Let's Be Friends! (Mujhse Dosti Karoge!)

Let's Be Friends! (Mujhse Dosti Karoge!)

मुझसे दोस्ती करोगे!

Descargar subtítols en Malay

Información d'a versión

Let's Be Friends! (Mujhse Dosti Karoge!) Blu-ray
Un comentario de Cocobutter

Etiquetas

Blu-ray
blu-ray
Blu-Ray
Publicau o: 2019-04-07
Descargas: 119
Ta personas con problemas auditivos: No

Anvista previa d'os subtitulos en Malay

As primeras 200 linias.

Bagaimana dengan saya, isteri kesayanganku? - Sudahlah - Betul tu, kawan..

Saya masih tak faham, kenapa kamu perlu ke London

Kenapa anak keluarga terkaya di Shimla..?

Dia bukan pergi kerana duit. - Jadi kenapa?

Kamu pernah nampak wanita British? - Lupakan tentang wanita kulit putih

Bukan kerana duit, ini kerana dot com

Satu hari, teknologi komputer akan menjadi industri besar

Dan idea saya akan berjaya di sana. Jika tidak kenapa saya nak pergi dari sini?

Kamu akan lupakan kami bila tiba di sana? - Kenapa kamu cakap begitu, Mr Khanna?

Kita boleh lupakan persahabatan inikah?

Kamu dengar tu Tina? Jika persahabatan ibu bapa kita tak akan berakhir..

bagaimana hubungan kita akan tamat? - Persahabatan kita tak akan berakhir Raj!

Tina, kamu akan menulis pada saya kan? - Ya ya saya akan tulis..

Saya akan emailkan pada kamu selalu - Tapi saya tak ada komputer

Oh sudah tentu! Kamu tak ada komputer!

Tapi saya ada... - Bagus!

Saya akan hantar email pada Pooja

Pooja, kamu selalu bantu saya. Kamu memang kawan yang baik

Raj, marilah.. keretapi dah nak berlepas

Ke hadapan Tina, London adalah bandar yang sangat besar

Bangunan yang tinggi dan Big Ben lebih besar dari menara jam Shimla

Kami tinggal di Hampstead. Hanya kami keluarga india di sini

Selainnya hanya orang British

Perkara yang seronok di sekolah sini, kamu tak perlu pakai baju seragam..

semua seakan-akan keluar dari komik Archie.. London ialah..

saya bosan

Bandar yang cantik dan besar!

Tapi saya rindukan tanahair. India dan kamu!

Saya tunggu balasan dari kamu. Tulislah selalu. Sayang, Raj

Raj sudah semakin membosankan!

Tuhan! Perlukah saya duduk dan membalas emailnya sekarang? Tak mungkin..

Tina! Kamu dah berjanji yang kamu akan menulis - Sudah tentu.. saya mesti

Kamu ni kejamlah.

Raj sangat baik

Kamu selalu buat Raj tak tentu arah - Jadi sekarang saya kena duduk dan menulis untuknya?

Kalau kamu cerewet sangat, kenapa kamu tak balasnya sendiri?

Ke Hadapan Raj, London kedengaran menyeronokkan. Shimla masih lagi sama

Saya teringatkan kamu semasa makan tengahari. Saya makan makanan kegemaran kamu "Gobi Parathas"

Ada "Gobi Parathas" di London? Bye. Kena siapkan kerja rumah

Ke hadapan Tina, saya gembira bila terima balasan. Sekarang kita akan jadi kawan selamanya!

Ya, di sini ada "Gobi Paratha"

Tukang masak Itali di sini memasaknya di bawah pengawasan mak

Tapi rasanya tak sama seperti di India

Tekalah... saya dapat tempat pertama

Saya tak tahu jika kamu sepandai Pooja dalam pelajaran

Kamu tahu, saya telah dipilih dalam pasukan kriket kelas

Satu hari saya mungkin jadi pemain kriket yang hebat

Saya ada kawan baru, Ronnie Mendonca. Saya pergi ke gereja setiap Ahad dengan Ronnie

Ada sesuatu yang aneh berlaku bila saya ke gereja hari ini

Tiba-tiba saya melagukan satu irama. Saya akan emailkan kamu irama itu

Irama kamu dah jadi satu tabiat bagi saya seperti kamu. Setiap kali saya ke gereja

Saya akan dendangkan irama kamu. - Pada saya, kamulah tabiat saya

Selagi saya tak menulis dan bercerita tentang segalanya..

saya tak boleh tidur. - Jadi cubalah baca buku

Kisah cinta. Saya sukakannya

Kamu tahu sesuatu tak, saya cuma ada gambar kamu dan Pooja semasa berumur 15 tahun

Saya dah minta banyak kali pada kamu, sekurang-kurangnya hantarlah sekeping gambar

Berdasarkan apa yang kamu kata.. kamu sangat kenal dengan saya..

