Paws of Fury: The Legend of Hank

Paws of Fury: The Legend of Hank

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

Paws of Fury The Legend of Hank 2022 1080p BluRay 1400MB DD5 1 x264-GalaxyRG
تعليق من Qu_Zx
Update dari Sub.Trader BluRay | 1:37:55/56s | Sarmila Edora

الوسوم

other
نشرت في: 2022-10-08
تنزيلات: 51
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Dengan kerjasama mereka yang terlalu ramai untuk dipaparkan…

Dalam dunia yang hanya didiami kucing

Tempat yang kekurangan wira

Di negara yang kejam dan tanpa belas

Muncullah sang wira, samurai menyala

Tatkala bandar dalam bahaya

Penjahat datang tanpa dijemput

Siapa yang muncul? Sang pendatang yang berani dan perkasa

Sang samurai menyala datang selamatkan semua

Dihantar Syogun berbekalkan panah dan sumpit

Nunchacku yang mampu mencucuk mata

Terlatih dalam Bushido Prinsip samurai, dialah pakar aikido

Dialah pahlawan perkasa

Dialah legenda yang mengayun pedang

Penjahat gentar dengan sorakan tempurnya

Menawan kebencian dan tegakkan keadilan

Dia tampil jadi penyelamat

Sanjungan untuk samurai menyala

Dari mana ia muncul?

Jabatan judul.

Tak cukup biru lagi.

Itu salah.

Tak boleh panjat. Mulakan semula.

Awak suka ini?

Tak.

Bagaimana perkembangannya?

Syogun akan melawat seminggu lagi.

Semua tahu dia nak pilih pewaris.

Namun saya tahu, sayalah yang layak.

Saya berbelanja besar untuk jadikan istana ini yang gah di negara ini.

Tikus import untuk dikejar.

Sofa paling elok untuk dicakar.

Item paling berharga di istana ini,

bilik mandi saya yang canggih.

Saksikanlah, masa hadapan!

Saya gelar ia Mangkuk Tandas Super.

Sebab ia sememangnya mangkuk tandas super.

Mengagumkan.

Saya harap Syogun juga sama pendapat.

Cuma tinggal satu masalah kecil.

- Kakamucho? - Tepat sekali.

Apa tuan tanah perlu buat kalau ada penyewa yang sangat dibenci?

Kita usir mereka.

Tapi bandar itu wujud sejak ribuan tahun.

Saya beri awak arahan, awak beri saya fakta. Awak biar betul?

Saya cuma berminat dengan fakta

bahawa bandar itu merosakkan pemandangan indah ini.

Kita kena musnahkannya untuk jadikan istana ini sempurna.

Namun, bagaimana dengan samurai di sana yang melindungi mereka?

Halau saja samurai itu! Kucing-kucing penakut itu akan ikut.

Tapi pastikan mereka tak tahu sayalah dalangnya.

SELAMAT DATANG KE KAKAMUCHO POPULASI 248

NAJIS

Penyamun!

JIKA BERLAKU KECEMASAN ! KOYAKKAN KERTAS

Beri amaran kepada yang lain. Saya panggil samurai.

Kucing asing bahaya!

Kucing asing bahaya!

Kucing asing bahaya!

En. Samurai!

Kucing jahat datang! Kami perlu bantuan awak!

Saya akan tanganinya. Saya tahu apa perlu dibuat.

Samurai, kami datang untuk bunuh awak!

Marilah, penyamun!

BUNGA API

Alamak!

Saya tahu keadaan kita nampak teruk,

tapi kita kena bangkit sendiri dan lawan.

Ini tempat tinggal kita.

Kawasan suci tempat kelahiran anak-anak kita

dan di sinilah kita akan ditemukan dengan nenek moyang kita kelak,

dalam kotak kasut yang ditanam di belakang garaj.

Dr. Katz, nak cakap sesuatu?

Tak, cuma ada bebola bulu.

Kita perlukan samurai.

Kita masih tak jumpa samurai yang dulu. Malah kita tampal poster.

NAMPAK SAMURAI KAMI? DIA AKAN LARI JIKA DIDEKATI

Kita perlukan samurai baharu.

Saya tak mahu jadi samurai!

Tak! Cuba fikir.

Di mana kita dapat samurai dulu?

Samurais "R" Us?

Tak, daripada Syogun!

Apa kata kita minta Syogun beri kita samurai baharu?

Okey, saya ada idea.

Apa kata kita minta Syogun hantar samurai baharu?

ISTANA SYOGUN

Asyik kerja saja. Apa dalam agenda hari ini?

Pergaduhan di sempadan barat.

Demam cakar kucing merebak di kawasan timur.

Apa ini? Negara suci kita dicemari anjing yang melintas sempadan?

Mungkin anjing Border Collie.

Mujurlah dia telah diberkas.

Kalau langgar undang-undang, terimalah akibat.

Bukan hal peribadi, ini hanya urusan perniagaan.

Kucing dulu kata,

"Perniagaan terbaik ialah perniagaan Syogun!"

