Cinderella

Cinderella

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

Cinderella-2015-All-BluRayRip-Apiq-Ader
تعليق من Apiq Ader
This is Cinderella ! Source Retail.

الوسوم

BluRay
نشرت في: 2015-06-18
تنزيلات: 89
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Pada suatu masa dahulu,...

...ada seorang budak perempuan yang bernama Ella.

Dan dia melihat dunia ini bukan pada pandangan seadanya,...

...tetapi seperti apa yang mungkin, dengan sedikit keajaiban.

Sayang!

Bagi ayah dan emaknya, dia merupakan seorang puteri.

Betul, dia tiada gelaran, mahkota atau pun istana,...

...tapi dia adalah permaisuri kepada kerajaan kecilnya,...

...yang bersempadankan rumah dan padang rumput di pinggir hutan itu,...

...tempat tinggal keluarganya semenjak turun-temurun.

Bersama En. Angsa...

...dan semua keluarga binatangnya.

Hello, semua. Apa yang kamu buat?

Berilah juga peluang kepada yang kecil untuk makan.

Nanti kamu sakit perut.

Gus-Gus, awak tikus rumah, bukannya tikus kebun.

Betul, Jacqueline?

Dan awak tak boleh makan makanan En. Angsa.

Betul tak, mak?

Awak masih percaya yang mereka faham kata-kata awak?

Bukankah begitu, mak?

Ya.

Mak percaya yang binatang boleh mendengar dan bercakap dengan kita,...

...kalaulah kita nak mendengarnya.

Itulah cara kita belajar untuk menjaga mereka.

Siapa pula yang menjaga kita?

Tentulah ibu pari-pari.

Mak percaya yang mereka wujud?

Mak mempercayai segala-galanya.

Jadi, saya pun mempercayai segala-galanya.

Ayahnya merupakan seorang pedagang yang merantau ke luar negara...

...dan membawa pulang hadiah dari semua kawasan jajahan.

Ella!

Mananya anak ayah, mana si cantik ayah?

Mana kesayangan ayah?

Ella amat merindui ayahnya apabila dia pergi merantau.

Tapi dia tahu yang ayahnya tetap akan pulang.

- Itu pun dia! - Ayah, selamat pulang!

Awak apa khabar?

Awak dah besar!

Apa tu?

Benda ini?

Ayah terjumpanya tergantung pada sebatang pokok.

Ayah rasa tentu ada sesuatu di dalamnya.

Cantiknya.

Dalam bahasa Perancis, ia dipanggil papillon.

Awak pijak kaki ayah.

Boleh kita mula?

Tengoklah, mak! Saya sedang menari!

Si papillon yang kecil.

Hidup mereka aman dan sejahtera.

Mereka rasa merekalah yang paling bahagia, kerana dapat hidup sebegini...

...dan begitu saling mengasihi.

Tapi duka mungkin melanda mana-mana kerajaan...

...walau betapa bahagianya ia.

Maka ia telah melanda rumah Ella.

Saya amat bersimpati.

Terima kasih, Doktor.

Tentu amat sukar bagi kamu.

Mari.

Ella.

Ella, sayang.

Mak nak ceritakan satu rahsia kepada awak.

Satu rahsia penting yang akan membantu awak mengharungi...

...semua liku-liku kehidupan yang bakal ditempuhi.

Awak perlu sentiasa mengingatinya.

Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa.

Kebaikan yang ada dalam jari kelingking awak lebih banyak...

...berbanding apa yang ada dalam seluruh tubuh kebanyakan orang.

Ia memiliki kuasa di luar jangkaan awak.

- Serta kuasa ajaib. - Kuasa ajaib?

Betul.

Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa, sayang.

Boleh janjikan kepada mak?

Saya janji.

Bagus.

Bagus.

Dan...

Mak akan pergi tak lama lagi, sayang.

Tolong maafkan mak.

Tentulah saya memaafkan mak.

Mak sayangkan awak.

Mak sayangkan awak.

Mak sayangkan awak.

Masa berlalu, dan kedukaan berubah menjadi kenangan.

Di dalam jiwanya, Ella tetap sama.

Kerana dia masih mengingati janjinya terhadap emaknya.

Tabahkan diri dan berhati baik sentiasa.

Namun, ayahnya telah banyak berubah.

Tapi dia mengharapkan detik yang lebih baik.

Kemudian pulang ke rumah,...

...dan aku bersama isteri menyanyi sepuas-puas hati,...

...dan jika ada orang lain yang lebih bahagia kerana rezekinya,...

...aku tak kenal siapa orangnya.

Maka berakhirlah kisah En. Pepys untuk hari ini.

Saya suka penamat bahagia, ayah pula?

Itulah penamat kegemaran ayah.

Memang patut pun begitu.

Ella,...

...ayah rasa mungkin sudah tiba masanya...

