As primeras 200 linias.
Sarikata Oleh : Black Cape -Malaysia Subbers Crew-
Ini ujian automatik talian telefon digital anda.
Maaf kerana mengganggu.
Charlie. Victor. Whiskey.
Kosong. - Edward.
X. - Lincoln.
Ida. - Alpha.
Frank. - Alpha.
Mak dah bangun.
Selamat pagi, sayang.
Kamu tidur semalam?
Tak secukupnya.
Kesian. - Mak dah sedia?
Mak rasa bagaimana?
Rasa kejang sikit.
Pelan-pelan, saya nak bancuh teh.
Picit lengan puan.
Bagus.
Helo. - Awak lambat.
Awak terburu-buru?
Selalu. Saya sibuk orangnya.
Jumpa nanti, sayang.
Saya akan pulang pukul 10 malam. - Okey.
Helo, Leni. - Helo, sayang.
Malam ini, awak kebanggaan Rusia.
Saya perkenalkan anak saudara saya, Dominika Egorova.
Dan Dmitri Ustinov, peminat seni ini.
Kalau awak nak apa-apa, minta saja.
Boleh kita bergambar?
Ya.
Orang Amerika!
Orang Amerika! Jangan tembak!
Orang Amerika!
Orang Amerika! - Melutut!
Ada sebarang berita?
Setahu kami, dia dapat larikan diri.
Mereka tentu ada di apartmen awak. Ada apa-apa mencurigakan?
Tentulah tidak.
Awak akan terbang ke Washington D.C pagi esok.
Agak rumit sikit, tapi awak akan terselamat.
Tiada sesiapa terbunuh...
...tapi Washington ada persoalan.
Jadi, kenapa awak resah?
Saya melindungi aset saya.
Lihat apa terjadi? - Dia lepaskan diri, kan?
Awak patut dengar cakap saya.
Mereka di taman itu...
...khabar anginnya mereka polis mencari pengedar Chechen...
...atau aktiviti maksiat di dalam semak.
Mereka bukan memburu Marble. Mereka cuma bernasib baik.
Mungkin mereka akan soal awak dan lepaskan awak.
Tapi saya pasti mereka tengah cari dia sekarang
Mereka sedang menunggu awak, Timbalan Pengarah.
Terima kasih.
Berita mengejutkan mengenai anak saudara awak.
Saya percaya dia tengah dirawat.
Dia sedang dibedah sekarang.
Tapi prognosis kakinya agak tidak bagus.
Saya tumpang berduka. Nak minum?
Terpulang. Nak sambut apa?
Ada eloknya awak minum.
Ada kejadian berlaku di Gorky Park semalam.
Ejen perisik narkotik terserempak apa yang mereka duga...
...urusan penjualan dadah sedang berjalan.
Apabila mereka cuba soal lelaki itu...
...seorang lelaki lain melepaskan tembakan.
Mencuba untuk mengalihkan perhatian.
Kami tahu namanya ialah Nate Nash.
Secara rasmi beliau seorang kaunselor komersial, tapi dia ejen CIA.
Dia tinggalkan negara ini pagi tadi dengan pasport diplomatik.
Namun, orang yang berjumpa dia...
...tak panik, tak lari.
Dia berjalan dengan selamba saja.
Persoalannya:
Siapa dia?
TIGA BULAN KEMUDIAN
Pakcik Vanya kamu datang melawat OKU.
Kamu nampak sihat.
Doktor kata sebulan baru kamu boleh jalan balik.
Doktor tak tahu segalanya.
Betul.
Saya nak bancuh teh.
Biar pakcik bantu.
Syukur abang pakcik tak ada di sini tengok apa si bodoh itu lakukan pada kamu.
Pasti hatinya musnah.
Ia satu kemalangan.
Kamu merokok?
Ada bau pada badan kamu.
Kenapa tak?
Ura-ura kata mereka dah ada pengganti kamu di syarikat itu.
Gadis bernama Sonya.
Khabarnya dia bagus.
Tak sebagus kamu, tapi dia boleh belajar.
Kamu dah baca ulasan dia?
Setanding dengan kamu.
Pakcik kemari untuk memohon simpati?
Pakcik datang nak bantu.
Apartmen ini dimiliki oleh Bolshol, kan?
Berapa lama lagi mereka akan biar kamu duduk...
...sedangkan kamu bukan penari mereka lagi?
3 bulan? 6 bulan? Itu pun kalau mereka bagi muka.
Macam mana pula dengan kos perubatan mak kamu?
Mereka yang tanggung, kan? - Ya.
