Forrest Gump

Forrest Gump

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

Forrest Gump 1994 REMASTERED 1080p BluRay x265-RARBG
تعليق من AzwanHussin
Resync Mohammad Izzat

الوسوم

BluRay
1080
x265
نشرت في: 2021-09-17
تنزيلات: 189
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar 2 Jun 2014 // Kedah

Helo.

Nama saya Forrest. Forrest Gump.

Nak coklat?

Saya boleh makannya dengan banyak.

Mak selalu kata, hidup umpama sekotak coklat.

Kamu takkan pernah tahu apa kamu akan dapat.

Itu pasti sepasang kasut yang selesa.

Kamu pasti boleh jalan seharian tanpa berasa sakit.

Kalaulah saya ada kasut seperti itu.

Kaki saya sakit.

Mak saya selalu kata kita boleh mengenali seseorang melalui kasutnya...

...ke mana mereka pergi atau dari mana mereka.

Saya sudah memakai banyak jenis kasut.

Kalau saya berusaha kuat, saya pasti boleh mengingati kasut pertama saya.

Mak selalu kata, kasut boleh membawa saya ke mana-mana saja.

Emak kata, itu kasut ajaib saya.

Baiklah, kamu boleh buka mata kamu sekarang, Forrest.

Cubalah berjalan.

Macam mana rasanya?

Kaki dia sangat kuat, Pn. Gump...

...sama kuat seperti yang pernah saya lihat...

...tapi belakangnya bengkok seperti ahli politik.

Tapi kita akan tegakkannya, okey, Forrest?

Forrest!

Semasa bayi, emak saya memberi saya nama seakan wira Perang Saudara...

Jeneral Nathan Bedford Forrest.

Mak kata kami masih mempunyai hubungan persaudaraan.

Suatu ketika dulu,...

...dia mendirikan oranganisasi bergelar Ku Klux Klan.

Mereka mengenakan jubah, selubung berwarna putih...

...dan bergerak seperti hantu.

Mereka juga memakaikan selubung itu pada kuda mereka dan menunggangnya.

Begitulah saya mendapat nama saya,...

Forrest Gump.

Mak kata, perkataan "Forrest"...

...untuk mengingatkan saya yang kadang-kala kita melakukan hal-hal yang tak masuk akal.

Baiklah.

Nanti, seperti ini? Bertahan.

Siap.

Kamu tengok apa?

Tak pernah tengok kaki budak kecil dengan penopang?

Jangan biar orang lain anggap dirinya lebih baik daripada kamu, Forrest.

Kalau Tuhan berniat menyamakan semua orang...

...kita semua akan memakai penopang kaki.

Mak selalu boleh menjelaskan semua hal agar saya boleh faham.

Kami tinggal seperempat batu dari Lorong 17...

...lebih kurang setengah batu dari pekan Greenbow, Alabama.

Begitulah wilayah Greenbow.

Rumah kami adalah warisan turun-temurun dari keluarga emak...

...yang datang menyeberangi lautan seribu tahun yang lalu.

Kerana cuma ada saya dan emak, banyak bilik kosong di rumah kami...

...jadi, mak memutuskan untuk menyewakannya...

...kebanyakan penyewa dari luar pekan...

..seperti dari Mobile, Montgomery, dan tempat lain.

Begitulah saya dan mak dapat duit.

Mak memang wanita yang sangat pandai.

Ingat apa emak kata, Forrest. Kamu tak berbeza dari orang lain.

Kamu dengar tak, Forrest?

Kamu sama seperti orang lain. Kamu tak berbeza.

Anak kamu berbeza, Pn. Gump.

IQ dia hanya 75.

Kita semua berbeza, En. Hancock.

Mak nak saya masuk sekolah yang bagus...

...jadi, dia bawa saya ke Greenbow County Central School.

Saya berjumpa ketua sekolah.

Saya nak tunjukkan sesuatu, Pn. Gump.

Ini normal.

Forrest ada di sekitar sini.

Peraturannya perlu minimum IQ 80 untuk sekolah umum, Pn. Gump.

Dia perlu masuk sekolah khas.

Dia akan diterima di sana.

Apa maksud "normal"?

Dia mungkin agak lembab,...

...tapi anak saya Forrest akan mendapat peluang yang sama seperti orang lain.

Dia takkan masuk sekolah khas untuk belajar cara memasang tayar.

Kita bercakap tentang perbezaan 5 angka.

Pasti ada sesuatu kamu boleh buat.

Ini adalah sekolah dengan sistem progresif.

Kami tak nak ada murid ketinggalan.

Suami kamu ada, Pn. Gump?

Dia tengah bercuti.

Mak kamu sangat ambil berat dengan pendidikan kamu, nak.

Kamu tak banyak cakap, kan?

"Akhirnya, dia perlu mencuba.

"Nampaknya mudah, tapi...

"...apa yang terjadi.

- "Pertama..." - Mak, apa maksudnya "bercuti"?

- Bercuti? - Tempat di mana Ayah berada.

Bercuti maksudnya pergi ke suatu tempat dan tak pernah kembali.

Jadi, boleh dikatakan saya dan emak tinggal berdua saja.

Tapi kami tak kisah. Rumah kami tak pernah kosong.

Selalu ada orang datang dan pergi.

Makan malam.

Masa untuk makan malam.

Kadang-kala, begitu ramai orang bersama kami...

