As primeras 200 linias.
Sarikata oleh : Cocobutter - Malaysia Subbers Crew-
Nampak tempat yang cantik ini?
Ini ialah bandar kami, Jagatpur
Ia sebuah bandar yang kecil
Dan saya hanya budak kecil juga
Ini ialah saya. Laxman Singh Bisht
Ini ialah Pengetua kami, Paderi Frederick
Ada juga tempat lain, London, saya tak tahu tempat tu di mana
Dia bawa lampu yang panjang dari sana
Ia ambil masa yang lama untuk dinyalakan.
Lampu itu di panggil lampu kalimantang (tubelight)
Tak tahu kenapa, budak-budak di sini juga memanggil saya Tubelight
Hey Lampu Kalimantang!
Nyala. Nyala. Nyala!
Laxman, berapa jumlah tiga tambah empat? berapa...
Lampu itu tidaklah terus menyala..
.. begitu juga dengan sel otak saya
Emak saya kata yang fikiran saya seperti lampu kalimantang
Ia perlu masa untuk menyala...
.. tapi bila dah menyala, ia akan menerangi seluruh dunia
Ada empat bersaudara : Ram, Bharat, Shatrughan, Laxman
Mereka menikmati hidup mereka
Tapi saya tak ada adik
Pada hari pertama Ramlila, saya minta pada tuhan agar merahmati saya
Dan Dia mendengarnya serta merta
Lanka terbakar
Ram dan Ravan bergaduh
Ayah mengosongkan botol untuk meraikan kemenangan menentang kejahatan
Ia adalah pada malam Oktober yang dingin..
.. kerana kasihan, emak benarkan dia tidur di dalam rumah
Dia selalunya tidur di luar
dan sembilan bulan selepas itu kisah sebenar saya bermula
Bila bayi kecil ini muncul di depan saya..
.. dan kulitnya selembut rumput di pergunungan
Adik saya
Mereka dah namakan saya Laxman
Jadi mereka berundur sedikit...
.. dan namakan adik saya Bharat.
Bharat Singh Bisht.
Saya hanya ada seorang saja kawan : Adik saya, sahabat saya, teman saya
Dia buat apa saja saya suruh. Dia mempercayai saya membuta tuli
Saya adalah lampu kalimantang untuk semua orang..
... tapi bagi adik saya, saya ialah kapten
Lampu Kalimantang!
Nyala. Nyala. Nyala!
Hey Narayan!
Moga Tuhan Memberkati!
Bharat buat semua budak berdiri bila kami lalu
Narayan sekarang berdiri seperti tiang di situ
Satu hari datang seorang lelaki yang hebat ke sekolah kami
Kapten yang sebenar
Jika saya percaya yang saya boleh buat apa yang saya azamkan..
.. maka saya akan ada kekuatan untuk menyelesaikan tugas saya
Walaupun saya lemah pada mulanya
Walau dalam kedinginan membeku, dia berpakaian sedikit saja
Saya dengar, dia tidak pernah tunduk pada mana-mana pegawai British
Salam, Bapuji
Bapu, di mana kepercayaan sebenar?
Kepercayaan ada dalam diri awak, anakku. Di sini, ya di sini
Jangan pernah lupakannya
Ya, Bapuji
Mana? Mana kepercayaan sebenar?
Di sini. Di dalam diri awak
Sejak hari itu, kata-kata Gandhi menjadi sebutan kami
Kapten, awak percaya awak boleh lakukannya?
Ya, adik. Saya percaya saya boleh
Kapten, awak percaya awak boleh lakukannya?
Ya, sahabat. Saya percaya saya boleh lakukannya
Kami percaya bila bersatu kami boleh buat apa saja
Tapi perlahan-lahan dunia kami mula berubah
India telah mencapai kemerdekaan, tetapi ia terbahagi kepada dua
Paderi Fredercik pulang ke London bersama dengan lampu kalimantangnya
Ayah pula minum arak, dan satu hari arak itu memakannya kembali
Arak telah membunuh ayah saya..
... dan kesedihan pula membunuh ibu saya
Dan kami semua membunuh Gandhiji
Seluruh dunia tonggang terbalik. Tapi kami adik beradik tidak dapat dipisahkan
Kau adalah peneraju
Kau adalah ketua
Aku Aladdin
Kau ialah jin hikmatku
Tanpamu aku tak sempurna
kau adalah gaji pertamaku
kau ialah teman sehati sejiwa
Kau Aladdin
Aku adalah jin hikmatmu
Tanpa mu..
Aku tak sempurna
Kau tak pernah buat aku rasa rendah diri dari yang lain
Kau ajar aku bagaimana untuk hidup
Menari tanpa meninggalkan
Tinggalkan keraguan dan ketidaktetapan ke belakang
Lompat, Kapten! Ayuh, lompat!
Tidak
Awak percaya awak boleh buat?
Saya sangat percaya yang..
