Billy Lynn's Long Halftime Walk

Billy Lynn's Long Halftime Walk

Descargar subtítols en Malay

Información d'a versión

Billy-Lynn's-Long-Halftime-Walk (2016) All-BluRayRip-By-MSC
Un comentario de Black Cape
Presenting Billy Lynn's Long Halftime Walk! Dilarang resync sesuka hati kecuali team kami. Sokonglah kami dengan klik link ini : http://lynk.my/OSks -Malaysia Subbers Crew-

Etiquetas

BluRay
Publicau o: 2017-02-13
Descargas: 49
Ta personas con problemas auditivos: No

Anvista previa d'os subtitulos en Malay

As primeras 200 linias.

Sarikata Oleh: badh182 & BlackCape -Malaysia Subbers Crew-

Bertahan, Sarjan!

Kewiraan Amerika ada wajah baru hari ini.

Walaupun teruk dibedil musuh,..

... seorang infantri muda bergegas membantu sarjannya yang cedera.

Imej yang kini terkenal dirakam...

...oleh kamera tinggalan wartawan.

...sewaktu diserang hendap anti-pakatan di Al-Ansakar, Wilayah Diyala, Iraq.

Pakar Willian Lynn, 19 tahun dianugerahkan Bintang Perak.

Dia dan skuad Bravo seramai 8 anggota telah...

...2 minggu lalu membuat kunjungan ke seluruh negara...

...menerima penghargaan negara.

Kunjungan mereka akan berakhir di Dallas, di mana mereka akan tampil...

...dalam waktu separuh masa hari Khamis bersama 'Destiny's Child'.

Hari Kesyukuran, 2004

Hello?

Billy. Kepala awak dah okey?

- Apa? - Tidur yang nyenyak?

Penari semalam memang tergilakan awak.

Awak cakap apa ni?

Ingat tak persembahan separuh masa yang kita buat?

- Tak guna! - Bersama Destiny's Child?

Kenapa kau tak sertai, bodoh?

Inilah sebab kenapa orang sukakan kisah ini.

Mereka berikan kita harapan, dan alasan untuk tidak berputus asa.

Ya.

Lewat 6 minit 40 saat. Awak tak boleh diharap, Lynn?

Tidak, Sarjan. Cuma bermimpi tentang...

...ketua pasukan penyorak.

Bagus.

Bravo ialah kisah positif untuk Amerika.

Bila kali terakhir awak rasa positif tentang itu?

Dia suka saya, dia membuatnya secara percuma.

Sykes, awak merepek. Kita semua mabuk semalam.

Saya tak boleh ingat apa-apa, begitu juga awak.

Saya tahu saya dapat tarian percuma.

Kami pun. Penari bogel pun sayang negara.

Kami ada keserasian emosi. - Itu kerjanya. Mereka patut...

...membuat anda rasa yang mereka suka awak.

Pelayan, pelakon, penari, pelacur.

Jangan bercakap merepek, kita berada di depan orang awam.

Dengar sini, semua. Sekarang, dengan rahmat Tuhan...

...dalam media, kita wajah ketenteraan Amerika.

Kamu perlu bertindak wajar. Faham?

Kita akan nampak dungu. - Ya, kita cuma diperagakan...

...untuk kamera, Sarjan. - Itu cuma kemunculan tempatan.

Pada waktu separuh masa, kita akan membuat persembahan...

...di televisyen kebangsaan di hadapan 40 juta penonton.

Kalau teruk, kita salahkan bahagian risikan.

Kata-kata berinspirasi, Sarjan. - Mereka bukan angkatan elit.

Mereka sekumpulan anak muda dihumban ke dalam kancah...

...peperangan yang tidak popular.

Mereka menjalin ikatan persaudaraan dan kasih sayang.

Ia tak boleh direka-reka.

Kamu pasukan Bravo? - Apa yang mendedahkan kami?

Sarjan David Dime. Ini anggota skuad kedua...

