As primeras 200 linias.
Sarikata Oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew -
Saya hanya hidangkan segelas teh sajakah? Saya janji akan carikan pelanggan.
Berikan saya satu saja peluang.
Tengoklah dulu.
Kenapa tak pasti pula? Berilah jawapan yang positif.
Pelik betul! Aku dapat mesej kosong.
Dia ni siapa?
Hantar mesej kosong macam budak lelaki selalu buat pada anak gadis.
Hello, Nagaraj. - Selamat pagi, Sekar.
Siapa pemuda ini? - Dialah Gurumurthy yang aku ceritakan.
Jurutera Perisian?
Saya tahu Java, Icat juga.
Adik, ijazah kau lebih penting dari kemahiran bercakap.
Duduk dulu.
Dengar sini, aku perlukan bantuan dari kau.
Aku mahu semua wang haram yang aku sembunyikan di tukar kepada wang yang sah.
Apa yang kau perlu buat sekarang ialah..
.. kau buka akaun bank baru.
Petang Jumaat ini..
.. kau beri alasan yang kau dah jual perisian di Amerika...
.. dan 5 juta akan di depositkan di dalam akaun bank kau.
Alasannya senang, ianya perisian, ia tidak akan buat mendatangkan syak.
Harga terpulang seperti yang kita nyatakan.
Selepas dua minggu, keluarkan 4.5 juta dari akaun kau.
Pindahkannya ke dalam akaun yang aku akan maklumkan pada kau nanti.
Baki setengah juta lagi adalah milik kau.
Kau tak perlu pulangkannya.
Tapi sebaik saja kau nampak duit sebanyak itu, kau tak boleh berubah hati.
Kau faham tak?
Kau boleh impikan apa saja, tapi jangan sesekali inginkan bulan!
Jaga isteri dan anak kau.
Bawa dia keluar.
Okey, Sekar. Mari pergi.
Itik sedang menuju ke arah bayi.
Itik itu memagut bayi..
Dalam masa 5 minit selepas duit di masukkan dia dah ambil semua 5 juta itu.
Mana duit tu?
Aku bersumpah, aku tak tahu.
Kau tak tahu?
Aku akan berikan kau masa hingga 9 malam.
Jika aku tak dapat semula duit yang hilang itu..
.. lupakan yang kau pernah ada anak dan isteri.
9.00 malam.
Dengar, Guru.
Sama ada kau menipu atau pun kau yang ditipu..
.. aku tak tahu.
Jika kau tak pulangkan duit itu semula, kau boleh tengok mayat anak dan isteri kau.
Apa yang berlaku? Abang berpeluh-peluh.
Lif tidak berfungsi.
Abang nak makan sekarangkah?
Saya masakkan cutni tomato kegemaran abang.
Aku akan berikan kau masa sehingga 9 malam.
Jaga isteri dan anak kau.
Tirai Besi
Hanya dengan penggunakan aplikasi..
.. tanpa pengetahuan kamu semua..
.. dengan menggunakan kamera kamu sendiri, banyak perkara yang dirakamkan!
Bukankah itu teman wanita Chandru?
Ya, dia sedang buka baju.
Dalam dunia digital hari ini..
.. tiada tempat untuk perkataan "privasi".
Semua aktiviti harian kita telah direkodkan.
Semalam, laman facebook saya banyak pautan di Goa.
Macam mana kenalan facebook saya tahu apa yang saya bualkan di whatsapp?
Puan, saya nak datang ke tempat puan.
Nak saya datang ke mana?
Saya dah kongsikan lokasi saya di whatsapp.
Tragedi B'luru : Wanita dilanggar oleh pemandu OLA
Keberadaan saya dengan mudah dikesan dengan GPS di telefon pintar saya.
Kamu tahu berapa ramai yang ada nombor telefon kamu?
Mungkin lebih kurang 300 orang.
Nombor kamu telah disimpan oleh 3 juta orang tanpa pengetahuan kamu.
Serius ke ni?
Virus "Android Banker" telah menyerang..
.. 232 perisian bank seperti di dalam senarai.
ATM kad ada 16 digit sebagai nombor siri.
Jika awak hantar nombor itu, maka kad awak akan diperbaharui.
Hari ini jika awak bayar Rs500..
.. awak boleh dapatkan 10,000 butiran kad Aadhar.
India mempunyai 300 juta pengguna internet dan jumlahnya dijangka meningkat.
Dan permintaan sebagai penggodam semakin berkembang.
Hello. Awak ada margarita koktel?
Saya tertanya-tanya dia dari mana?
Maafkan saya. Awak ada pemetik api?
Untuk nyalakan api.
Api..? Saya..?
Apakhabar?
Saya Kathiravan - Tak guna betul!
Maksudnya matahari.
- Maria Ignatius - Gembira jumpa awak.
Ianya satu kesalahan melihat gadis secantik awak menunggu minuman di bar saya.
Pradeep!
- Bar awak? - Sudah tentu.
Awak nampak tak tu? Dia pakcik saya.
Dia seorang lagenda.
Tengoklah dia!
Awak dari mana?
Barcelona, Sepanyol.
Espana? Saya boleh berbahasa Sepanyol sedikit.
Mari kita berbual dalam bahasa tamil.