Saya bawa mesej penting!

Saya bawa mesej penting!

Daripada penduduk Kakamucho!

Jadi, luahkannya.

Pesanan burung penting dari Kakamucho?

"Penyamun menjarah kampung, noktah. Kami perlukan samurai baharu, noktah.

Kezaliman ini perlu dihentikan, noktah."

Okey, beritahu mereka beta akan hantar samurai segera.

Marmalade! Beta nak buat panggilan.

Panggil entah apa namanya.

Ika Chu di talian dua.

Sangat bagus, ya.

Pikachu, apa khabar?

- Pikachu, apa khabar? - Peek-a-boo, apa khabar?

Peek-siapa, Peek-awak…

Koo Koo Roo, Scooby-Doo, Toodle-oo…

Pikachu, apa khabar?

Nama saya Ika Chu, Yang Mulia Penuh Segak.

Saya amat teruja dan berbesar hati kerana tuanku berkenan mencemar duli

untuk upacara buka tirai ciptaan terkini saya.

Saya janji untuk mengagumkan tuanku.

Dengar sini. Saya telefon sebab terima permintaan penting

dari bandar Kakamucho.

Nampaknya penyamun telah menyerang mereka!

Rakyat negara ini tak patut dizalimi, betul?

Tentulah tak boleh, Yang Dipuja.

Beta janji hantar samurai baharu

dan beta nak kamu uruskannya, Nike Shoe.

- Tuanku, saya amat teruja dan bersyukur. - Bagus.

Jangan lupa, beta akan ke sana untuk tengok istana baharu.

Tak sabar tengok kamu mengagumkan beta.

Hei, tunggu sebentar.

Nah, pegang ini.

Tak! Ini akan merosakkan segalanya.

"Hantar samurai baharu ke Kakamucho." Saya baru usir samurai yang lama.

Saya kena ikut titah Syogun,

tapi dengan cara yang memanfaatkan saya.

Ya, itu dia! Saya perlukan rancangan baharu.

Tapi rancangan apa?

Kenapa saya tanya kamu?

Bangun.

Dah tiba masa.

Nah, untuk awak.

Untuk apa?

Itu untuk hukuman mati awak.

Apa? Tapi saya tak buat salah.

Saya tak faham.

Awak masuk ke negara ini secara haram. Anjing tak dibenarkan masuk.

Awak tak tahu? Kucing benci anjing.

Tapi anjing menawan. Kenapa awak benci anjing?

Ayah saya benci anjing. Alasan itu cukup bagus.

Ia tak berdasarkan logik.

- Rasa bagus untuk membenci. - Ya, munasabah.

Penggal kepala banduan nombor satu.

Nombor satu?

GEMBIRA MEMENGGAL ANDA

Nombor satu.

- Saya tak nak. - Apa?

Saya tak nak buat. Saya tak nak naik ke atas.

- Baiklah. Tak perlu naik. - Sungguh? Terima kasih.

Tentulah. Kami bukan kucing gasar.

Pemanah!

Hei! Saya cuba berfikir di sini!

Saya tahu ramai banduan perlu dibunuh, tapi tolong senyap.

- Maaf! - Ya? Terima kasih.

Itu dia.

- Tangkap dia! - Lekas!

Hei, boleh kita bincang?

- Saya tak cakap bahasa anjing. - Tunggu.

- Kita berkomunikasi sekarang. - Tak.

- Awak faham kata-kata saya. - Tak.

Awak tak sepatutnya ke sini, anjing. Ini bukan tempat awak.

Itu pun dia!

Tak guna!

Rancangan…

Apa saya perlukan? Ya!

Saya akan hantar samurai paling teruk dalam dunia.

Dia buat tugas dengan teruk.

Tapi di mana untuk cari samurai yang amat teruk?

Tunggu! Saya cuma ke negara ini untuk belajar jadi samurai.

Tak mungkin anjing boleh jadi samurai.

Tidak sekali-kali! Anjing.

Anjing!

Jangan panah!

- Penyelamatan bagus. - Saya sentiasa sedia membantu.

Hai. Siapa anjing yang bagus?

Ya, siapa anjing yang bagus?

Jadi, awak takkan bunuh saya?

Sebaliknya. Mari bincang apa awak boleh buat untuk saya.

Saya tawarkan untuk jadikan awak samurai baharu di Kakamucho.

- Kakamucho? Apa itu? - Penghalang pemandangan.

Tapi itu tak sepenting awak pada saat bertuah ini.

Awak pasti saya sedia pertahankan seluruh bandar?

Saya patut bermula sebagai samurai gedung beli-belah.

Apa?

Tak.

Masa untuk hantar samurai baharu ke Kakamucho,

supaya awak boleh lekas mati…

bermula segera.

Saya dapat lencana, sijil atau

sesuatu yang nampak rasmi?

Nah. Kini dah rasmi.

Wah, koleh samurai.

More Malay subtitles for Paws of Fury: The Legend of Hank

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left