...dikenali media sebagai Bravo. - Saya Josh, pengantara pasukan.

Kalau kamu memerlukan apa-apa, beritahu saya...

...saya akan menguruskannya.

Sykes memerlukan maruahnya semula.

Ini Albert Brown, penerbit hebat.

Angkatan Tentera mengaturkan kerjasama kami. Pernah tonton...

...filem Fright Night? - Tidak.

Awak rugi.

Dia akan mengikut kami hari ini. - Semua orang dah ada di sini?

Ya. - Mana Mejar Mac?

Penyelaras hal ehwal awam kami. - Dia dah ada di sini, Sarjan.

Mejar McLaurin, saya Josh, saya akan menjaga awak.

Dia tak boleh dengar awak. Mejar McLaurin kena letupan...

...pada hari pertama bertugas oleh bahan letupan yang telah...

...diubahsuai. 2 kali, dia kehilangan pendengaran.

Maafkan saya!

Itu kenderaan kamu ke stadium, ihsan En. Oglesby. Silakan.

Norm Oglesby menghantarnya? - Siapa Norm Oglesby?

Beginilah. Seteguk saja, Sarjan.

Tidak! Belum cukup lagi?

"Sunyi sepi di kawasan desa ini...

...kecuali isyarat radio.

Pernah anda memandang mata orang mati?

Ada sesiapa hidup mencari pemaafan di masa akan datang."

Saya tak begitu suka sajak tapi ini salah satu kegemaran...

...Sarjan Breem atau Shroom.

Saya ingat dia berjalan sekitar perimeter kem induk...

...melafazkan sajak begini dengan kuat.

"Cuma berkongsi kebijaksanaan," katanya apabila saya...

...menyuruhnya diam.

Mungkin Shroom betul tapi secara peribadi...

...saya yakin dia menggunakan suaranya untuk pemberontak...

...membedil kami dengan meriam mereka kerana...

...begitulah Shroom, selalu memikirkan orang lain.

Prebet Beckwith! - Sini, Sarjan!

Sarjan Holliday! - Sini, Sarjan!

Pakar Koch! - Sini, Sarjan!

Pakar Yang! - Sini, Sarjan!

Pakar Lynn! - Sini, Sarjan!

Prebet Sykes! - Sini, Sarjan!

Pakar Montoya! - Sini, Sarjan!

Staf Sarjan Breem!

Staf Sarjan Virgil Breem!

Staf Sarjan Virgil Jeremiah Breem!

Pengawal Kehormatan, sedia!

Sedia, sasar, tembak!

Sedia, sasar, tembak!

Mak Cik Marie tak kenal awak di televisyen, awak...

...dah besar. Apa dijamu angkatan tentera pada awak?

Kami lazimnya memesan Domino's.

Lebih mudah daripada memasak. - Ia tak mungkin ada di sana.

Dapat keju tambahan percuma dengan setiap pingat?

Semua orang di pekan bertanya tentang awak.

Kami ibarat selebriti. Semua jiran berbangga...

...dan berbesar hati pada awak.

Billy, awak bukan bertugas, awak berada di rumah, jadi...

...simpan barang awak. - Baik, puan.

Tolong mak turunkan pinggan kaserol.

Mak memasak kegemaran awak, ayam tetrazzini kecuali mak...

...menggantikannya dengan ayam belanda memandangkan...

...awak tiada di sini untuk Hari Kesyukuran.

Ayam belanda pun bagus kan? - Ayam belanda pun cukup bagus.

Mak memenuhkan peti ais dengan Coke, Dr. Pepper...

...teh manis, semua kegemaran awak.

Atau kita boleh menyelinap keluar dan minum bir.

Kathryn. - Kathryn, jangan kacau adik awak.

Tukar pakaian. Awak pakai itu ke meja makan, kakak akan...

...memakai gaun majlis tari. - Menarik.

Hai, anak muda. Apa khabar?

Awak dah besar dan kuat macam ayah awak?

Mana Pete? - Dia bekerja 2 syif.

