San Andreas

San Andreas

Descargar subtítols en Malay

Información d'a versión

San-Andreas-2015-All-BluRayRip-Apiq-Ader
Un comentario de Apiq Ader
This is San Andreas !

Etiquetas

BluRay
Publicau o: 2015-09-25
Descargas: 139
Ta personas con problemas auditivos: No

Anvista previa d'os subtitulos en Malay

As primeras 200 linias.

Lembah San Fernando

16 Batu Utara Los Angeles

Awak mengejutkan saya. Kenapa dengan awak dan Josh?

Tolong!

Saya difahamkan yang kamu sebahagian dari anggota penyelamat Skuadron 58...

...di puncak Bagram, Afghanistan untuk unit mencari dan menyelamat.

- Ya, puan, dua musim. - Dan kamu masih terbang bersama?

Ya, banyak yang kamu tempuhi di sana. Ikatan kekeluargaan kami takkan putus.

- Kita seperti keluarga, kan? - Adalah sedikit.

Jadi, apa perbezaan terbesar antara menyelamat di sana...

...dengan tugas menyelamat di sini?

Tak kena tembakan.

- Awak memang kelakar orangnya. - Ya, begitulah.

Kacak tapi tak bijak

Tuan Gaines?

Saya dimaklumkan bahawa di antara Afghanistan dan Jabatan Bomba Los Angeles,...

...awak telah terlibat dalam lebih 600 kali misi menyelamat.

Itu, sangat mengagumkan.

Cuma melaksanakan tugas, puan.

Pergi ke mana saya diarahkan.

Hebat. Boleh berhenti merakam.

Itu pun dia.

Nampak agak sempit.

Naikkan.

Metro, ini Jabatan Bomba Los Angeles. Helo-5 di lokasi menyelamat di tebing tirus.

Kami sedang merakam.

- Baiklah, Helo-5. - Apa nama perempuan itu?

Natalie.

Metro, hubungkan telefonnya kepada telefon satelit kita.

Helo-5, anda dihubungkan.

Hello?

Natalie, ini Ketua Juruterbang, Raymond Gaines dari Jabatan Bomba Los Angeles.

Saya memandu helikopter di atas awak. Pegangan awak kemas?

Saya tak tahu. Saya rasa tak sedap hati.

Alamak! Kereta ini meluncur.

Natalie, saya nak awak bawa bertenang, sayang.

- Kami akan selamatkan awak, okey? - Okey.

Saya tak nampak laluan nak ke sana.

Kita akan berhuyung.

- Berhuyung? - Ya. Berpegang eratlah.

Kita turun.

15 kaki.

10 kaki.

Lima.

Tenang, Ray.

Baiklah. Awak dapat.

Baiklah. Bawanya masuk, kawan!

Joby, lupakan pengusung. Awak perlu ikat dia pada tubuh awak.

Kereta jatuh, dia akan jatuh sama.

Pintu dibuka.

Cangkukkan.

Kita ada maksimum 5 minit.

- Apa yang berlaku dalam lima minit? - Tiada apa. Cuma kegagalan enjin.

Berita baiknya, saya cuma perlukan 3 minit.

- Syukurlah. - Tidak! Natalie, jangan...

- Alamak! Keluarkan saya dari sini. - Natalie, kekalkan kedudukan awak.

- Saya perlu stabilkan kereta, okey? - Cepatlah, tolong.

Kereta diikat.

Berjaya.

Apa yang berlaku?

Teruk.

Dylan! Alamak. Awak okey?

Joby tersangkut!

Masalah.

Joby, saya turun.

Harrison, awak pandu. Marcus, bagi tali.

- Ambil alih. - Ambil alih.

- Sedia untuk potong. - Baiklah.

Dicangkuk.

Keluar dari pintu.

Ray turun.

Natalie, jangan risau. Saya akan keluarkan awak...

Takkan dapat bertahan lagi!

Ray, kita dalam bahaya! Kita akan terhempas!

Natalie, kita pergi sekarang!

Saya pegang awak.

- Potong! - Joby, hayungkan!

Ya!

- Apa kata kami bawa awak pulang sekarang. - Saya rasa itu idea yang sangat baik.

Institut Teknologi California

Kini, gempa Sendai di Jepun,...

...dijangka menjadi gempa ke-5 terkuat semenjak gempa pada tahun 1900.

Begitu kuat sehingga mengakibatkan pulau utama Jepun berganjak lapan kaki.

Ini hanya salah satu daripada 1.3 juta gempa bumi...

...yang berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Yang terbesar pernah direkodkan adalah di Amerika Utara:

Anchorage, Alaska, 1964. Dengan catatan 9.1.

Bumi berterusan bergegar selama lima minit.

Pembebasan tenaga adalah bersamaan sepuluh juta bom atom...

...sebesar saiz yang digugurkan di Hiroshima.

Dan itu bukan gempa bumi terbesar yang pernah direkodkan.

Tidak, gempa terbesar melanda empat tahun lebih awal di perairan Valdivia di Selatan Chile.

Dengan catatan 9.5 pada skala Richter. Di sana.

Gempa bumi ini berlaku selama 11 minit...

...dan mengakibatkan Tsunami berketinggian 82 kaki di Hilo, Hawaii,...

...lapan ribu batu jauhnya.

Lapan ribu batu jauhnya.

Jadi,...

...tahap kemusnahan seperti ini...

...menunjukkan betapa pentingnya kajian yang kita sedang jalankan,...

...kerana kita perlu berupaya untuk meramal kejadian-kejadian ini. Betul?

Untuk merancang dan bersedia. Ya, puan.

Profesor, awak berpendapat bahawa kejadian dahsyat boleh berlaku di sini?

Kedudukan San Andreas adalah sebagai tulang belakang California.