Dia tahu tak?
Dia tak bodoh lagi.
Tentulah tidak.
Pakcik tahu pakcik jarang datang sejak abang pakcik mati.
Tapi pakcik di sini sekarang.
Dan pakcik nak tolong kamu.
Jumpa pakcik apabila kamu dah bersedia. Boleh?
Pakcik ada sesuatu untuk kamu.
Tahu tak, Dominika?
Kemalangan tak berlaku.
Kita menentukan takdir sendiri.
Sonya?
Helo.
Apa khabar?
Apa hal?
Saya takut.
Saya melawat dia hospital.
Cara dia pandang saya, dia tahu.
Dia tak tahu.
Apa yang kita lakukan ini berdosa.
Dialah anak emas mereka.
Tiada sesiapa diberi peluang. Awak rasa itu adil tak?
Tidakkah itu berdosa?
Bagus! Saya rasa cukuplah untuk malam ini.
Berehatlah.
Tiga minit lagi awak datang.
Ada kemalangan berlaku di Teater Bolshoi.
Bilik loker wanita. Tolong segera.
Leni?
Mak?
Mak?
Apa berlaku?
Tiada sesiapa di sini.
Mana Leni?
Bolshoi cakap mereka tak boleh bayar gajinya lagi.
Saya akan jaga mak.
Saya akan jaga mak mulai sekarang.
Kenapa tak masuk pejabat pakcik?
Sejuk kat luar ini.
Belum lagi.
Kamu patahkan rahangnya.
Kamu jenis yang panas baran, kan?
Pakcik kata pakcik boleh bantu kami?
Jika kamu bantu pakcik.
Jadi pakcik nak saya buat apa?
Jabatan Sekuriti Negara ingin tahu lebih lanjut pasal Dimitri Ustinov.
Kamu jumpa dia di Bolshoi. Ingat tak?
Dia sukakan kamu.
Burung patah sayap yang dia boleh tolong.
Sesuatu yang egonya tak boleh tolak.
Bila kaki kamu sembuh dalam beberapa minggu...
...pakcik nak kamu kenal dia.
Rapat dengan dia. Raih kepercayaannya.
Macam mana saya nak raih kepercayaan dia?
Kamu terkenal dengan persembahan kamu, Dominika.
Carilah orang lain.
Kamu pernah tengok hospis kerajaan?
Tikus di ruang koridor, pesakit bergelumang najis?
Kalau kamu lakukan ini, Dominika...
...pakcik akan pastikan mak kamu dirawat oleh doktor.
Dan pakcik akan pastikan kamu boleh terus tinggal di apartmen kamu.
Tapi dengan syarat, kamu berguna kepada negara.
Cuma semalaman, itu saja pakcik nak.
Lakukanlah demi emak kamu, Dominika.
Dia makan malam di Hotel Andarja setiap Jumaat pukul 9 malam.
Sebuah kereta akan tiba di apartmen kamu untuk bawa kamu ke hotel.
Jangan bawa apa-apa bersama kamu.
Kamu akan sediakan sebuah bilik dan aturkan pakaian kamu.
Tunjukkan penampilan yang menawan.
Dan gayakan rambut kamu umpama malam di Bolshoi.
Dan biar dia nampak kamu. Duduk di bar.
Dia selalu duduk di meja yang sama, menghadap restoran itu.
Kamu akan dilihat sebagai jenis wanita yang pergi ke sana.
Pakcik pasti, dia akan mula berbual.
Dan buat apa saja dia minta.
Dan bila dia leka, kamu gantikan telefonnya dengan telefon salinan.
Pakcik akan pastikan kamu selamat.
Tolong bagi segelas champagne. - Baiklah.
Dominika Egorova.
Tak diduga. Boleh saya duduk?
Saya tengah menunggu kawan.
Biar saya temankan awak sambil menunggu.
Silakan.
Saya bersedih terhadap kejadian menimpa awak.
Nasib saya agak malang.
Jangan percayakan begitu.
Ayah saya minum sampai mati pada usia 43 tahun...
...dan tinggalkan kami dalam keadaan susah.
Kini, saya boleh beli tempat ini.
Apa itu nasib?
Awak ingat sesiapa saja dalam situasi saya boleh buat hal yang sama?
Saya tak percayakan nasib.
Samalah juga tujuan awak ke sini.
Awak tak tunggu kawan, kan?
Beritahu sebab sebenar awak ke sini.
Saya datang nak jumpa awak.
Dan awak nak apa?
No comments yet. Be the first to leave one.