Paul McCartney: Man on the Run

Paul McCartney: Man on the Run

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

[𝗖𝗼𝗳𝗳𝗲𝗲𝗣𝗿𝗶𝘀𝗼𝗻] 𝗣𝗮𝘂𝗹 𝗠𝗰𝗖𝗮𝗿𝘁𝗻𝗲𝘆: 𝗠𝗮𝗻 𝗼𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗥𝘂𝗻 (𝟮𝟬𝟮𝟲) 𝗣𝗩-𝗔𝗠𝗭𝗡 𝗪𝗘𝗕
تعليق من Coffee_Prison
ℝ𝔼𝕋𝔸𝕀𝕃 ℙℝ𝕀𝕄𝔼 𝕍𝕀𝔻𝔼𝕆 >> 𝗧𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗦𝗝 *𝟬𝟭:𝟱𝟱:𝟮𝟳

الوسوم

webdl
نشرت في: 2026-02-28
تنزيلات: 15
ضعاف السمع: No
FPS: 25

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Okey. Satu, dua, tiga, empat.

Apa perkara terpenting yang awak hargai?

Ruangan peribadi.

-Boleh terangkan dengan lebih lanjut? -Tidak.

Okey.

Kita baru mensia-siakan satu jam.

Ya, saya tahu, mari kita beralih ke hal lain.

Barisan terakhir saja yang boleh dipakai.

Lupakan barisan terakhir.

Jika saya dengar orang menghina Paul McCartney,

saya akan bersetuju.

Jadi, apabila orang kata saya sebab The Beatles berpecah

dan saya suka mengawal dan sebagainya,

saya tak membantah.

Saya fikir, "Saya memang orang begitu."

Saya tak menyebelahi mana-mana pihak.

Namun hakikatnya,

John yang kata dia mahu tinggalkan The Beatles.

Dia kata, "Ini agak mengujakan."

"Macam beritahu seseorang, saya mahu bercerai."

Tapi saya fikir, "Apa saya buat sekarang?"

Sebab inilah seluruh kehidupan saya.

Saya membesar, pergi sekolah

lalu menjadi ahli The Beatles.

Itulah misteri yang perlu saya rungkai.

SELAMAT DATANG

Anda boleh sombong dan kata, "Ya, kami akan bertahan 10 tahun."

Bertahan tiga bulan pun bagus.

BEATLES DI NEW YORK

The Beatles!

Kami tak boleh mainkan lagu yang sama sampai kami 40 tahun.

Mungkin pada 40 tahun, kami tak tahu cara nak tulis lagu lagi.

KUGIRAN KELAB LONELY HEARTS SGT PEPPER

Musim luruh 1969, John Lennon tinggalkan The Beatles, tapi tiada orang tahu

Paul hilang Dia berusia 27 tahun

Sekarang pukul 12.38 tengah hari.

Sesuatu yang aneh berlaku dengan The Beatles.

Ahli Beatles, Paul, mungkin dah mati.

PAUL MCCARTNEY MATI PENIPUAN BESAR

Soalan "Adakah Paul McCartney mati?"…

KENAPA BEATLES RAHSIAKAN?

…jadi buah mulut di seluruh dunia.

Nampaknya The Beatles berkumpul di sebuah kuburan.

Di belakang album, Paul membelakangi kita.

Ada laporan yang kata McCartney dibunuh tiga tahun lalu

dalam nahas jalan raya dan dia diganti dengan orang serupa.

Michael McGear, adakah adik awak, Paul McCartney, masih hidup?

Berita palsu. Tak berasas langsung.

Bila kali terakhir awak jumpa adik awak?

-Kali terakhir? -Ya.

Pengebumiannya, saya rasa.

Mull of Kintyre, di barat Scotland.

Ia nama Gaelic untuk "hujung tanah".

Perkara terbesar di pekan itu ialah

orang akan kata, "Ya, ahli Beatles ada di pekan."

"Dia ada di ladang."

Itu sangat bagus.

Turun. Meniarap di atas tanah.

Jangan cuba rakam atau nahas awak nanti.

Saya mungkin lempar baldi ke arah dia.

Saya rasa dia ambil foto.

Saya nak kejar dia

dan kata, "Kami akan benarkan awak ambil foto kami dan

awak serahkan foto lempar baldi kepada kami."

Sebab saya tak nak ada khabar angin,

"Inilah tempatnya dia lembar baldi."

KES AHLI BEATLES YANG "HILANG" PAUL MASIH BERSAMA KITA

Memandangkan Paul jutawan,

saya dapat bayangkan tempat tinggal dia.

Tapi saya salah.

Paul, bersama isterinya Linda dan dua anak mereka

tinggal di rumah ladang yang usang,

bahkan peladang miskin pun tak ingin tinggal di sana.

Kami pergi ke sana untuk melarikan diri, tapi saya masih dibelenggu.

The Beatles baru tamat.

Itulah kehidupan saya.

Saya fikir saya takkan tulis satu not muzik lagi.

Saya sangat murung.

Jadi, saya fikir, "Apa kata saya minum sikit scotch. Kenapa tidak?"

"Minum segelas lagi. Saya tiada tempat lain nak pergi."

Jadi, selama beberapa bulan, saya minum berlebihan.

PRODUK SCOTLAND ISI KANDUNGAN

Tapi saya sangat bertuah kerana Linda ada.

LAPAN BULAN KEMUDIAN

London menangis teresak-esak.