.. jika saya lompat, saya akan mati
Tak guna "Lampu Kalimantang" ni penakut betul
Tak guna! Ingat kelakar sangatkah? Jadi lompat
Saya bukan gila macam awak
Bila awak mati..
.. mereka tak akan jumpa mayat awak - Jadi kenapa?
Roh awak akan merayap
Awak tak akan tenang
Jika jasad saya hilang, maka bakar semua barang kepunyaan saya
Kasut dan baju saya. Buang abunya ke sungai
Roh saya akan tenang nanti
Jadi lompatlah bersama saya
Awak dah gila!
Kita terikat bersama seperti layang-layang dan tali
Seperti layang-layang dan tali
Tanpamu, aku tak boleh melangkah langsung
Walaupun setapak
Kau yang ajar aku berjalan
Kau yang ajar aku untuk hidup
Bermain dengan awan seperti angin
Tinggalkan keraguan dan ketidaktetapan di belakang
Menari tanpa meninggalkan
Tinggalkan keraguan dan ketidaktetapan di belakang
Lompatlah tinggi dan sentuhlah langit
Tinggalkan keraguan dan ketidaktetapan di belakang
Semuanya akan selamat
Itu yang diajar pada kita
Tapi di sebalik pergunungan itu, sesuatu telah berlaku..
.. yang akan mengubah hidup kita selamanya
Sahabat Jagatpur saya..
... Saya ialah Mejar Rajbir Tokas
Seperti yang semua maklum..
... ada ketegangan di sempadan Indo-China
Jadi kerajaan telah mengambil keputusan..
.. mana-mana anak muda yang ingin berkhidmat untuk negara..
... boleh disenaraikan di dalam Tentera India
Saya yakin setiap anak muda di Jagatpur..
.. telah bersedia untuk berkhidmat demi negara di saat sukar seperti ini
Hidup tanahair!
Kemenangan untuk Rejimen Kumaon!
Bagaimana saya nak tinggalkan Laxman seorang diri?
Dia bukan sendirian. Kami ada di sini
Tapi pakcik Banne - Dengar sini..
Mengikut peguam kita di Delhi, Encik Tiwari
Dia kata tak ada sebarang konflik
Hanya ada ketegangan di sempadan...
... tapi Pandit Nehru tidak mahu sebarang konflik berlaku dengan China
Ketegangan di sana akan reda. Maka ketika itu, baliklah ke sini
Bharat!
Satu lagi. Jika awak tersenarai..
... ianya bagus untuk Laxman
Kenapa?
Dalam tiga tahun, awak boleh keluar dari tentera..
.. dan awak akan dapat pencen seumur hidup
Awak akan ada wang yang mencukupi untuk menjaga Laxman
Lagipun, berapa lama awak boleh terus bekerja di gereja saya?
Saya tahu, bayaran yang saya beri sangat sedikit
Jangan cakap begitu, Pakcik Banne
Bila ibu bapa kami meninggal, pakcik yang besarkan kami berdua
kalau saya dah tak ada bagaimana?
Keputusan bijak
Semua orang pergi
Kenapa saya tak boleh?
Kapten, cuba faham
Macam mana saya nak faham?
Awak tak cukup cergas untuk masuk ke dalam senarai
Apa maksud awak? Tak cukup cergas?
Awak ingat saya pun macam lampu kalimantang juga?
Tidak, Kapten. Awak pun tahu itu tak betul
Jadi, bahagian mana yang saya tak cergas? Cakaplah
Kapten, awak okey sebenarnya
Awak okey
Tangkap saya, tangkap saya!
Seterusnya!
Narayan Lal Tiwari.
Awak tidak berjaya
Apa? Mustahil
Betul! Itu mustahil
Apa maksud awak? Tidak disenaraikan?
Awak ada knock-knees
Cakaplah bahasa Hindi
Mari sini
Berdiri tegak
Boleh semua orang berikan perhatian?
Tengok bagaimana lututnya menyentuh satu sama lain?
Tak ada ruang di antara lututnya
Tengok bagaimana lututnya bersentuhan bila dia luruskan kaki?
Ia di panggil knock-knees
Empat lelaki di Jagatpur mengalami keadaan seperti ini
Bila berlari, lutut awak akan berlaga sesama sendiri..
.. dan awak akan jatuh
Jadi jangan suruh saya berlari!
Saya boleh duduk dan berlawan dengan musuh
Kami tak boleh terima lelaki dengan knock-knees . Sila pergi!
Saya boleh lari tanpa jatuh
Awak buang masa di sini dan di sana peperangan sedang berlaku
Seterusnya!
Laxman Singh Bisht.
Maaf. Tak berjaya
Kenapa?
Tengok? Ada ruang antara lutut saya
Biar saya jelaskan
Bharat!
Kapten! Mereka akan terima awak. Janganlah bimbang
No comments yet. Be the first to leave one.