...untuk memulakan babak baru.

Yakah, ayah?

Awak ingat lagi tak lama dahulu, semasa ayah merantau,...

...ayah berkenalan dengan Sir Francis Tremaine.

Ya.

Dia Ketua Kesatuan Mercer, kan?

Bekas.

Dia telah meninggal dunia.

Balunya,...

...seorang perempuan yang berpekerti mulia,...

...kini hidup kesepian...

...walaupun masih berada di puncak kehidupannya.

Ayah tak berani beritahu saya.

Tapi ayah tak perlu takut.

Selagi ia mendatangkan kebahagiaan kepada ayah.

Ya.

Kebahagiaan.

Awak rasa masih adakah peluang terakhir untuk ayah,...

...walaupun ayah menyangkakan ia tak mungkin lagi ada?

Tentulah, ayah.

Dia cuma akan menjadi mak tiri awak.

Awak juga akan mendapat dua orang kakak yang baik sebagai teman.

Tabahkan diri, berhati baik sentiasa.

Selamat datang, semua. Selamat datang!

Dia kurus macam batang penyapu!

Tengoklah rambutnya yang kusut tu!

Awak sungguh baik.

Selamat datang. Gembira bertemu awak.

Cantiknya rambut awak.

- Terima kasih. - Awak patut mendandannya.

Ada betulnya cakap kamu.

- Nak tengok sekeliling rumah? - Apa katanya?

Dia nak bawa kita mengelilingi rumah ladangnya.

- Agaknya dia bangga dengannya. - Mereka ada bela haiwan di sini?

Menawan. Sungguh menawan.

Lucifer.

Bakal emak tirinya seorang perempuan yang berkeinginan dan bercitarasa tinggi.

Dia juga pernah mengenali rasa duka.

Tapi dia pandai menyembunyikannya.

Awak tak pernah beritahu yang anak awak begitu cantik.

Dia mewarisi rupa...

Emaknya.

Begitu.

Apa maksud mak? Apa yang menawan sangat?

Mak cuma tipu. Sekadar nak tunjuk sopan.

Diamlah.

Sudah berapa lama keluarga awak tinggal di sini?

Lebih 200 tahun.

Selama itu, mereka tak terfikir untuk menghiasnya?

Anastasia, diam.

Mereka akan anggap awak betul-betul maksudkan.

Emak tiri Ella, memandangkan dia seorang wanita yang bersemangat,...

...berusaha untuk mengembalikan keceriaan ke dalam rumah itu.

Teruklah awak ni, Baron.

Nasib menyebelahi saya lagi.

Tengoklah siapa yang turut ada partinya sendiri.

Jacqueline, Teddy, Matilda, Gus-Gus yang tamak.

Apa pula...

Ya, apa yang awak cuba nak buat, Lucifer?

Jacqueline tetamu saya, dan memakan tetamu adalah tak dibenarkan.

Pergilah. Ada banyak lagi makanan kucing untuk memuaskan hati awak.

Kaum wanita mesti saling tolong-menolong.

Ayah terlepas parti kita.

Ayah rasa ia sama saja seperti semua parti kita yang lain.

Ayah akan bertolak awal pagi esok, El.

Tidak. Tapi ayah...

Ayah baru pulang.

Perlukah ayah pergi?

Cuma untuk beberapa bulan, sayang.

Apa yang awak nak ayah bawa pulang dari seberang?

Kakak-kakak awak,...

...kakak-kakak tiri awak, telah meminta...

...payung dan kain renda.

Apa yang awak nak?

Bawakan saya ranting pertama yang terkena bahu ayah semasa perjalanan.

Itu permintaan yang pelik.

Tapi, ayah mesti membawanya bersama sepanjang perjalanan,...

...dan kenanglah saya apabila ayah melihatnya.

Apabila ayah membawanya pulang, bermakna ayah ada bersamanya.

Itulah sebenarnya yang saya mahu.

Supaya ayah kembali.

Walau apa jua sekalipun.

Baiklah.

Ella, sepanjang pemergian ayah,...

...layanlah mak tiri awak dengan baik,...

...kakak-kakak tiri awak juga, walaupun mereka...

...kadangkalanya menyusahkan.

- Saya janji. - Terima kasih.

Kenangan ayah akan sentiasa kekal di rumah ini, Ella.

Ingat tu.

Emak awak pun ada di sini, walaupun awak tak nampak.

Dialah jiwa tempat ini.

Sebab itulah kita mesti sentiasa jaga rumah ini untuknya.

Saya rindukan mak.

Ayah pun sama?

Teramat sangat.

Jangan lupa kain renda tu! Saya mesti memilikinya!

Payung saya juga!

Untuk melindungi wajah saya!

Maksudnya kulit muka saya, kalau ayah tak tahu!

More Malay subtitles for Cinderella

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left