أول 200 سطر.
AYAH
TELEFON AYAH! AYAH RISAU... AYAH TERIMA MESEJ...
Maddy!
Tak sangka ayah tak telefon awak
sebaik saja dia sedar kereta Charger kesayangannya hilang.
Gembira dapat jumpa awak.
- Mari masuk. - Oh, Tuhan.
Apa yang berlaku?
Ayah asyik desak saya tentang apa saya nak buat sekarang.
Macam biasalah.
Saya cuma nak berehat sekejap.
Apa kata awak tinggal di sini sementara waktu?
Kita boleh berbincang dan cuba selesaikannya.
- Awak bawa baju? - Tak banyak.
Saya memang berharap awak suruh saya tinggal di sini.
Pergi ambil beg awak. Bilik kosong itu memang dah siap.
Maddy, telefon ayah awak.
Dia risau.
AYAH, SAYA DUDUK DI RUMAH BEV. JANGAN RISAU, KERETA AYAH OKEY.
AYAH RISAU SANGAT. BAGUSLAH KAMU TINGGAL DI SANA.
KAMU LEBIH PENTING DARIPADA KERETA. SAYANG KAMU!
Tak banyak awak kata?
Ada orang lain nak datangkah?
Tess akan datang minggu depan dan tinggal di sini selama tiga bulan
sementara Kate dan Shane tiada.
Saya tahu itu impian awak.
Saya bekerja keras untuk dapatkannya.
Cepat letak barang-barang awak.
Ya, saya tahu awak sedang cuti sabatikal,
tapi saya, maksud saya kita, kena latih ahli gimnastik.
- Hei, Charger. - Hei, Charger.
Kenapa itu?
Itu cara orang 70-an. Awak kena hidup dalam era itu.
Pusat sukan baru dah siap?
Ya, usaha bertahun-tahun untuk memujuk majlis dan ahli parlimen membuahkan hasil.
- Hei, Tess. - Hei, Alkira.
- Cabaran dirian tangan? - Sekarang?
Okey, baiklah. Hebat sekali.
- Sekejap, ya. - Kamu nak ke mana, Tess?
Kamu ada kerja rumah. Jangan keluar!
Hei, saya dah berlatih kali ini dan akan kalahkan awak.
Shane...
TESS! KAMU KENA BUAT KERJA RUMAH!
ADUHAI, MAK! MAKAN "UBAT PENENANG"
Apa itu?
Ubat penenang.
Lucu sangat.
Saya akan kalahkan awak kali ini.
Saya dah berlatih dan semakin bagus sekarang.
Saya boleh bertahan lama.
Jangan mimpilah. Saya sentiasa kalahkan awak.
KEJOHANAN NEGERI
SIAPA JUARA ADELAIDE?
AERIAL 152 KOORANA 138
NORTH FLINDERS AKAN KALAH.
TAYLA TAK GUNA.
YA! DIA PENDEK, GEMUK DAN HODOH.
Saya sangat gemuk.
- Terima kasih. Awak sihat? - Sihat.
Maddy!
Okey, semua. Maddy akan berada di sini untuk beberapa minggu.
Jadi kamu boleh berbual dan ambil gambar bersamanya nanti.
Kita mulakan sesi panaskan badan dulu. Terima kasih.
Cepat panaskan badan.
- Ya. - Kita jumpa nanti, okey?
Maddy, boleh kamu pantau dan latih mereka yang akan bertanding?
Saya bukan jurulatih, saya tak...
Tolonglah.
Okey, boleh.
Tunjukkan kehebatan kamu. Jom ke palang.
- Palang. - Okey!
Ke dalam lagi. Okey?
Tegakkan lengan...
Kamu sangat bagus. Saya sangat kagum.
- Alatan apa pula selepas ini? - Papan imbangan.
Kita ke lantai dulu.
Bagus. Okey, macam itulah.
Awak perlu regangkan kaki awak.
Bagus. Hebat.
Cantik! Ya, sangat hebat.
Okey, masa rehat.
Pergi makan dan berehat.
- Mana makanan awak? - Saya tak lapar.
Awak memang gila. Saya lapar.
Nak makan buah saya?
Makanlah.
Okey, semua. Masa rehat tamat.
Kembali ke lantai.
Masa untuk pertandingan dirian tangan.
Kamu tahu peraturannya.
Boleh buat jalan dirian tangan, tapi Alkira dan Tayla kena statik.
Alkira adalah juara bertahan kita dan dia boleh beri arahan.
Boleh Maddy lakukannya juga?
Buku lali awak masih belum sembuh, tapi belakang awak okey, bukan?
Dirian tangan takkan buat awak sakit.
Awak boleh lakukannya!