Itu lebih menyenangkan!
Tapi tidak bagi aku.
Nak aku pergi sekarang? Lebih mudah untuk kau berdua.
Saya ke situ.
Maria, saya selalu ingin pergi ke Sepanyol. Saya sukakan wanita Sepanyol.
Pergilah, perempuan kulit putih!
Dengar, kita akan minum malam ini dan makan sepuasnya.
Kerana kita akan berada di kantin tentera ini selama setahun lagi.
Kenapa kau terdesak sangat?
Setiap Khamis kita akan dapat bekalan arak.
Tak nampakkah dalam bar ini? Ada ramai orang 'asing'?
Jangan gelar perempuan begitulah!
Mereka ke sini sebagai pelancong. Tunjuklah rasa hormat sikit.
Tengoklah lelaki di sana tu. Dia memalukan negara kita!
Lelaki berkemeja bunga-bunga tu? - Ya, dialah.
Kita berdua akan ke Barcelona.
Apa kata kita kahwin di gereja.
Patut tak kita kahwin?
Lebih dari itu, kita ikut adat budaya awak..
.. berkahwin di kuil pengawal Muniswaran.
Jika kita kahwin dan menetap di Myalpore, tentu lebih menyeronokkan.
Di Mylapore? - Ya. Mylapore.
Seronok?
Kau tentu dah gila!
Bodoh betul aku! - Gila?
Kau yang nak tinggal di sini, dan aku yang kena bayar bil?
Hey, cajkan bil saya pada dia. Awak tinggal sajalah di Mylapore!
- Saya Gnyanavel - Biarlah!
Tolonglah duduk. Saya hanya perlukan dua minit saja.
Walau pun kau dah rampas dia di depan mata aku..
.. kenapa kau tinggalkan perempuan yang sebegitu cantik?
Encik Gnyanavel, aku tak goda dia hanya kerana dia cantik dan berkulit cerah.
Dia orang luar.
Kau nak tinggal di luar negara?
Bukan sekadar keinginan. Itulah matlamat hidup aku.
Kau sangat berkeinginan untuk berada di luar negarakah?
Aku tak suka tinggal di sini.
Hanya populasi saja "Buatan dari India" tapi yang lain "Buatan Luar Negara".
Orang disini hanya nak melancong ke luar negara.
Tapi aku nak tinggal di luar negara seumur hidup aku.
Ini adalah cita-cita yang sebenar.
Itu minuman... Tak mengapa.
- Kau dah berkahwin? - Belum lagi.
Jadi dia gadis yang sesuai untuk kau. Semoga berjaya.
Terima kasih, saudara!
Biar aku sambung perbualan.
Maria, saya tinggal di Myalpore!
Maafkan saya. Boleh kita mulakan dari awal.
Saya Gnanavel.
Kenapa nama saya buat semua perempuan melarikan diri?
Nanti perempuan tu ingat semua lelaki india kasanova!
Mereka mesti kawan rapat.
Janganlah marahkan saya.
Minum.. minum.
Hey dia dah melampaui batas.
Hai, apakhabar?
Saya Kathiravan, maksudnya matahari.
DUDUK!
Awak dari Sepanyol, Argentina.. Awak daripada mana?
Baiklah, biar dia kacau seorang lagi gadis.
Saya akan uruskan dia, okey?
Pastikah..? - Pasti, saya akan tanya dia.
Saya Kathiravan, maksudnya matahari.
Ini bar saya. Apa nama awak? - Hai, Natalia.
Hai Natalia.
Kita berdua patut kahwin dan hidup bersama.
Kau tahu tak yang kau bercakap dengan seorang askar?
Dari Hotel Tentera Velu?
Berani kau sindir aku!
Awak tolonglah duduk.
Bangun.
Hey, kenapa kau buat macam ni?
Aku dah berjaya yakinkan dia.
Pukul dia.
Dia masih kejarkan perempuan itu.
Apa masalah kau?
Tumbuk dia.
Jika kau dekat dengan perempuan warga asing lagi..
Tetamu kita umpama tuhan.
Dia mabukkah? Kenapa dia duduk di sini?
Kathir...?
Anak saudara.
Apa yang berlaku pada kau?
Teruk dia belasah kau.
Jangan menjerit.
Kau selalu cakap nak pergi keluar negara.
Sibuk dengan gadis luar negara.
Pakcik, aku tak boleh duduk di sini dan hidup macam pakcik.
Jadi aku tak ada pilihan lain selain jatuh cinta dengan gadis luar negara.
Aku tahu sukar untuk jatuh cinta dengan gadis tempatan.
Tapi berkahwin dengan mereka lebih senang.
Mudah jatuh cinta dengan gadis luar negara.
Tapi berkahwin dengan mereka adalah tugas sukar.
Aku akan berkahwin dengan Amy Jackson dan berikan pakcik dan ayah kejutan.
Kau mesti kelihatan seperti Michael Jackson.
Kau selalu naik angin. Sebab itulah mereka tumbuk muka kau!
Ayah kau telefon. Jawablah.
Mengacau saja. Cakaplah.
Dengar sini.
Adik awak Selvi kemalangan. Kakinya cedera.
No comments yet. Be the first to leave one.