...dan setiap bilik dipenuhi para pelancong.

Kamu tahu, orang-orang dengan bagasi dan barang-barangnya.

Forrest Gump, masa makan malam!

Suatu ketika, ada budak muda tinggal bersama kami...

...dan dia membawa beg gitar.

Forrest! Emak dah kata, jangan ganggu abang ni.

Tak apa, Puan.

Saya tengah tunjukkan cara bermain gitar.

Baiklah, makan malam sudah siap kalau kamu nak makan.

Bunyinya sedap. Terima kasih, Puan.

Tunjuk cara kamu menari tadi.

Jangan cepat sangat.

Saya suka gitar itu.

Bunyinya sedap.

Saya mula bergoyang mengikut irama muzik...

...mengayun pinggul saya.

Suatu malam, saya dan mak sedang keluar membeli barang,...

...dan kami melalui kedai perabot dan elektronik Benson,...

...dan cuba teka?

Ini bukan untuk tontonan budak-budak.

Beberapa tahun kemudian, pemuda tampan yang digelar "Raja" itu...

...dia terlalu banyak bernyanyi dan terkena serangan jantung.

Pasti sukar menjadi raja.

Pelik, kadang-kala kamu ingat sesuatu tapi tak boleh ingat yang lain.

- Kamu belajar baik-baik, Forrest. - Baik, mak.

Saya ingat kali pertama naik bas untuk ke sekolah.

Kamu nak pergi tak?

Mak saya pesan jangan ikut orang asing.

Ini bas sekolah.

Saya Forrest. Forrest Gump.

- Saya Dorothy Harris. - Sekarang kita bukan orang asing lagi.

Kerusi ini ada orang.

Ada orang!

Tak boleh duduk di sini.

Pelik apa yang diingat oleh seorang budak kecil...

...kerana saya tak ingat dilahirkan.

Saya tak ingat hadiah krismas pertama saya...

...dan bila perkelahan pertama saya.

Tapi saya masih ingat saya mendengar salah satu...

...suara terindah di dunia.

Kamu boleh duduk di sini kalau mahu.

Tak pernah saya lihat sesuatu yang begitu indah.

Dia seperti malaikat.

Kamu nak duduk atau tidak?

Kenapa dengan kaki kamu?

Tak apa, terima kasih. Kaki saya tak ada masalah.

Saya duduk di sebelahnya dan kami bercakap sehingga sampai di sekolah.

Punggung saya bengkok seperti lambang tanda tanya.

Selain emak, tak ada siapa teringin bercakap atau bertanya pada saya.

Kamu ni bodoh?

Mak kata, "Kalau kamu rasa bodoh, terpulang pada kamu."

- Saya Jenny. - Saya Forrest. Forrest Gump.

Semenjak hari itu, kami sentiasa bersama.

Jenny dan saya seperti buncis dan lobak.

Dia ajar saya cara memanjat.

Cepat, Forrest, kamu pasti boleh.

Saya ajar dia cara berayun.

Dia ajar saya cara membaca, saya ajar dia tergantung.

Kadang-kadang kami hanya duduk menunggu bintang muncul.

- Mak pasti risaukan saya. - Tunggulah sekejap lagi.

Kerana sebab-sebab tertentu, Jenny tak suka balik ke rumah.

Baiklah, Jenny, saya tunggu.

Dia kawan paling istimewa saya.

Satu-satunya kawan saya.

Mak saya selalu kata, keajaiban terjadi setiap hari.

Ada orang tak percaya, tapi ia betul.

Hei, Bodoh!

Kamu ni cacat atau bodoh?

- "Tengok, saya Forrest Gimp (Koya)." - Lari, Forrest.

Lari, Forrest! Larilah jauh-jauh! Cepat!

- Ambil basikal! - Cepat! Kita tangkap dia!

- Cepat! - Jaga, kami datang!

Kami akan tangkap kamu!

Lari, Forrest, lari! Lari, Forrest!

Balik sini kau!

Lari, Forrest!

Lari!

Kamu takkan percaya kalau saya kata,...

...tapi saya boleh lari dengan sangat pantas.

Sejak itu, ke mana saja saya pergi, saya berlari!

Dia terlepas! Halang dia!

Budak tu gila berlari.

Kamu masih ingat saya kata Jenny tak suka balik rumahnya?

Dia tinggal dalam sebuah rumah usang yang setua usia pekan Alabama ini.

Emaknya meninggal semasa umurnya lima tahun...

...dan ayahnya seorang petani.

Jenny?

Ayahnya sangat penyayang.

Ayahnya selalu mencium dan menyentuh Jenny dan adik-adiknya.

Pernah sekali, Jenny tiada dalam bas sekolah.

Jenny, kenapa kamu tak pergi sekolah hari ini?

Diam, ayah tengah tidur tengahari.

- Jenny! - Mari!

Jenny, kamu nak lari ke mana?

Lebih baik kamu balik sini, nak!

Mana kamu?

Jenny! Mana kamu?

Jenny!

Berdoalah bersama saya, Forrest.

Jenny!

Tuhan, ubahlah saya jadi burung agar boleh terbang jauh dari sini.

Tuhan, ubahlah saya jadi burung agar boleh terbang jauh dari sini.

Mak selalu kata, Tuhan itu misteri.

Jenny!

More Malay subtitles for Forrest Gump

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left