أول 200 سطر.
Ia berakhir di sini.
Tak adil untuk mati begini.
Sedangkan saya baru saja
mula nak hidup
sebagai Lee Han-young yang sebenar.
EPISOD 1
Majlis Metropolitan Seoul meluluskan
ordinan ke-18 tahun 2025
untuk menghalau semua gelandangan
di jalanan
demi menambah nilai estetik bandar
dan keselamatan awam.
Ordinan yang dikenali
sebagai "Polisi Penyingkiran
Gelandangan Bandar"
membolehkan polis dan pengawal
mengusir mana-mana gelandangan
dari kawasan pusat bandar.
Ia menyebabkan gelandangan sembunyi
di jalan bawah
bangunan terbiar dan pembetung
yang menaikkan kemarahan
organisasi hak asasi manusia
dan gelarnya "penghapusan manusia".
Tiga sekeluarga ditemui mati
di unit separa bawah tanah di Bandar Hanyang.
Bekalan elektrik dan air telah dipotong dari unit itu
dan kotak piza ditemui
yang merupakan sajian terakhir keluarga itu.
Pihak polis membuat spekulasi pasangan yang hidup susah itu
membunuh anak lelaki mereka
sebelum membunuh diri.
Timbunan bil tertunggak dan kertas sekerap
ditemui dalam unit itu
dan langsung tiada wang
dalam akaun bank mereka.
Orang awam sangat terkejut
dengan kisah tragik keluarga itu
yang diakibatkan oleh masalah kewangan.
KOREA TAHUN 2035 TEMPAT ORANG TEKUN BERKEMBANG MAJU
SYARIKAT S SYARIKAT KESUNGGUHAN
SYARIKAT S KEUNGGULAN ISTIMEWA
MAHKAMAH DAERAH PUSAT SEOUL
Syarikat Kimia Gojin mesti mengakui kecederaan di tempat kerja!
- Akuinya! - Akuinya!
Syarikat Kimia Gojin mesti minta maaf kepada negara!
- Minta maaf! - Minta maaf!
Kami menuntut Badan Kehakiman menghukum Syarikat Kimia Gojin!
- Hukum mereka! - Hukum mereka!
Syarikat Kimia Gojin mesti mengakui
kecederaan di tempat kerja!
- Akuinya! - Akuinya!
Syarikat Kimia Gojin mesti minta maaf kepada negara!
- Minta maaf! - Minta maaf!
Nenek tahu dunia ini sukar
tapi mereka tak boleh ubah undang-undang.
Pelanggar undang-undang akan dihukum
dan kos rawatan semua yang terlibat
akan ditanggung sepenuhnya dan diberikan pampasan.
Jadi
nenek nak kamu kuatkan semangat
dan jaga kesihatan kamu.
Faham?
Helo.
Helo, En. Peguam.
- Terima kasih kerana datang. - Helo.
Ini tentu sukar.
Betul. Tolonglah kami.
Kami menuntut Badan Kehakiman menghukum Syarikat Kimia Gojin!
- Hukum mereka! - Hukum mereka!
Syarikat Kimia Gojin mesti mengakui kecederaan di tempat kerja!
- Akuinya! - Akuinya!
Mereka hanya tahu menyalak saja.
Ini bukan kali pertama. Jangan risau.
Hukum Syarikat Kimia Gojin!
- Hukum mereka! - Hukum mereka!
Syarikat Kimia Gojin mesti mengakui kecederaan di tempat kerja!
- Akuinya! - Akuinya!
Anjing tak boleh menyalak di mahkamah.
Syarikat Kimia Gojin mesti minta maaf kepada negara!
- Minta maaf! - Minta maaf!
Singkirkan Syarikat S!
- Singkirkan! - Singkirkan!
Jamin hak kami untuk terus hidup!
- Hak untuk hidup! - Hak untuk hidup!
Singkirkan Syarikat S!
- Singkirkan! - Singkirkan!
Tolong!
Ayah?
HAKIM PENGERUSI LEE HAN-YOUNG
- Sedia? - Ya, tuan.
Ya, tuan.
Semua, sila berdiri.
MAHKAMAH
KETUA HAKIM MAHKAMAH DAERAH PUSAT SEOUL
Halang semua pintu masuk, dari tingkat bawah tanah ke bumbung.
Kalau kita terlepas pandang satu kertas pun
mereka akan serang kita balik.
Habislah kita nanti.