Lelaki bujang terakhir Beatles bukan lagi bujang.

Paul McCartney mengahwini Linda Eastman dari New York.

Anak tiri Paul, Heather, berada di barisan depan

yang bergelut dengan peminat yang menjerit-jerit dan menangis

serta mengerumuni pengantin yang ingin masuk kereta.

Kenapa kalian menangis?

Kenapa menangis?

Kawal diri dan kongsi perasaan awak.

Saya rasa perkahwinan ini sangat bagus!

-Bukankah kalian bersekolah hari ini? -Ya.

Pn. McCartney, tahniah.

Apa perasaan awak untuk mengahwini

lelaki bujang paling popular di dunia

dan membuat semua gadis cemburu?

Saya gembira dapat berkahwin.

Yang lucunya, anda fikir

segalanya senang, mereka hidup bahagia selamanya.

Cinderella dan puteranya.

Tapi tak semudah itu.

Dia kata, "Saya ada ladang. Awak takkan suka."

Tapi ladang itu sangat indah.

Di hujung bumi.

Tiada manusia di sana.

Sangat melegakan.

PERTAMA HEATHER DECIT DECIT

MARI JUMPA MAE

SELAMAT PAGI!

Kami seakan-akan memasuki kehidupan baharu

dan kami perlu belajar.

Saya kata, "Mari kita hilangkan diri."

"Tinggalkan segalanya. Balik ke permulaan."

Kami dapat anak, Mary.

Linda ada anak lima tahun. Saya jadi bapa angkat.

HEATHER ANAK

Saya mula membuat muzik lagi.

Ada banyak hal sedih yang berlaku…

MARY ANAK

…tapi mak kata,

"Mari kita bernyanyi dan buat muzik serta saling menemani."

Kami ada kuda, kambing bebiri dan kami tanam sayur sendiri.

Kami jadi vegetarian.

Ini satu-satunya tempat

kami boleh jadi normal dalam dunia yang tak normal ini.

Saya tak pandai baiki bumbung. Jadi, saya tak faham.

Dia mahu kehidupan yang stabil dan normal

kerana menjadi ahli The Beatles tiada sebarang kestabilan langsung.

KEDAMAIAN RAMBUT KEDAMAIAN KATIL

Mereka fikir saya nak hangatkan revolusi.

Saya nak dinginkannya.

Kami jualnya macam sabun.

Kami akan terus menjual sehingga suri rumah fikir,

"Ada kedamaian atau perang. Itulah dua produknya."

INGAT

The Beatles telah berpecah, tapi hampir tiada orang tahu.

Pengurus kami pada waktu itu kata, "Rahsiakannya."

"Saya nak ke Capitol Records dan perbaiki kontrak."

Kami semua bersetuju untuk rahsiakannya.

BERCERAI! TAK!

Biarpun John ambil kesempatan.

The Beatles macam monumen atau muzium.

Pada zaman ini, tiada muzium.

The Beatles telah jadi muzium. Jadi, mereka perlu disingkirkan.

Tiada cara lebih positif untuk menyokong kedamaian

daripada duduk di katil.

John mula menulis karya sendiri. Saya juga.

Kami semakin berjauhan.

Jadi, saya perlu tanya diri sendiri

dan memeriksa dunia saya

untuk cari sesuatu yang bukan The Beatles.

Dia ada dua sekutu bagus pada permulaan kerjaya muziknya.

PENULIS MELODI

Salah seorang, Linda. Yang satu lagi, kertas putih.

Pada permulaan album, ada bunyi pintu berkeriut.

Itu pintu belakang kami. Saya suka bunyi itu.

Ia menunjukkan kami di rumah.

Jadi, saya ada mesin empat jalur bunyi

dan kami sambungkan mikrofon di belakang.

Itulah runut bunyi pertama.

Jangan menangis, anakku.

Jangan menangis.

Ayah akan mendodoi kamu.

Kemudian saya tambah bunyi gitar.

Tambah bunyi bes.

Saya buat banyak runut bunyi.

Saya suka reka benda-benda.

Itu membebaskan saya.

Dia telah mencipta rakaman lo-fi.

PETER DOGGETT PENULIS

Sebenarnya, muzik rock alternatif bermula dengan McCartney.

Di sebaliknya, apa yang dia buat?

AUBREY PENGARAH KREATIF

Membuat eksperimen.

Tiba-tiba, semuanya jadi album.

Maksudnya, saya tak putus asa.

Saya hanya dapat menulis jika saya pergi ke suatu tempat.

Dulu, tempat itu ialah tandas.

Selepas itu, saya pergi ke almari di bawah tangga

untuk tinggalkan dunia luar

dan berfikir secara peribadi.

Begini.

Saya mainkan satu kord

dan lihat itu membawa saya ke mana, seperti sebuk roti.

Hanya memori.

Barangkali kekesalan.

Bahkan masa depan.

Kadangkala saya fikirkan satu watak.

Tapi sebenarnya, watak itu selalu saya.

Jika saya ada masalah, saya selesaikannya melalui sebuah lagu.

Saya rasa itulah terapi yang terbaik.

Saya ingat saya ada di Jalan Abbey.

CHRIS THOMAS PENERBIT

Paul ada di nombor dua, mendengar lagu.

Jadi, saya singgah di sana

dan dia suruh saya masuk.

Saya masuk dan dengar lagu ini.

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left