Ia merupakan garis pemisah antara dua plat tektonik yang sentiasa bergerak.

Dan, ditambah dengan fakta yang ia akan berlaku...

...setiap 150 tahun...

...dan kita sudah pun menjangkaui tempoh 100 tahun.

Masalahnya sekarang bukanlah "jika".

Masalahnya adalah "bila"?

Aduhlah, Godzilla. Apa pula yang awak buat dengannya kali ini?

Bermain tarik tali dengan kereta. Berapa lama sebelum awak boleh baikinya?

Saya akan hubungi Martinez hari ini.

Masih ada lagi helikopter lain yang perlu diselenggara.

Elgin, jalanlah laju lagi, pinggang awak boleh patah.

Harrison cakap awak akan bercuti dengan Blake untuk beberapa hari.

Ya, kami pergi esok. Selepas itu hantarnya ke kolej.

Pasukan bola tamparnya akan ada perlawanan pertama hujung minggu ini,...

...jadi, mungkin kami boleh ke pantai. Berkhemah.

Tak percaya rasanya yang dia pelajar kolej sekarang.

Saya tahu.

Terlalu cepat, kawan.

- Jumpa di dalam. - Baiklah.

Lawrence, saya nak tunjukkan sesuatu kepada awak.

Ya.

Ada gempa bumi peringkat rendah yang jarang muncul di Falco, Nevada.

23 gempa yang kecil, semuanya kecil. 2.0 hingga 2.6 dalam 24 jam terakhir.

Di mana letaknya Falco, Nevada?

35 batu tenggara Vegas, mungkin lima batu dari Empangan Hoover.

Betul.

- Tiada sebarang rekahan di sana. - Tiada sebarang rekahan.

Kalau kita sampai ke sana semasa berlakunya gempa kecil, kita boleh uji teori kita.

Dan jikalau tekanan magnet meningkat sebelum gempa...

- Kita boleh meramalnya. - Kita boleh meramalnya.

Baiklah. Mari kita periksa.

- Hai, ayah. - Hey, sayang.

Agak-agaknya, ada tak ruang untuk basikal saya?

Mungkin saya boleh menunggangnya ke kelas dan tak payahlah nak bayar parkir.

Itu idea bijak. Rasanya ayah boleh cari jalan untuk muatkannya.

Baiklah, bagus. Saya tak jumpa kunci di rumah mak,...

...jadi samada diletak atas laci saya...

...atau atas almari baju dalam kotak merah muda saya.

Okey, tiada masalah. Nanti ayah carikan.

Entahlah kalau awak dah ada rancangan malam ini, tapi ayah nak bawa awak makan malam.

Mungkin boleh bawa mak awak sekali. Tentu seronok.

Terima kasih, ayah. Tapi kami dah ada rancangan dengan Daniel.

Ayah?

- Ayah okey? - Ya, ayah okey.

Semuanya okey. Tiada masalah.

- Okey. Jumpa ayah esok. - Okey.

- Dan jangan lupa kunci basikal. - Ayah takkan lupa. Ayah ingat.

- Bye, ayah. Sayang ayah. - Okey. Sayang awak juga.

Lampiran surat cerai

Empangan Hoover

Clark County, Nevada

Lawrence, menakjubkan. Ini gegaran kecil yang ketiga sejak kita sampai sini.

Dan tekanan megnetik telah meningkat.

- Kita dapat polanya, kawan. - Kadarnya 2.0. Seperti ramalan model kita.

- Kita berjaya mengesannya! Akhirnya! - Ya, kita berjaya.

Alamak.

Apa yang berlaku?

Tekanan meningkat lagi. Tekanan besar.

Awak serius?

- Kim? - Gempa bumi yang kuat akan berlaku.

Meningkat kepada kadar 7.1!

Bahaya, Kim! Keluar dari sana!

Semua orang tinggalkan empangan! Lari! Sekarang!

Semua orang pergi! Cepat!

Berdiri di belakang penghadang!

Cepat, cepat! Berdiri di belakang penghadang!

Kim! Cepat!

Mari sini. Saya bawa awak.

Kim! Cepat!

Lawrence!

- Kim! - Tidak, tidak!

Tutup mata awak.

Awak okey?

Gempa besar, Nevada. Segera bertugas

Bahagian Selatan Nevada digemparkan hari ini...

...dengan apa yang dinyatakan oleh pakar seismologi sebagai...

...gempa bumi paling dahsyat pernah dilaporkan di kawasan itu.

Laporan rasmi mengatakan bahawa Empangan Hoover telah lenyap sepenuhnya.

Bandar Lake Havasu, Needle, Blythe dan Laughlin turut mengalami kerosakan besar.

Bantuan tambahan dari Los Angeles...

...termasuklah Unit Udara Jabatan Bomba Los Angeles...

...dijangka akan tiba dalam tempoh 24 jam.

- Hai, ayah. - Hey, sayang.

- Kami baru tengok berita. - Ayah tahu.

Maafkan ayah. Kami terpaksa bertolak esok.

- Saya faham. Gempa yang teruk, ayah. - Ya, memang teruk.

- Hey, Em. - Hey.

- Gembira jumpa awak. - Samalah.

- Daniel. - Ray. Gembira dapat jumpa awak akhirnya.

Gembira juga dapat jumpa awak. Rumah yang cantik.

- Terima kasih. - Sama-sama.

Jadi, ayah terpaksa bertolak ke Nevada esok.

Memang dahsyat apa yang berlaku. Hati-hatilah di sana, okey?

Ya, baiklah. Dan janji yang ayah akan tebus semula, sayang.

Tiada masalah pun, ayah. Bukannya teruk pun memandu seorang diri.

Nanti. Macam mana kalau saya yang bawa awak ke sana?

More Malay subtitles for San Andreas

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left