Saya nak tengok sama ada kamu dapat cam saya bila kita berjumpa

Oh tolonglah, siapa perlukan gambar! Saya akan cam kamu dengan segera bila kita berjumpa

Imej kamu ada di hati saya - Tipu

Kita akan tahu siapa yang menipu. Ada berita baik. Saya akan balik

Saya akan balik ke India. Saya akan dapat berjumpa kamu

Selepas bertahun-tahun.. seolah saya akan berjumpa kamu buat pertama kali

Kamu pasti sangat cantik. Saya pasti..

Kamu masih lagi yang tercantik... Paling cantik

Itu bukan saya Raj. Itu orang lain.. orang lain..

Dia akan balik! - Siapa?

Raj! - Siapa Raj?

Apa yang kamu dah buat Pooja? Kenapa kamu tulis segalanya atas nama saya?

Ok saya memang bodoh! Tapi sekarang kamu kena tolong saya. Dia akan balik selama 2 minggu

Hanya untuk 2 minggu kamu perlu berpura- pura bahawa kamulah yang membalas emailnya..

Semudah itu! - Saya tak boleh buat kerja bodoh!

Tina, selepas apa yang saya buat untuk kamu? Sejak kita kecil..

Saya selalu buat kerja rumah kamu. Kerana saya kamu lulus setiap tahun

Tapi kamu? Kamu tak boleh buat ini untuk saya?

Ok, ok, hentikan dari meraih simpati saya, seperti selalu serahkan saja pada Tina

Jadi, beritahu saya, bagaimana rupa Raj?

Enam kaki tinggi, mata biru, dan... - Cukup.. biar dia datang

Kita tengok bagaimana Raj tu...

Orang yang muncul di mimpi, aku tertanya bagaimana dia

Orang yang muncul di mimpi, aku tertanya bagaimana dia

Bersembunyi di hatiku sejak lama, aku tertanya bagaimana dia

Orang yang muncul di mimpi, aku tertanya bagaimana dia

Orang yang muncul di mimpi, aku tertanya bagaimana dia

Bersembunyi di hatiku, aku tertanya bagaimana dia

Orang yang muncul di mimpi, aku tertanya bagaimana dia

Aku melihatnya dari cara yang berbeza, seperti aku lama mengenalinya

Takdir yang menentukan 2 hati

Tanpa melihatnya, segalanya tak sempurna

Oh Tuhan! Apa akan terjadi jika kau bertemunya?

Merampas mimpiku dan menghalang, bagaimana agaknya dia?

Dia mataku, dia ada dihatiku sejak dulu

Orang yang muncul di mimpi, aku tertanya bagaimana dia

Buat pertama kali aku berjumpa satu-satunya impianku

Gementar, aku tak tahu kenapa ia seperti menyembunyikan bulan di langit

Aku tak akan berkata apa-apa hanya melihat wajahnya

Rasa ingin tahu yang tak berakhir, bagaimana agaknya dia

Berharap aku dapat melihat mimpi bertahun-tahun

Aku akan bertemunya, bagaimana agaknya dia

Dia yang datang dalam mimpiku, Bagaimana agaknya dia

Dia yang buat ku berjaga sepanjang malam Bagaimana agaknya dia

Bagaimana agaknya dia

Itu Raj! Boleh tahan. Jadi berapa lama lakonan ini?

2 minggu? Serahkan pada Tina. Saya akan lakukannya untuk kamu

Apakhabar kamu?

Raj kita dah semakin kacak

Kawan saya dari London dah tiba! Bergembiralah!

Makan, minum, dan berseronoklah! Kawanku! Sudah cukup.

Mari.. - Berikan saya pelukan

Kakak ipar - Apa yang kamu nak?

Cuma ambil peluang

Kamu mesti Tina kan?

Saya memang akan cam kamu. Saya nampak kamu, imej kamu dihati saya

Kamu lebih cantik dari yang saya bayangkan

Betul tu.. tapi kamu pun boleh tahan Mr Amerika

Amerika? Tapi saya dari London. - London Amerika.. siapa peduli?

Dan lagipun, sekali saya dah kata, itulah maksudnya, faham Mr Amerika?

Pooja?

Kamu pun dah membesar. Tapi saya tak pernah terfikir..

Tina akan membesar seperti ini! - Dan apa kamu fikirkan tentang saya?

Macam mana saya nak beritahu kamu apa yang saya fikirkan tentang kamu?

Mereka yang fikir tak akan buat, mereka yang buat tak akan fikir...

Budak-budak! Apa yang kamu buat di sini? Mari, kita balik

Saya raikan kepulangan kamu dengan kirtan di rumah

Bukan satu lagi sesi sembahyang - Oh ya, satu lagi

Ucapkan terima kasih

Saya dengar orang akan lupakan adat resam bila ke luar negara

Saya mungkin keluar negara tapi hati saya di sini

Wow! Itu satu budaya untuk kamu! Mr Amerika mengenyitkan matanya!

