada betul atau tak dia pemilik syarikat palsu bernama Vancorp.
Kenapa nak buat begitu?
Sebab syarikat itu baru saja membeli Hotel Presiden.
Dari mana awak dapat semua ini?
Saya tanya soalan untuk mencari rezeki. Cuma soalan-soalan saya lebih baik.
Seperti, adakah "banduan" awak itu
telah membeli rumah di mana awak simpan dia?
Adakah dia telah membeli?
Habis ini semua apa? Teori?
Awak ada bukti tak?
Fisk mempergunakan awak, Ejen Nadeem. Memang itu kerja dia.
Tak adakah maksudnya?
Saya ditahankah?
Bukan pada masa sekarang.
Jadi saya dah selesai menjawab soalan-soalan yang salah.
Ini saja semuanya?
Semua perkara yang penyiasat Felix mampu dapatkan dalam masa yang singkat.
Uh...
Ini mungkin mengambil masa.
Saya ada bawa buku audio.
Dex, dah sedia untuk pergi?
Perlawanan bermula dalam 20 minit. Trafik pula seram. Kita kena pergi.
Kenapa ini? Uniform pun tak pakai.
Awak okey, kawan?
Ada masalah?
Guru besar tahu tak awak menggerudi lubang dalam dinding-dinding dia?
Dia tak suka.
Kalau dia susahkan awak, cakap saja 'kat cikgu.
Boleh jadi latihan yang baik.
Hei, cikgu ada belikan benda untuk awak.
Cikgu ingat nak tunggu hingga habis perlawanan...
100% kulit.
Itu kulit lembu asli di poketnya dan kulit lembu ringan di tapaknya,
jadi lembut dan selesa dipakai.
Cubalah.
Pembaling bertaraf bintang berhak dapat alatan bertaraf bintang.
Jomlah, kita kalahkan mereka.
Tunggu.
Sekejap saja, boleh saya tunjukkan balingan baharu saya?
Baiklah, si penunjuk.
Mari kita tengok.
Bagus, Dex. Terus buat balingan sebegitu.
Strike!
Strike!
Strike!
Strike! Strike!
Strike!
Baiklah, budak. Berundurlah. Mari kita rehatkan lengan awak itu.
Cikgu nak buang saya?
Cikgu akan suruh Kanon selesaikan.
Tapi... tapi tiada siapa boleh buat pukulan dengan saya.
Cikgu tahu. Awak memang hebat di luar sana. Tak boleh dinafikan.
Tapi cikgu kena bagi peluang kepad budak-budak lain juga.
Mana boleh macam ini. Ini tak adil! Cikgu kena benarkan saya teruskan.
Bertenang saja, okey? Tarik nafas sikit.
Tarik nafas dalam-dalam.
Saya kena...
Saya kena teruskan.
Kalau saya tunjukkan permainan hebat, mereka mungkin...
Dex...
Awak boleh tunjukkan satu billion permainan hebat sekalipun,
ia takkan kembalikan ibu bapa awak.
Okey.
Pergi duduk.
Makan aiskrim.
No comments yet. Be the first to leave one.