- Ya, awak boleh! - Boleh saya bergerak?
Tak boleh!
Okey.
Okey. Semua dah sedia?
Satu, dua, tiga.
HANTARAN TERBARU
PERTANDINGAN JUARA DIRIAN TANGAN
Awak boleh lakukannya, Alkira.
Ayuh!
Bagus, Maddy.
Sangat bagus. Hebat, semua.
Kamu berdua sangat hebat.
Awak memang yang terbaik, Maddy.
Awak juga pandai latih kami.
Terima kasih.
Dia sangat hebat.
DUA BUDAK TAK GUNA SALING BERLAWAN.
PALING TAK GUNA DI AUSTRALIA.
Perkara biasa.
Alkira sangat mengagumkan. Dia hampir kalahkan saya.
Ya.
- Dia sangat nekad. - Ya.
Tapi dia perlukan kekuatan dan kematangan.
Mengingatkan saya kepada awak semasa awak sebaya dia.
Memandangkan awak duduk di sini buat sementara waktu,
apa kata awak latih mereka untuk pertandingan nanti?
Mereka pasti suka.
Awak boleh sibukkan diri dan lupakan hal itu.
- Helo. - Hai.
Helo!
Hai.
Mari.
Saya rasa itu idea yang hebat, Beverly.
Idea apa? Apa yang saya tak tahu?
Tolonglah, Maddy. Latih kami untuk pertandingan kami nanti.
Tolonglah!
Okey. Baiklah.
Yalah, awak berdua tiada dan saya ada di sini. Jadi...
Hei, Alkira.
Ya. Saya baru saja sampai.
Jaga kelakuan kamu, Tess.
Sekarang?
Ya. Boleh.
Saya pun ada berita gembira juga.
Maddy, Alkira nak tunjuk satu tempat istimewa.
Saya boleh tunjukkan jalannya.
Tess, apa kata kamu minta kebenaran kami dulu?
Biar betul, mak?
Pergilah.
- Jom. - Kita nak ke mana?
Ke tempat istimewa. Tapi kita swafoto dulu.
Terima kasih. Okey, boleh kita ambil satu lagi gambar?
Awak pusing dan angkat tangan awak. Kemudian buat gaya.
Ya, hebat.
Cantik. Terima kasih.
NORTH FLINDERS ADA JURULATIH GIMNASTIK YANG SANGAT HEBAT.
AWAK BOLEH RASA TAKUT!
AWAK TAKKAN MENANG
WALAUPUN ADA MADDY CORNELL.
Saya dah agak, mesti Kylie.
Tess itu sukar dikawal.
Dia cuma fokus kepada gimnastik dan tonton filem lama.
Dia juga benci saya.
Saya, ibunya sendiri.
Saya hanya berkomunikasi dengannya melalui mesej saja.
Awak dulu pun sama saja bergaduh dengan mak awak.
Yakah?
Jangan risau. Itu perkara biasa untuk gadis berusia 11 dan 12 tahun.
Keadaan akan berubah.
Dia okey saja dengan saya.
Sebab saya yang disiplinkan dia.
Patutlah dia tiada masalah dengan awak.
Cabaran dirian tangan? Dah sedia? Maddy?
Terima kasih sajalah.
Alkira hampir kalahkan saya tempoh hari. Jadi saya tak nak berlawan lagi.
Terima kasih.
Teruskan.
Masih berdiri!
Hei, dia main tipu.
Tak adil. Awak tipu.
GEMUK, PENDEK DAN HODOH TAK GUNA
- Bagus. - Awak sangat hebat.
Esok hari pertandingan.
- Siapa yang teruja? - Saya.
Pertandingan pertama sebagai jurulatih. Sangat mengujakan.
Jangan risau. Kami akan jaga awak, budak baru.
Macam mana pertandingan itu nanti?
Sukar.
KEJOHANAN GIMNASTIK NEGERI PINTU MASUK
- Kita pasti boleh. - Kita ada...
- Kita ada jurulatih baru. - Kita akan berjaya.
Kita boleh...
Maddy?
Becky? Oh, Tuhan!
Kali terakhir saya jumpa awak semasa awak dan Chelsea ke Kejohanan Dunia Junior.
Apa awak buat di sini?
Melatih. Awak percaya tak? Pasukan Elit di North Flinders.
Kalau begitu, kita akan lawan satu sama lain.
Saya jurulatih pasukan Aerial.
Anak didik bandar saya selalu kalahkan budak kampung.
Semoga berjaya.
Kata orang, mereka yang boleh akan lakukannya
dan mereka yang tak mampu akan mengajar.
Becky cuba hina Maddykah? Tapi dia hina dirinya juga.
No comments yet. Be the first to leave one.