Dia kirim salam.

Kami berdoa untuk awak.

Kami semua berbangga dengan awak.

Dia juga dengan caranya tersendiri.

Ayah.

Tak boleh minum pada hari perlawanan?

Saya pun seronok.

Cakap dengan klien awak, saya akan menguruskan bahagian saya.

Okey, selamat tinggal. Hei, berita baik!

Dengar sini. - Ada bintang besar berminat.

Matt Damon? - Bukan.

DiCaprio? - Bukan.

Matt Damon? - Saya baru sebut Matt Damon.

Mungkin bukan nama yang terus kamu terfikir tapi dengar dulu.

Baiklah. - Hillary Swank.

Apa? - Dia memenangi Oscar membawa...

...watak lelaki dalam Boys Don't Cry .

Dia membawa watak gadis berpura-pura menjadi lelaki.

Saya kenal dia. Kenapa dia berminat dengan kita?

Dia nak membawa wataknya.

Saya tahu ini bukan pilihan ideal tapi kalau dia itu...

...bintang lain mendengar tentangnya dan mula bertanya...

...tiba-tiba Mark Wahlberg berminat.

Dirk Diggler. - Ya.

Dia membawa wataknya sebagai gadis atau gadis berlagak macam lelaki?

Kalau Hillary Swank itu, filem ini akan dihasilkan...

...bermakna kamu akan menerima bayaran.

Berapa? - Kalau dapat bintang besar...

...saya anggar tapi tak berjanji, mungkin 100 ribu setiap seorang.

Banyak perlu dibuat sebelum kamu menerima bayaran.

100 ribu wang yang banyak. Ada idea bijak cara untuk...

...membelanjakannya? - Mungkin saya akan...

...membayar bil perubatan kakak saya.

Bagus, keluarga diutamakan. Saya nak membeli kereta baru...

...untuk mak saya. - Siapa peduli keluarga?

Saya nak membeli Sauer 202 terbaik untuk diri sendiri...

...alat pancing vintaj, menghabiskan 3 tahun...

...berikutnya di Montana cuma memburu dan memancing.

Apa halnya, Sykes? - Duduk.

Semuanya baik di belakang? - Ya, kami baik.

Josh, menarik rambut awak. - Kemas dan pendek. Siapa...

...jurugaya awak? - Josh, apa boleh...

...awak beritahu kami tentang acara 'separuh masa'?

Bila Beyonce boleh menari untuk saya?

Awak kenal Norm secara peribadi? - Diam.

Saya cuma nak tahu apa kami dijangka buat?

Belum ada butiran tapi mengenali En. Oglesby...

...ia pasti meriah. - Ada Advil dalam Hummer ini?

Tidak. Maaf tapi saya akan memastikan awak mendapatnya...

...sebaik kita sampai.

Billy, bagaimana kalau awak tak kembali?

Ada berpuluh cara awak boleh dihantar ke rumah...

...atau sekurang-kurang tidak bertugas.

Awak wira, Billy. Awak sudah mengambil bahagian.

Larry, mereka akan dihantar keluar lagi 2 hari, sukar...

...nak dapat mereka lagi selepas itu, kecuali...

...peguam awak nak masuk medan perang menggunakan payung terjun.

Mari membuatnya.

Sykes, berhenti di sini.

Selamat pagi. - Hai.

Ini baru terjatuh daripada lori?

Ia dibawa budak tapi dia tak tahu sumbernya.

Encik!

Helo, nak filem popular? - Apa yang ada?

Helo, encik. - Mereka ada Finding Nemo.

Berapa harganya? - Sykes!

Bukankah awak terlalu tua untuk itu?

Bukan, Sarjan. Ia untuk anak saya.

Kehidupan waktu perang.

Tempat duduk kamu di sini, ia baris terbaik, seksyen...

...yang ditempah En. Oglesby.

Kalau nak apa-apa, beritahu saya.

Bertenang atau kamu berdua akan disuruh berlari pusing stadium.

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left