Baik.
Saya tiada masa nak berbual.
Jadi, perempuan gila ini betul-betul nak buat kecoh?
Mereka pasti sedang bersedia.
PENGURUS BESAR KUMPULAN S HAN JEONG-HUN
Mereka dah nak sampai.
Baiklah.
Terima kasih, En. Baek.
En. Han!
Ini tugasan rasmi.
Tolong beri laluan.
Setahu saya, Korea bukan negara anarki.
Apa yang awak buat ini?
Ini waran geledah untuk pejabat pengerusi
dan Pejabat Visi Masa Depan Syarikat S.
Baiklah, kami akan ikut undang-undang.
Pejabat pengerusi di tingkat 52.
Pejabat Visi Masa Depan di tingkat 47.
-Ya, tuan! -Ya, tuan!
MENARA S
Itu pun tak berfungsi?
Macam budak-budak.
Di sini!
Hanya pengerusi saja yang boleh guna.
Alamak.
Saya tiada kuncinya.
Mari berehat dulu.
Bukankah kita akan hadapi masalah kalau terlepas sekeping kertas pun?
Tak apalah.
Awak ada rokok?
Apa?
DILARANG MEROKOK
Bukankah pendakwa itu seorang wanita?
30 MINIT LEPAS
Kita akan mulakan sesi untuk Kes 2035N9722
berkenaan tuntutan kecederaan tempat kerja
terhadap Syarikat Kimia Gojin.
Dua puluh empat pekerja termasuk Plaintif Han Na-yeong
dari Syarikat Kimia Gojin Cawangan Yeoju
didiagnosis dengan leukemia akut dan tumor otak.
Bukan itu saja, sembilan orang telah meninggal dunia.
Semuanya berusia 20-an dan awal 30-an.
Peguam bela.
Ada perkara baru selain apa yang kita dah tahu?
Apa?
Yang Arif.
Semua aliran udara disekat
di stesen kerja Syarikat Kimia Gojin
untuk menghalang bahan kimia toksik.
SONG NA-YEON WARTAWAN UNDANG-UNDANG HARIAN DAEJIN
Pendedahan kepada benzena atau formaldehid
boleh menyebabkan leukemia walaupun sedikit.
Plaintif membuat tuntutan yang berat sebelah.
Ya, kedua-duanya sah.
Peguam bela tertuduh.
Awak minta penilaian keadaan kilang
dan hubung kait dengan diagnosis leukemia pekerja.
Betul?
Ya, Yang Arif.
Saya nak cadangkan
Dr. Kim Seok-hyeon dari Universiti Hanguk
untuk jelaskan.
Saya mahu Firma Guaman Gwangmin ambil kes ini.
Alamak.
Saya rakan kongsi Firma Guaman Haenal.
Saya tahu menantu awak seorang hakim.
Saya juga tahu
Haenal gunakan syarikat palsunya, Gwangmin
dalam semua kes yang melibatkan dia.
Kes ini akan menentukan nasib Syarikat Kimia Gojin.
Ya, bekas hakim hebat
tapi tak sehebat hakim yang masih bertugas.
Syarikat Kimia Gojin.
Mereka syarikat yang agak bertuah.
Kes ini melibatkan sembilan kematian
dan 24 diagnosis leukemia.
Kita bersetuju dengan kemenangan separa untuk plaintif
jadi bayar denda dan tutup kes ini.
Ya, tuan.
Kemenangan separa untuk plaintif?
Ya.
Hukuman yang cukup
untuk tunjukkan usaha Syarikat Kimia Gojin.
Ia akan merosakkan reputasi syarikat
dan keuntungan akan merosot.
Tapi kalau tuntutan plaintif digugurkan
mahkamah yang akan dipersalahkan.
Caj tambahan 300 juta won dalam bentuk bon pembawa.
Awak lebih berani daripada ayah mentua awak.
Buat penghantaran ekspres.
Tapi
awak tak kisah walaupun awak seorang hakim?
Sebab saya hakimlah saya tak kisah.
Ingatkan dia boneka mentuanya.
Tapi sebenarnya, dia ular.
Kalau CEO boleh bunuh pekerja
kenapa hakim tak boleh buat begini?
Menurut eksperimen kajian
bahan kimia toksik yang ditemui di kilang Yeoju
berada dalam julat yang boleh diterima.
PLAINTIF
No comments yet. Be the first to leave one.