Kamu hebat... kamu nampak cantik walaupun berpakaian Churidaar

Saya harap saya boleh cakap perkara yang sama pada kamu

Anakku, kamu tak nak turut serta?

Saya tertanya bagaimana dia

Bukan saya tak sukakannya... Dia agak kacak..

Tapi orang yang kacak selalunya sombong..

Mereka kena di bawa jejak ke tanah. - Tidak Tina! Raj bukan begitu!

Betul ke? Kamu nampaknya macam suka pada Raj? semasa membalas segala emailnya...

Saya harap kamu tak jatuh cinta padanya

Saya ni bodoh betul! Kamu tak akan jatuh cinta

Kamu hanya ada masa untuk buku dan komputer. Dan kamu seorang anak yang baik

Kamu akan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga kan?

Dan kamu? Perkahwinan bagaimana yang kamu inginkan?

Saya? Sudah tentu perkahwinan berasaskan cinta

Kamu cintakan Raj..? - Tina tak jatuh cinta pada lelaki

Lelaki yang jatuh cinta pada Tina.. - Jika kamu bercakap tentang cinta..

mesti kamu ada sebut nama saya kan? - Beranganlah!

Tina, kamu ingat tak masa kita kecil? Kita ponteng sekolah datang datang meluncur di sini?

Dan Pooja akan siapkan kerja sekolah kita! Pooja apa yang kamu bawa hari ini?

Raj - Saya? Macam mana tu?

Hey Mr Amerika... bertaruh? Saya akan menang hari ini sama macam kita kecil dulu

Tengok siapa yang menang..

Saya tak akan terima kekalahan Raj. - Tapi saya sukakan kekalahan

Kamu suka kalah dalam perlumbaan? - Siapa cakap tentang perlumbaan?

Jadi apa? - Saya bercakap tentang hati saya yang kalah

Kenapa kamu tergesa-gesa nak kalah! - Saya tak tergesa-gesa.. saya dah kalah

Saya tak jabat tangan dengan orang yang kalah

Biar saya ucapkan tahniah pada pemenang

Ini caranya kamu tukarkan kekalahan kepada kemenangan!

Siapa menang? - Saya kalah semasa balik ke sini.. sekarang..

sekarang?

Sekarang? Semuanya di tanganNya

Untuk pertama kali, saya memandang orang lelaki dan terasa sesuatu..

tapi ini tak mungkin cinta. Cinta tak terjadi begini

Saya ingat bila saya jatuh cinta saya akan melayang-layang

Saya ingat saya akan merasa malu untuk memandangnya. Tapi ini tak seperti itu

Tapi saya masih sukakannya. Mudah untuk berkawan dengan semua orang..

tapi saya tak tahu apa-apa tentang cinta

Di sinilah kamu masuk

Saya mengantuk

Oh, saya minta maaf, saya mengganggu kamu? - Tidaklah. Masuklah

Ini bilik yang sama kan?

Ini adalah bilik yang sama di mana Tina membalas email saya kan?

Ini adalah bilik yang sama, komputer yang sama dan saya masih sama

lima belas tahun!

Ia seperti yang saya bayangkan

Kamu masih lagi bekerja? - Saya ada memohon universiti di London

London? Kamu akan datang ke London dan saya tak tahu?

Saya nak beri kejutan pada kamu

Kamu akan belajar apa? - Seni

Seni? Tina juga sukakan seni. Kamu mohon universiti mana?

Universiti London - Hey, itu universiti saya!

Saya tahu - Kenapa kamu tak pernah hantar berita pada saya?

Adakah kamu akan balas email saya seperti kamu balas pada Tina?

Dan itu maksudnya apa? - Itulah maksudnya. Lupakanlah

Kamu betul-betul sukakan Tina kan? - Kamu kawan dia, boleh saya beritahu kamu

Kamu tahu, tanpa bertemu muka, tanpa melihat sesama sendiri...

Kami... - Kami tahu segalanya tentang diri kami

Bukan itu saja

Mungkin kami dah mula jatuh cinta - Tanpa berjumpa..

Tanpa melihat sesama sendiri - Ini adalah ikatan yang indah

Dan yang membuatnya sempurna, bila Tina sangat cantik

Ya, betul tu

Pooja, nampaknya kita akan jadi kawan yang baik

Saya tak pernah ada kawan perempuan

Kamu adalah kawan wanita pertama saya. Kamu sudi jadi kawan saya?

Kau akan jadi kawan istimewa tak? Kawan sehingga akhirnya

Sama ada ianya berbaloi berkawan dengan kau

Biar aku beri jawapannya dalam sehari dua..

Dengan cara itu kita berkawan sejak berhari-hari..

Let's Be Friends! (Mujhse Dosti Karoge!) subtitles in other languages

More Malay subtitles for Let's Be Friends! (Mujhse Dosti Karoge!)

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left